18 September 2012

IMAM AL-GHAZALI: ADAB MURID KEPADA GURU

Dalam proses belajar, murid perlu mendapatkan perhatian dan merendahkan diri. Apabila dia menggunakan keduanya, maka dia akan beruntung dan apabila dia meninggalkan keduanya, maka dia akan menyesal dan terhalang daripada ilmu. Mendapatkan perhatian bukanlah sifat mukmin, kecuali dalam mencari ilmu. Kita merendahkan diri semasa mencari, sehingga kita menjadi mulia semasa dicari.

Adab murid kepada guru ialah:
  1. Mendahulukan guru dengan penghormatan dan salam.
  2. Mengurangkan percakapan di hadapan guru.
  3. Tidak bercakap selagi tidak ditanya oleh guru.
  4. Tidak bertanya sebelum diizinkan terlebih dahulu.
  5. Tidak membantah guru.
  6. Tidak menunjukkan pendapat yang berbeza daripada guru sehingga menganggap dia lebih mengetahui yang betul daripada gurunya.
  7. Tidak bertanya kepada teman duduknya didalam majlis.
  8. Tidak menoleh kepada orang yang ada di sebelah tetapi duduk menundukkan kepala, tenang dan beradap, seolah-olah berada dalam solat.
  9. Tidak memperbanyakkan pertanyaan kepada guru ketika dia sedang bosan.
  10. Apabila guru berdiri, maka berdiri untuk menghormatinya.
  11. Tidak mengikut guru dengan perkataan atau pertanyaannya.
  12. Tidak bertanya kepada guru di jalanan sehingga ke rumah.
  13. Tidak buruk sangka kepada guru dalam perbuatan zahirnya yang aneh, kerana guru lebih tahu rahsianya.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :