27 October 2011

DOA-DOA SEMASA MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih"

Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:
َهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
"Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu"

Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:
سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa"

Doa memohon kejayaan cemerlang:
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”

26 October 2011

PROJEK FERTIGASI: SAYUR-SAYUR YANG DITANAM OLEH MURID PENDIDIKAN KHAS TUMBUH SUBUR

Hari ini sekolah cuti. Cuti Hari Deepavali. Suasana sekolah sunyi sepi. Namun kemeriahannya terasa apabila sayur-sayuran tanaman murid-murid pendidikan khas di kebun fertigasi tumbuh subur. Sayur seperti kangkung, bayam dan sawi tumbuh menghijau di polibeg. Semua enam barisan polibeg penuh ditanam dengan sayur-sayuran itu.




SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI

Hari ini adalah Hari Deepavali. Kami mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada warga SMKTK yang beragama Hindu. Selamat Hari Deepavali.

23 October 2011

MENGAPA MINDA KITA LEMAH?

Mengapa minda kita lemah? Minda yang lemah akan mempengaruhi mental dan juga fizikal seseorang. Sebagai murid sekolah yang rutin kehidupan sehariannya memerlukan kekuatan mental dan fizikal, seharusnya kelemahan minda harus dibuang jauh-jauh.
 
Antara penyebab minda kita lemah ialah:
  1. Makan kepala ikan.
  2. Makan organ dalaman binatang seperti hati, limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
  3. Makan makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
  4. Makan makanan ringan dan makanan segera.
  5. Makan berlebihan , makanan yang terlalu berlemak dan kandungan gula tinggi.
  6. Makan bawang mentah.
  7. Makan makanan atau buah yang masam secara kerap (jeruk/asam).
  8. Pengambilan kafein yang terlalu banyak (kopi ).
  9. Minum antara suapan makan, maksudnya jangan minum sebelum anda selesai makan.
  10. Minum minuman bergas dan beralkohol.
  11. Sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju , gusti, dan sebagainya.
  12. Merokok.
  13. Kepala terdedah kepada panas terik cahaya matahari antara pukul 10.00 pagi sehingga pukul 4.00 petang.
  14. Tidur pada waktu asar.
  15. Kurang tidur.
  16. Tidur pada tengkuk (belakang kepala).
  17. Fikiran runsing, stress dan hati sedih.
  18. Melakukan maksiat dan dosa.
  19. Tekanan darah tinggi.

21 October 2011

PANDUAN DAN TIP MENINGKATKAN DAYA INGATAN

LUPA? Kita sering lupa. Sebagi murid, elakkan lupa dan jangan buat-buat lupa. Lupa tidak menyerang kepada beberapa kelompok dan peringkat usia manusia.  Lupa adalah proses permulaan mengingat sesuatu. Daya ingat manusia terbahagi kepada tiga peringkat iaitu mengingat, merakam, dan mendapatkan kembali. Daya ingatan boleh ditingkatkan. Beriku adalah tip-tip untuk meningkatkan daya mengingat:
  1. Sentiasa mengingati Allah.
  2. Mengamalkan puasa.
  3. Berdoa.
  4. Membaca dan menghafal Al-Quran.
  5. Relaks/rehat secara teratur.
  6. Bersenam secara teratur.
  7. Menjaga kesihatan.
  8. Cukup tidur.
  9. Tidur nyenyak.
  10. Istirahat cukup.
  11. Kembangkan sikap mental positif.
  12. Mengawal tekanan.
  13. Elakkan kemurungan.
  14. Gizi makanan seimbang.
  15. Berhati-hati dengan pengambilan vitamin atau makanan tambahan.
  16. Awasi pengambilan ubat.
  17. Fokus.
  18. Belajarlah berkonsentrasi di tengah-tengah gangguan.
  19. Minat pada kepentingan.
  20. Libatkan emosi.
  21. Kembangkan ketajaman indera.
  22. Berbicara sendiri.
  23. Mencatat.
  24. Merinci maklumat.
  25. Menata fikiran.
  26. Mnemonics.
  27. Sistem rumusan atau kod (SQ3R).
  28. Bayangkan dan kaitkan.
  29. Peta minda.
  30. Katakan berulang kali.
  31. Bermain permainan.
  32. Bermain dengan angka.
  33. Latihan mental.
  34. Tentanglah diri sendiri.
  35. Banyak membaca.
  36. Belajar sesuatu yang baru.
  37. Belajar mengikut tahap waktu.
  38. Memanfaatkan waktu terluang.
  39. Mendengar muzik klasik.

20 October 2011

TIP MENGHADAPI CABARAN PEPERIKSAAN

SPM menjelma tak lama lagi. Sudah pasti murid-murid inginkan kejayaan yang cemerlang. Berikut adalah beberapa tip untuk menghadapi cabaran peperiksaan tersebut.
  1. Semangat diri yang sentiasa tinggi.
  2. Teruskan usaha-usaha di saat akhir.
  3. Pembacaan yang banyak.
  4. Kefahaman yang jelas.
  5. Ulangkaji berterusan.
  6. Yakin akan kebolehan diri.
  7. Topik-topik penting dah habis studi.
  8. Famam apa yang diajar oleh guru atau yang dibaca sendiri.
  9. Berterusan belajar dan meneliti soalan-soalan lepas.
  10. Berkeyakinan untuk menjawab soalan.
Selain itu, lakukanlah perkara-perkara berikut:

  1. Sepanjang minggu peperiksaan hendaklah menunaikan solat hajat.
  2. Tidur awal dengan berpakaian bersih dan dalam keadaan berwudhk. Tidur dengan mengiring ke kanan dan menghadap kiblat.
  3. Sewaktu ingin melangkah keluar dari rumah, bertakbir sebanyak 9 kali dan melangkah dengan dimulai kaki kanan. Bersalam dan cium kedua ibu bapa.
  4. Apabila sampai di dewan peperiksaan, bertakbirlah sebanyak 9 kali.
  5. Sewaktu menunggu kertas peperiksaan dan sebelum menjawab peperiksaan, bacalah surah An-Nasyrh sebanyak 9 kali.
  6. Sekiranya terlupa ketika menjawab soalan peperiksaan, berselawatlah sebanyak 3 kali.
Semoga anda berjaya.

15 October 2011

PROJEK FERTIGASI: MURID PENDIDIKAN KHAS MENANAM SAYUR-SAYURAN SECARA FERTIGASI

Guru-guru dan murid-murid pendidikan khas sekolah ini di beri peluang menanam sayur-sayuran secara fertigasi. Mereka menanam sayur-sayuran seperti kangkung, bayam dan sawi dalam polibeg. Sebelum ini mereka menanam sayur-sayuran secara konvensional di kebun sayur di belakang bangunan landskap.

Penanaman secara fertigasi yang bersih dan mudah, menjadikan kerja-kerja penjagaan juga bersih dan mudah. Diharap dengan pendedahan penanaman secara fertigasi ini, sedikit sebanyak dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid-murid pendidikan khas ini dalam dunia pertanian moden. 






12 October 2011

PROGRAM LEPAS PMR

PMR dah selesai. Selepas itu murid buat apa? Pihak sekolah dah merancang aktiviti untuk murid-murid ini bagi mengembangkan bakat dan potensi diri ke arah murid yang berwawasan.

12/10/2011 (Rabu)
  • Taklimat program lepas PMR.
  • Pemulangan buku teks.
13/10/2011 (Khamis)
  • Taklimat mengenai Sijil SPM.
  • Taklimat pakej yang ditawarkan SMKTK.
  • Nyanyian lagu-lagu patriotik.
14/10/2011
  • Taklimat GPK1
  • Ujian personaliti
  • Ujian kerjaya
17/10/2011 (Isnin)
  • Disiplin Cemerlang Pelajar Gemilang.
  • Taklimat ketua Bidang sains Sosial.
  • Tayangan video
18/10/2011 (Selasa)
  • Pertandingan bola sepak
  • Pertandingan bola jaring
  • Taklimat Ketua Bidang Bahasa
  • Taklimat MPV Landskap dan Nurseri
  • Pertandingan Sahibba
19/10/2011 (Rabu)
  • Pertandingan bola sepak
  • Pertandingan bola jaring
  • Taklimat MPV Katering dan Penyajian
  • Taklimat ketua Bidang Sains dan Matematik
20/10/2011 (Khamis)
  • Pertandingan akhir bola sepak
  • Pertandingan akhir bola jaring
  • Taklimat mata pelajaran sains pertanian
  • Pertandingan mencipta sajak, syair dan pantun.
21/10/2011 (Jumaat)
  • Taklimat kepentingan kegiatan kokurikulum
  • Mengisi borang pemilihan aliran
31/10/2011
  • Kem ibadat
1/11/2011 (Selasa)
  • Program bersama yayasan pelajaran Johor
2/11/2011 (Rabu)
  • Aktiviti rekreasi luar
3/11/2011 (Khamis)
  • Kursus animasi 1
  • Gotong-royong
  • Pertandingan mendeklamasikan sajak
4/11/2011 (Jumaat)
  • Kursus pengurusan jenazah
  • Pertandingan Bahasa Cina
8/11/2011 (Selasa)
  • Kursus animasi 2
  • Master Malaysia
  • Nyanyian lagu-lagu patriotik
9/11/2011 (Rabu)
  • Nukilan rasa
  • Keinginan dan harapan masa hadapan
  • Majlis penutup dan penyampaian hadiah
  • Penyerahan borang akujanji

Semoga program ini memberi manfaat kepada murid-murid lepas PMR.

11 October 2011

MALAS ADALAH MUSUH KEJAYAAN

Dalam hidup ini diperlukan sifat rajin, giat, dinamis, serius dan bersungguh-sungguh dalam menjalani segala aktiviti kehidupan lebih-lebih lagi jika seseorang itu berkehendakkan kejayaan.

MALAS adalah satu penyakit yang sangat berbahaya. Apabila penyakit ini telah bersemayam di dalam diri seseorang, maka ia boleh membuatkan seseorang itu tidak mahu melakukan perkara-perkara yang baik dan bermanfaat. Sifat ini juga menjauhkan diri daripada kejayaan dan mencegahnya daripada segala keluhuran dan kemuliaan.

Barang siapa yang ingin berjaya, maka ia mesti giat, bekerja keras, serius dan bersungguh-sungguh, demi untuk meraih satu kemuliaan, berlumba dengan waktu dan bersaing dengan orang ramai. Usaha yang dilakukan dengan malas, tidak akan pernah mendatangkan kejayaan.

Kegagalan majoriti para pelajar bukan disebabkan mereka bodoh dan tidak boleh memahami pelajaran. Sebaliknya ia berkaitan lebih kepada MALAS dalam pembelajaran dan MALAS mengulang kaji pelajaran. Oleh kerana mereka malas dan tidak mahu bersungguh-sungguh, akhirnya mereka gagal.

Ada di kalangan pelajar yang nampak biasa sahaja tetapi mereka mampu menjadi yang terbaik di kalangan rakan-rakan yang lebih cerdas. Mengapa? Tidak lain dan tidak bukan kerana mereka rajin, tabah, bersemangat dan bersungguh-sungguh. Rasa malas dibuang jauh-jauh daripada dalam diri mereka.

Sudah menjadi resam dunia, sesiapa yang rajin, bersungguh-sungguh dan mahu bekerja keras, imbalannya ialah meraih kejayaan. Orang-orang yang pakar dalam sesuatu bidang mengakui bahawa kepakaran mereka bukan disebabkan oleh kecerdasan mereka yang lebih tetapi oleh keseriusan, ketabahan dan kesungguhan mereka. Tidak ada MALAS dalam diri mereka.

Pesan kami: Untuk menggapai kejayaan, JANGANLAH MALAS DAN BERMALAS-MALAS.

10 October 2011

WASIAT (NASIHAT) LUQMAN HAKIM KEPADA ANAKNYA

"Bermacam pendapat ahli Tafsir mengenai sejarah Luqman Hakim. Ada yang mengatakan dia Nabi pada masa antara Nabi Isa dan Nabi Muhammad s.a.w . Ada yang mengatakan kadi pada masa Bani Israil dan lain-lain pendapat. Tapi pendapat yang paling banyak mengatakan, bahawa Luqman bukanlah Nabi, tapi seorang yang diberi Allah SWT 'HIKMAH' yang hidup pada masa Nabi Daud a.s".

Berikut adalah wasiat (nasihat) Luqman Hakim kepada anaknya:
  1. Hai anakku! Ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakkal kepada ALLAH.
  2. Hai anakku! Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
  3. Hai anakku! Orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
  4. Hai anakku! Seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
  5. Hai anakku! Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
  6. Hai anakku! Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut (takwa), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
  7. Hai anakku! Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kepad orang yang tidak mahu mengerti.
  8. Hai anakku! Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
  9. Hai anakku! Janganlah engkau mengirimkan orang yg tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
  10. Hai anakku! Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
  11. Hai anakku! Apabila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
  12. Hai anakku! Janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepad anjing sahaja.
  13. Hai anakku! Janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
  14. Hai anakku! Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
  15. Hai anakku! Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
  16. Hai anakku! Bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
  17. Hai anakku! Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yg berharga.
  18. Hai anakku! Apabila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
  19. Hai anakku! Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan cela kepada dirimu.
  20. Hai anakku! Janganlah engkau condong kepad urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
  21. Hai anakku! Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
  22. Hai anakku! Janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
  23. Hai anakku! Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.
  24. Hai anakku! Bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
  25. Hai anakku! Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

07 October 2011

YURAN DIMANSUH, SEORANG MURID DAPAT BANTUAN RM100

Dalam pembentangan Bajet 2012 di Parlimen petang tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan bahawa pendidikan di sekolah-sekolah kerajaan peringkat rendah dan menengah akan disediakan secara percuma. Ini bermakna murid-murid tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

Buat pertama kalinya, kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah-sekolah kerajaan.

Perdana Menteri juga menyatakan bahawa bantuan persekolahan RM100 akan diberi kepada semua murid sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara mulai tahun depan (2012). 

BAJET 2012: SBPA MENGGANTIKAN SSM

Kerajaan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan menyediakan gaji sebaris dengan pembaharuan lebih radikal. Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam berteraskan merit untuk kakitangan kerajaan menggantikan sistem lama SSM.

Skim baru menggantikan SSM yang diperkenalkan pada 2002 dan kembali kepada gaji satu lapis diamalkan sebelum 1992. Sistem ini akan menaikkan gaji maksimum tiap gred. Kenaikan gaji tahunan pula dijangka antara RM80 hingga RM300 mengikut gred.

Umur persaraan kakitangan awam juga dilanjutkan daripada 58 kepada 60 tahun. Kerajaan bersetuju lanjutkan umur persaraan wajib kepada 60 tahun daripada 58 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

Ketika membentangkan Belanjawan 2012, Perdana Menteri berkata di bawah SBPA penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan yang ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred mulai tahun 2012.

Bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, mereka akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara tujuh hingga 13 peratus. Dengan pelaksanaan SBPA juga lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.

Mulai tahun 2013 nanti, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.

Sistem itu digubal dengan matlamat mentransformasi perkhidmatan awam negara ini supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi. Ia juga akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja.

Di bawah sistem SBPA, kerajaan akan menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang.

Malah di bawah SBPA mengikut kaedah ‘time-based’, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun kelapan dan gred 48 pada tahun ke-16 berbanding mereka terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat. Bagi guru bukan siswazah pula dari gred 29 kepada 32 sekiranya mengikut sistem sekarang, ia memakan masa selama 10 tahun, tetapi di bawah skim baru, ia hanya mengambil tempoh lapan tahun. Bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung kepada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah ‘time-based’ lapan tahun turut diterima pakai.

Di bawah SBPA juga, Dasar Pemisah akan diwujudkan bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan.

Kerajaan sentiasa berpegang kepada falsafah dan prinsip bahawa usaha memperbaiki diri dan menambah ilmu di dada tidak berpenghujung, malah pembelajaran adalah satu proses sepanjang hayat. Bagi maksud itu, kerajaan akan menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa. Pada tahun depan, kerajaan dengan kerjasama Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan menawarkan 5,000 peluang peringkat Ijazah Sarjana dan 500 lagi peringkat Doktor Falsafah kepada penjawat awam yang layak, termasuk para guru dengan peruntukan sebanyak RM120 juta.

Kerajaan akan menawarkan 20,000 tempat kepada kumpulan guru diploma yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda, untuk tujuan ini, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM80 juta bagi tahun pertama.

04 October 2011

PMR BERMULA HARI INI

Hari ini calon-calon PMR mula menduduki peperiksaan. Peperiksaan berakhir pada 11 Oktober 2011. Kepada calon-calon PMR sekolah ini, berjuanglah. Ikutlah segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberi sekian lama. Peraturan peperiksaan hendaklah dipatuhi. Selamat menjawab soalan. Kami doakan semoga anda semua berjaya dengan cemerlang.