29 April 2012

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PROF. DR. AWANG SARIYAN

Hari ini sekolah kami dikunjungi seorang tokoh bahasa yang juga anak watan Kampung Telok Kerang. Beliau yang dimaksudkan ialah Prof. Dr. Awang Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Prof. Dr. Awang Sariyan hadir dalam majlis mesra beliau bersama guru-guru dan ibubapa pelajar-pelajar sekolah ini.











19 April 2012

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PONTIAN - PASUKAN PANDU PUTERI SMKTK NAIB JOHAN


Tahniah diucapkan kepada Pasukan Pandu Puteri SMK Telok Kerang yang berkedudukan Naib Johan dalam pertandingan kawad kaki NGO sekolah menengah daerah Pontian. Setelah berusaha keras selama 12 kali pertemuan latihan, tentunya kejayaan ini amat bermakna. Kita bersyukur dengan kejayaan ini kerana kita terpaksa akur dengan Pasukan Puteri Islam SMK Parit Betak selaku penyandang juara yang persembahannya lebih baik dan mantap. Dengan kekangan masa latihan dan masalah penyatuan individu yang berkebolehan dalam kawad kaki, tentunya kejayaan ini dirasakan menjadi lebih manis.

Kami mengucapkan terima kasih kepada jurulatih yang berusaha keras membina pasukan kawad ini iaitu Cikgu Hasan Kasmuri. Terima kasih juga kami ucapkan kepada pengurus pasukan iaitu Cikgu Rafeah Rabidin dan Cigku Nurul Syuhada. Tahniah dan syabas Pasukan Pandu Puteri SMK Telok Kerang. Cayalah... 













13 April 2012

PANDU PUTERI - LATIHAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI NGO DAERAH PONTIAN

Dalam masa dua minggu ini, pasukan Pandu Puteri sekolah giat berlatih kawad kaki bagi menghadapi pertandingan kawad kaki NGO peringkat daerah Pontian. Latihan dijalankan setiap hari bermula 3.00 petang hingga 6.00 petang. Latihan intensif itu dikendalikan oleh guru-guru Pandu Puteri. Diharap ahli-ahli pasukan ini dapat melakukan gerakan-gerakan kawad dan gerakan-gerakan formasi yang mantap seterusnya cukup bersedia untuk bertanding. Pertandingan akan diadakan pada hari Khamis 19 April 2012. Semoga anda semua berjaya.








03 April 2012

'HARVEST' BUAH ROCKMELON

Hari ini beberapa pelajar ahli Kelab Landskap dan Taman membantu Cikgu Hasan Kasmuri menuai buah-buah rockmelon yang dah matang. Banyak juga yang dituai. Terdapat juga buah-buah yang belum cukup matang, jadi kami tak tuai. Selepas dituai, buah-buah itu kami gredkan. Semua buah yang dituai bergred A dan B. Tidak ada yang bergred C.  Buah-buah itu akan dipasarkan oleh FAMA. Ramai juga guru dan pelajar SMKTK yang membeli buah-buah itu. Maklumlah buah-buahan segar terus dari kebun... Selepas kerja menuai dan menggred selesai, Cikgu Hasan Kasmuri menjamu semua ahli-ahli Kelab Landskap dan Taman dengan buah rockmelon. Mmmmm sedap sekali...Syukur alhamdulillah...