01 October 2010

MAJLIS MOHON RESTU PELAJAR-PELAJAR PMR

Pagi ini selepas majlis bacaan surah Yasin, diadakan pula majlis mohon restu untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR pada minggu hadapan. Dalam ucapan sulungnya di hadapan pelajar-pelajar, Tuan Pengetua mengingatkan calon-calon PMR agar terus berusaha untuk mendapat pencapaian yang terbaik sebagaimana tahun-tahun yang lepas. Dalam majlis itu juga disampaikan hadiah-hadiah bagi pelajar terbaik dalam setiap mata pelajaran dan pelajar terbaik keseluruhan. Selepas itu pelajar-pelajar bersalam-salaman dengan guru-guru diiringi bacaan selawat beramai-ramai. Semoga calon-calon PMR sekolah kita mencapai kejayaan lebih baik daripada tahun lalu.







SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :