23 January 2013

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN KETUA DARJAH

Hari ini sebahagian pelajar SMK Telok Kerang berdiri tegak di hadapan astaka di Dataran Ilmu. Masing-masing menerima watikah perlantikan sebagai pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan ketua darjah. Seramai 110 pelajar telah menerima watikah perlantikan sebagai pengawas sekolah, 56 orang dilantik sebagai pengawas pusat sumber dan seramai 23 orang pelajar dilantik sebagai ketua darjah.

Dengan perlantikan ini maka secara rasmi pengawas-pengawas dan ketua-ketua darjah akan memikul tanggungjawab di bahu mereka untuk melaksanakan tugas-tugas bagi membantu guru-guru meningkatkan disiplin pelajar dan sebahagian pengurusan pembelajaran. Kami mengucapkan selamat menjalankan tugas... Bertugaslah dengan penuh dedikasi. 





 
 

11 January 2013

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PMR 2012

Pagi ini warga SMKTK meraikan pelajar-pelajar cemerlang dalam PMR 2012. Bertempat di dataran Nilam telah berlangsung majlis itu bagi menghargai pelajar-pelajar yang memperoleh kejayaan yang cemerlang dan yang lulus dalam peperiksaan PMR yang lalu. Tahniah kami ucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya. Kepada pelajar-pelajar yang lain, jadikan majlis ini sebagai pemangkin semangat untuk terus berjaya.

Pelajar 8A
  1. Arfah bt Omar
  2. Noor Hidayu bt Rohani
  3. Nur farahin bt A. Rahim
  4. Siti Nur Hamsahton bt Md Esam

Perlajar 7A
  1. Maizurah bt Mohd Nor
  2. Siti Nadzifa bt Mohd Esa
  3. Siti Nurfatihah bt Mohd Sahed @ Masod

Pelajar 6A
  1. Muhammad hafizi b Rushdi
  2. Ahmad Shukri Firdaus b Kamaruzaman
  3. Aliff Aiman b Amir
  4. Nurul Fatehah bt Azaman

...dan kepada 83 pelajar lain yang lulus.




 

06 January 2013

PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan.Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yangtepat boleh membantupembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam pentaksiran ialah kesahan dan kebolehpercayaan skor, kebolehtadbiran instrumen dan keadilan kepada calon.

Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui:

1.  Pementoran
2.  Penyelarasan
3.  Pemantauan
4.  Pengesanan


1.  PEMENTORAN

Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru. Pementoran dalam konteks Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu proses yang dijalankan untuk penjaminan kualiti bagi membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru untuk pelaksanakan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.

a. Tempoh Pelaksanaan:

Aktiviti pementoran dijalankan sebelum, semasa dan atau selepas pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.

b. Objektif Pementoran:

i.  Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan danpengurusan PBS
ii.  Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang dibimbing.
iii.  Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing.
iv.  Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS.
v.  Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru yang dibimbing.

c.  Jenis Pementoran:

i.  Formal
Pementoran formal dijalankan oleh JK PBS secara berjadual dalam mesyuarat atau sesi peningkatan profesionalisme guru.

ii. Informal
Pementoran informal dijalankan oleh JK PBS sebelum, semasa atau selepas pelaksanaan PBS tanpa jadual yang ditetapkan.

d.  Mentor:

i.  Mentor dalaman terdiri daripada:

    GKMP / Ketua Bidang
    Ketua Panitia
    Guru Cemerlang
    Jurulatih Utama
    Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar /    JK PBS

ii. Mentor luaran terdiri daripada:

    Petugas yang dilantik oleh LP
    Petugas yang dilantik oleh JPN
    Petugas yang dilantik oleh PPD

e. Peranan Mentor:

i.  Membimbing guru menggunakan standard prestasi dan aplikasi SPPBS.
ii.  Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran.
iii.  Memberi pendedahan pelbagai jenis instrumen pentaksiran.
iv.  Memastikan pelaksanaan pentaksiran seiring dengan Pengajaran dan pembelajaran.
v.  Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran.
vi.  Membantu m nyelesaikan masalah yang di hadapi oleh guru yang dibimbing.


2.  PENYELARASAN

Penyelarasan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan keseragaman pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon serta kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran.

a. Tempoh Pelaksanaan:
Kekerapan aktiviti penyelarasan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS.

b. Objektif Penyelarasan:

i.   Menyeragamkan kefahaman terhadap kehendak tugasan dan kriteria penskoran.
ii.  Menyeragamkan skor pentaksiran sekolah yang diberikan oleh guru berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen standard prestasi.
iii.  Menyeragamkan skor pentaksiran pusat yang diberikan oleh guru berdasarkan kriteria penskoran sesuatu tugasan yang ditetapkan.
iv.  Menyeragamkan alat, bahan dan situasi mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk menghasilkan skor yang terlaras.
v.  Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS
oleh guru di sekolah.
vi.  Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan dan prestasi murid.
vii.  Memastikan skor yang diberikan adalah adil bagi semua murid.

c.Jenis Penyelarasan:

i.  Penyelarasan dalaman dijalankan bagi menyelaraskan kefah aman mengenai tugasan dan penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran dalam sekolah yang sama.
ii.  Penyelarasan luaran dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai tugasan dan penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran di seluruh negara.

d.  Personali.

I.  Penyelaras dalaman:

    GKMP
    Guru Cemerlang
    Ketua Panitia
    Jurulatih Utama
    Guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS

ii.  Penyelaras luaran

    Petugas yang dilantik oleh LP
    Petugas yang dilantik oleh JPN
    Petugas yang dilantik oleh PPD

e.  Pelaksanaan Penyelarasan:

i.  Sebelum Penyelarasan:

JK PBS peringkat JPN, PPD dan sekolah menentukan tarikh, tempat dan masa penyelarasan. Mengadakan perbincangan mengenai

    -Kefahaman tentang standard prestasi atau tugasan
    -Kesesuaian instrumen yang digunakan
    -Kefahaman tentang penskoran
    -Pemilihan evidens murid untuk penyelarasan skor

ii.  Semasa Penyelarasan:

     Memilih evidens murid mengikut aras pencapaian
     Membanding skor yang diberikan oleh guru
     Menyelaras pemberian skor

iii.  Selepas Penyelarasan:
      Menyediakan laporan penyelarasan
      Menyelaras skor murid, jika perlu


3.  PEMANTAUAN

Pemantauan adalah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh LP. Kekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JKPBS.

a.  Objektif Pemantauan:

i.  Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi
ii.  Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.
iiii.  Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS oleh guru.
iv.  Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran.
v.  Menyediakan lapor an pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan.

b.Pemantau:

i.  Pemantau dalaman:
    Pemantauan dalaman dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Pemantau dalaman ialah:

    Pengetua / Guru Besar
    Guru Penolong Kanan
    GKMP
    Guru Cemerlang
    Ketua Panitia
    Jurulatih Utama
    Guru yang dilantik oleh Pengetua/ Guru Besar

ii.  Pemantau  luaran:
 Pemantauan luaran dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN, LP dan pegawai dari bahagian-bahagian lain dalam KPM.

Pemantau luaran ialah:
    Pegawai LP
    Pegawai JPN
    Pegawai PPD
    Pegawai dari Bahagian-bahagian lain Kementerian Pelajaran Malaysia  (KPM)
    Pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN dan LP

c. Pelaksanaan Pemantauan:

i.  Sebelum Pemantauan:
    JK PBS peringkat JPN, PPD dan sekolah merancang pemantauan PBS.
    Menyediakan instrumen pemantauan.

ii.  Semasa pemantauan:
      Menyemak bahan dan maklumat yang dipantau.
      Membuat pemerhatian pelaksanaan PBS.
      Menggunakan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan untuk memberi khidmat nasihat.

iii.  Selepas pemantauan:
      Melaporkan dapatan pemantauan.
      Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan pelaksanaan PBS.
      Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pelaksanaan PBS.
 

4.  PENGESANAN

Pengesanan ialah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan instrumen pentaksiran yang digunakan mampu menghasilkan skor yang sah dan boleh dipercayai. Oleh kerana PBS ialah satu proses pentaksiran yang dilakukan secara berterusan maka kekerapan aktiviti pengesanan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS.

a.  Objektif Pengesanan:

i.  Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran.
ii.  Memastikan skor yang diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
iii.  Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran.
iv.  Mencadangkan kepelbagaian instrumen pentaksiran

b.  Pengesanan:

i.  Pengesanan Dalaman

Pengesanan dalaman dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PS untuk mendapatkan evidens tentang penguasaan murid. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan danenskoran yang diberikan oleh guru untuk mentaksir murid.

Pegawai pengesanan dalaman:
    GKMP
    Guru Cemerlang
    Ketua Panitia
    Jurulatih Utama
    Guru yang dilantik oleh Pengetua /Guru besar /JK PBS

ii.  Pengesanan Luar

Pengesanan luar dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PP. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan dan penskoran yang dibina oleh Lembaga Peperiksaan.

    Pegawai pengesanan luaran:
    Petugas yang dilantik oleh LP
 
c.  Pelaksanaan Pengesanan:

i.  Sebelum pengesanan:
    Pegawai LP menentukan tarikh, tempat, masa pengesanan.
    Menyemak Dokumen Standard Prestasi dan instrumen pentaksiran pusatyang berkenaan.

ii.  Semasa pengesanan:
     Menyenaraikan isu kebolehtadbiran dan kesesuaian instrumen pentaksiran.
     Mencadangkan penyelesaian.

iii.  Selepas pengesanan:
      Memastikan cadangan penyelesaian dilaksanakan.
      Membuat penambaikan instrumen pentaksiran.
      Melaksanakan program pengesanan semula

05 January 2013

JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)



Pengerusi:
Pengetua

Naib Pengerusi:
Penolong Kanan Pentadbiran (PS dan PP)
Penolong Kanan HEM (PPsi/Pembudayaan PBS)
Penolong Kanan Ko-Kurikulum (PAJSK)
Penyelia Petang (jika berkenaan)
Penolong Kanan Pendidikan Khas (jika berkenaan)

Setiausaha:
Setiausaha Peperiksaan / Setiausaha PBS

Ahli:
GKMP/Ketua Panitia yang dilantik (Latihan/Penataran)
GKMP/Ketua Panitia yang dilantik (Penyelarasan)
GKMP/Ketua Panitia yang dilantik (Pementoran)
GKMP/Ketua Panitia yang dilantik (Pemantauan)
GKMP/Ketua Panitia yang dilantik (Pengesanan)
Semua Ketua Panitia (PS dan PP)
Guru Cemerlang
Guru Disiplin
Guru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi)
Guru Penolong yang dilantik (PAJSK)
Jurulatih Utama (Setiap mata pelajaran)

Nota: Pelantikan JK PBS ini tertakluk kepada keperluan sekolah dan
bergantung kepada keperluan pihak lain. Seorang guru boleh memegang
lebih daripada satu portfolio.


Senarai Tugas

i.  Memastikan pengoperasian PBS di sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan.

ii. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun.
  
Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
  
Agenda Mesyuarat Pertama (Awal Tahun):

Menjelaskan konsep, dasar pelaksanaan dan komponen PBS.
Menyediakan agihan tugasjawatankuasa dan carta organisasi JK PBS.
Melantik Pentaksir Sekolah.
Menetapkan sistem fail PBS.
Mengedarkan surat pekeliling / surat siaran pelaksanaan PBS.
Memaklumkan peraturan-peraturan am pelaksanaan PBS.
Menetapkan Jadual Kerja Pelaksanaan (Carta Gantt):
    PS / PP / PAJSK / PPsi 
    Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa /Jalinan danJaringan)
    Latihan / Penataran
    Penyelarasan
    Pementoran
    Pemantauan
    Pelaporan Prestasi Murid dalam SPPBS
Pengurusan evidens di tempat yang selamat dan bersistematik.
Pengurusan pelaksanaan PBS bagi kes-kes khas.
Hal-hal lain.
  
Agenda Mesyuarat Kedua (Suku Tahun Pertama):
  
Pengesahan Minit Mesyuarat Pertama.
Isu-Isu Pelaksanaan dan kes-kes khas PBS.
Laporan Jawatankuasa PBS:
PS / PP / PAJSK / PPsi 
Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan dan Jaringan)
Latihan / Penataran
Penyelarasan
Pementoran
Pemantauan
Pelaporan Prestasi Murid dalam SPPB
Hal-hal lain.
 
Agenda Mesyuarat Ketiga (Suku Tahun Kedua):
 
Pengesahan Minit Mesyuarat Kedua.
Isu.
Isu Pelaksanaan dan Kes-kes Khas PBS.
Laporan Jawatankuasa PBS:
PS / PP / PAJSK / PPsi
Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan danJaringan)
Latihan / Penataran
Penyelarasan
Pementoran
Pemantauan
Pelaporan Prestasi Murid dalam SPPBS
Hal-hal lain.
 
Agenda Mesyuarat Keempat (Post Mortem):

Pengesahan Minit Mesyuarat Ketiga.
Post Mortem Pelaksanaan PBS.
Tindakan Susulan dan Penambahbaikan Pelaksanaan PBS.
Perancangan Pelaksanaan PBS Tahun Hadapan.
Hal-hal lain.
 
iii.  Semua keputusan mesyuarat hendaklah diminitkan dan menjadi dasar atau
punca kuasa kepada pengoperasian / pelaksanaan PBS di sekolah.

iv.  Pentadbir sekolah bertanggungjawab mengeluarkan surat pelantikan pentaksir sekolah,
login dan kata laluan SPPBS.