28 December 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN DAN JAMUAN PERSARAAN HJ MOHD SHAH B SAIRAN DAN EN. AMIN B SULAIMAN

Baru sebentar tadi telah selesai majlis jamuan akhir tahun guru-guru dan staf SMKTK yang diadakan di Restotan Kemangi, Pontian. Jamuan ini bersekali dengan jamuan persaraan Cikgu Hj. Mohd Shah b Sairan dan CC En. Amin b Sulaiman yang telah pun bersara pada hujung tahun 2012.

Kami mengucapkan selamat bersara kepada Cikgu Mohd Shah b Sairan dan kepada CC En. Amin b Sulaiman.

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati 

Gunung Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga boleh kucari
Mana nak sama tuan seorang

Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bersurai

Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi


Cikgu Hj. Mohd Shah b Sairan

Encik Amin b Sulaiman

Senyum...

Sedang bersantap...

Mendengar ucapan Tuan Pengetua...

Gaya kitorang...

Cepat, tengok kamera...

Gaya selepas kekenyangan...

Sapu bersih.. tak ada yang tinggal di atas meja.

Senyum selepas makan-makan...

27 December 2012

LDP: KURSUS PROGRAM I-THINK

Walaupun sesi persekolahan 2013 belum bermula, pada hari ini guru-guru sekolah ini telah menghadiri kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kali pertama tahun 2013. Kursus PROGRAM I-THINK. Kursus ini telah diadakan di Kamar Kencana di bawah bimbingan Cikgu Norhaslinda bt Husien.
Program i-think adalah satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar-pelajar ke arah menghasilkan pelajar berinovatif. Jelasnya, i-THINK membawa maksud innovative THINKing (Pemikiran Inovatif). Murid perlu dibekalkan dengan kemahiran berfikir.
 
Apakah yang diharapkan melalui program ini?
  • Dengan menggunakan alat berfikir (thinking tools), murid lebih fokus dan berkeyakinan dan aktif di dalam kelas.
  •  Aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar.
  • Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  • Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilitator. 

Kenapa i-Think?
  • Dapatan pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA menunjukan murid Malaysia di tahap yang rendah 
  • Murid berpengetahuan tetapi tidak dapat mengaplikasikan pengetahuan mereka.
  • Dapatan kajian keperluan (2011) menunjukkan kemahiran berfikir aras tinggi (Higher Order Thinking Skills) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat 5 rendah.
  • Keputusannya…
  • Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berkerjasama dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) memperkenalkan program i-THINK.
  • Program i-THINK dirintis di 10 buah sekolah seluruh Malaysia (6 SR dan 4 SM).
  • Pihak AIM telah melantik perunding dari Kestrel Education (UK) untuk mengendalikan kursus kemahiran berfikir kepada guru sekolah rintis dan Jurulatih Kebangsaan.
  • Perbelanjaan rintis program i-THINK dibiayai sepenuhnya oleh AIM. 
  • Bagaimana?...
  • Memperkenalkan alat berfikir kepada guru dan murid.
  • Semua guru akan menggunakan alat berfikir mengikut kesesuaian tajuk semasa mengajar.
  • Murid akan menggunakan dalam pembelajaran.
  • Penggunaan alat berfikir dan kemahiran aras tinggi dalam pdp menjadi amalan.
  • Mengadakan portal bahan interaktif p&p yang dapat merangsangkan kemahiran berfikir.
  • Alat berfikir… Thinking Hats Thinking Maps 8 Habits of Mind 
  • Apakah yang diharapkan dari Program i-THINK? : Prestasi meningkat, Fokus,  Berkeyakinan,  Seronok belajar dan Hubungan guru-murid rapat dan Aktif.

Program i-Think merupakan satu program yang memberi perhatian kepada Peta Pemikiran. Peta pemikiran digunakan untuk meningkatkan daya pemikiran seseorang. Setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran yang disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran.

Program i-Think ini mengemukakan 8 jenis peta iaitu:
  1. Peta Bulatan,
  2. Peta Buih,
  3. Peta Buih Berganda,
  4. Peta Pokok,
  5. Peta Dakap,
  6. Peta Alir,
  7. Peta Pelbagai Alir
  8. Peta Titi.