08 January 2010

MAJLIS PERPISAHAN USTAZ JAMALUDDIN BIN MOKHTAR

Pada pagi ini Jumaat 8 Januari 2010 diadakan majlis perpisahan Ustaz Jamaluddin Bin Mokhtar. Ustaz Jamaluddin akan bertukar ke SMK Ayer Baloi, Pontian. Masih dalam daerah Pontian. Ustaz Jamaluddin berasal dari Paka, Terengganu. Ustaz Jamaluddin yang lebih popular dengan panggilan Ustaz Jem di kalangan pelajar-pelajar SMKTK mengajar di sekolah ini selama hampir 3 tahun. Semoga Ustaz Jamaluddin berbahagia menjalani kehidupan seharian. Selamat berpisah. Jika diizinkan Allah SWT kita dapat ketemu lagi.


Ustaz Jamaluddin diapit oleh En. Ahmad Khairi Bin Paimin (Tuan Pengetua)
dan Pn. Hjh. Arbaenah Binti Masod (GPK HEM)


Ustaz Jamaluddin menerima cenderahati daripada
Pengerusi KGKT Cikgu Nordin Bin Ehsan.
Ustazah Hasnuli menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Jamaluddin.

Pelajar-pelajar hadir sama di majlis perpisahan Ustaz Jamaluddin.
Ustaz Jamaluddin bersalaman dengan pelajar-pelakar SMKTK.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :