19 September 2012

IMAM AL-GHAZALI: ADAB PERSAHABATAN

Adab bersahabat, hendaklah melayan sahabat dengan cara yang kita sendiri mahu dilayan oleh orang lain. Sebabnya, sesiapa tidak menyukai saudaranya seperti apa yang disukainya untuk dirinya sendiri, maka persaudaraannya adalah kemunafikan dan itu baginya adalah bencana di dunia dan akhirat.

Berikut adalah adab-adab bersahabat:
  1. Mmengorbankan harta. Apabila tidak mungkin, maka memberikan baki dari harta semasa diperlukan.
  2. Segera mengambil inisiatif semasa sahabat memerlukan bantuan tanpa meminta balasan.
  3. Menyembunyikan rahsia, menutup aib dan tidak menyampaikan kepada sahabat cacian orang.
  4. Menyampaikan pujian orang lain yang menjadikan dia gembira, mendengar kata-katanya dengan baik dan tidak bergaduh dengannya.
  5. memanggil dengan nama yang paling disukainya, memuji dengan kabaikan yang dia ketahui, berterima kasih atas perbuatannya, membelanya apabila kehormatannya dipijak-pijak sebagaimana dia membela dirinya sendiri dan menasihatkannya dengan lemah lembut atau dengan sindiran apabila diperlukan.
  6. Memaafkan kesalahan dan kekeliruannya dan tidak mencacinya.
  7. Mendoakan semasa sendirian, ketika sahabat masih hidup dan setelah meninggal dunia.
  8. Berbuat baik kepada keluarganya dan kerabatnya setelah dia meninggal dunia.
  9. berusaha meringankan beban sahabat dan tidak membebaninya dengan sesuatu dari hajatnya, sehingga dia melegakan hati sahabatnya dari kepentingannya; memperlihatkan kegembiraan kepada semua yang menggembirakan pada sahabat di antara perkara yang menggembirakannya dan memperlihatkan kesedihan akan apa yang dialami oleh sahabat di antara perkara yang menyedihkannya; dan menyembunyikan di dalam hatinya seperti apa yang diperlihatkan sehingga dia menjadi tulus mencintainya secara batin dan zahir.
  10. Mendahului sahabat dengan salam semasa bertemu dengannya dan melapangkan tempat baginya dalam majlis.
  11. Membawa keluar dari tempatnya dan mengirinya semasa dia berdiri.
  12. Diam semasa dia bercakap sehingga selesai dan tidak menyampuk kata-katanya.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :