05 January 2010

PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 SESI 2010 SMK TELOK KERANG

Hari Jumaat 1 Januari 2010 adalah hari pendaftaran murid-murid Tingkatan 1, 2, 3 dan Tingkatan 5. Ramai ibu dan bapa murid Tingkatan 1 hadir bersama anak mereka untuk membuat pendaftaran. Beberapa perkara perlu diselesaikan dalam proses pendaftaran tersebut.

Proses pendaftraran bermula pada pukul 8.00 pagi dengan ucapan dan taklimat oleh Tuan Pengetua di Dewan A. Kemudian ibu dan bapa serta murid-murid baru Tingkatan 1 di bawa ke Dewan B untuk proses pendaftaran selanjutnya. Proses pendaftaran selesai pada pukul 12.00 tengahari.

Kami warga SMK Telok Kerang mengucapkan selamat datang kepada warga baru iaitu murid-murid Tingkatan 1.

Selamat datang.





SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :