14 September 2012

SERONOKNYA HARVEST BUAH ROCKMELON DAN MUSKMELON...



Hari ini ahli-ahli Kelab Landskap dan Taman sama-sama ke RPH fertigasi untuk menuai buah-buah rockmelon dan muskmelon yang dah masak. Mengikut kiraan yang tepat, hari ini dah masuk hari yang ke 70 selepas ditanam. Dah sah dah... buah-buah itu dah masak. Banyak juga buah yang dapat dipetik. Terdapat juga buah yang belum cukup masak masih tergantung di pokoknya.

Buah-buah itu kemudian digredkan mengikut saiz. Semua ahli kelab dapat bahagian masing-masing. Atas budi bicara dan perbincangan ahli kelab, sebahagian buah-buah itu di berikan kepada guru-guru. Dapat jugalah guru-guru makan buah freeeee... Pada musim kali ini Cikgu Hasan Kasmuri memberi secara percuma kepada guru-guru. Selepas selesai menuai buah, ahli-ahli kelab mengambil kesempatan makan buah tersebut beramai-ramai. Semoga musim akan datang hasil tanaman buah secara fertigasi ini menjadi lebih baik.









SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :