15 September 2012

ZIARAH DAN MARHABAN SYAWAL GURU-GURU SMKTK

Sebagaimana yang telah dirancang, pagi ini guru-guru dan kakitangan SMKTK beramai-ramai berkunjung ke rumah teman-teman yang sudi membuka rumahnya untuk bermarharban. Itu acara utama,  disamping acara datang berziarah...dan yang paling utama dah tentulah menjamah hidangan yang sememangnya sengaja dihidangkan...

Dengan kekangan masa yang dihadapai, kunjungan ini hanya dapat dilakukan pada hari ini... iaitu hari-hari terakhir bulan Syawal. Masing-masing guru cantik berseri melaram dengan baju rayenya... mengalahkan anak-anaknya. Kira oklah tu...

Perjalanan ziarah marhaban didahului dengan mengunjungi rumah baru Cikgu A. Hadi Ambok Ingtang di Sungai Kuali, Kukup, Pontian.  Kemudian diikuti pula ke rumah pasangan Cigku Zamri Ismail dan Cikgu Mislin Sino. Ziarah dilanjutkan lagi mengunjungi rumah baru Cikgu Azman Jamil di Taman Impian Indah, Pontian. Lepas itu berkunjung pula ke rumah Cikgu Ishak Maliki juga di Taman Impian Indah. Juga rumah baru... Setelah menjamu selera guru-guru bergerak ke rumah Cikgu Maherunnisak di Lrg. Hj. Alias, Pontian. Ziarah berakhir di rumah Cikgu Rosfatmawati Hassan di Taman Semerah, Pontian. Terima kasih semua...


 











SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :