22 May 2013

BOLASEPAK GURU-GURU DI HARI GURU SMKTK

Bola sepak adalah permainan yang sangat digemari. Ia juga satu permainan yang lebih menarik berbanding permainan yang lain. Ramai orang meminati bola sepak. Ada yang telah menganggap bola sepak adalah sebahagian dari hidup mereka sama ada dewasa atau kanak-kanak seolah-olah bola sepak seperti lumrah dalam kehidupan mereka.

Sukan bola sepak juga diminati oleh guru-guru sekolah ini sama ada mereka guru muda atau guru veteran. Masing-masing begitu ghairah bercerita mengenai bola sepak lebih-lebih lagi dengan semangat yang di bawa oleh pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dalam kancah Liga Super.

Jadi pada Hari Guru tahun ini, guru-guru sekolah ini telah menubuhkan dua pasukan bola sepak yang dinamakan pasukan JDT dan pasukan Johor Lama. Kedua-dua pasukan ini berentap di padang sekolah pada sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Keputusan rasmi perlawanan timbal-balik itu telah dimenangi oleh pasukan JDT dengan aggregat 3-2. Tahniah...






















18 May 2013

MENGAPA PERLU MENDUDUKI PEPERIKSAAN ATAU UJIAN?

Peperiksaan atau ujian adalah “kayu ukur” bagi menyukat sejauh manakah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia merupakan proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
Kepentingan peperiksaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan sangat penting. Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Berjayalah pelajar-pelajar memahami dan menguasai kemahiran yang diajar kepada mereka. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya. Pelajar-pelajar pula perlu meningkatkan keupayaan diri.
Kepentingan peperiksaan atau ujian adalah seperti berikut:
  1. Untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Ujian seperti ini biasanya disebut sebagai praujian atau ‘pretest’. Daripada ujian inilah guru-guru biasanya dapat merancang dan merencanakan pengajaran yang seterusnya. Hasil ujian tersebut dapat memberikan gambaran kepada guru-guru tentang keupayaan pelajar mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran. 
  2. Untuk menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. Dengan lain perkataan guru-guru itu dapat melihat sejauh manakah pengajarannya itu berhasil. Biasanya, ujian-ujian seperti ini disediakan oleh guru sendiri untuk menguji aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran tertentu. 
  3. Untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Perbandingan seperti ini penting untuk menilai pencapaian atau prestasi seseorang individu. 
  4. Untuk membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek dengan bidang yang lain. Tujuannya ialah untuk melihat kelemahan atau kelebihan pelajar dalam sesuatu bidang dan digunakan maklumat ini untuk kerja-kerja pemulihan dan sebagainya. 
  5. Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka. Tujuannya ialah untuk kerja-kerja pemulihan dan pengayaan. 
  6. Untuk membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran. Ini penting untuk menyelaras dan menentukan arah jenis pendidikan pelajar. Guru-guru dengan mudah dapat menyalurkan pelajar-pelajar mereka ke jurusan-jurusan tertentu mengikut kebolehan mereka sepeti jurusan sains, sasteradan teknikal. 
  7. Untuk membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapatmempertingkatkan pengajaran mereka. 
  8. Peperiksaan dan ujian juga berguna kepada pelajar-pelajar. Melaluinya mereka berpeluang untuk mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

16 May 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013

Dengan bertemakan Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda, sambutan Hari Guru peringkat sekolah diadakan pada pagi ini. Hujan rahmat yang turun sepanjang malam dan pagi ini betul-betul membawa rahmat apabila semua guru dan semua pelajar berhimpun di Dewan A untuk bersama-sama melaksanakan 1 Aspirasi 1 Agenda menyambut sambutan Hari Guru. 

Sambutan yang bermula pada pukul 7.00 pagi dibahagikan kepada tiga segmen. Segmen pertama yang bertempat di Dewan A khusus bagi Ikrar Hari Guru, bacaan perutusan, nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu-lagu bertemakan Hari Guru, serta penyampaian cenderahati kepada guru-guru. Segmen kedua menyusul dengan acara perlawanan bolasepak 7 sebelah antara guru-guru iaitu pasukan guru JDT melawan pasukan guru Johor Lama di padang. Manakala guru-guru perempuan pula menyertai pertandingan 'explore race' dan pertandingan 'kerusi berirama'. Segmen ketiga pula adalah pertandingan persembahan pelajar-pelajar dan guru-guru di pentas Dewan A. Acara ini diselang-selikan dengan cabutan bertuah.

Kami mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru kami di SMK Telok Kerang dan kepada semua guru di serata pelusuk negara kita Malaysia. GURU MALAYSIA 1 ASPIRASI 1 AGENDA.































15 May 2013

BARISAN MENTERI KABINET KERAJAAN MALAYSIA 2013

Berikut ialah senarai barisan menteri kabinet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak:

Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)
Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim 
Timbalan Menteri: P. Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator)

Kementerian Kewangan
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

Kementerian Pelajaran
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri:Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri:  Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun

Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Wilayah Persekutuan
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

06 May 2013

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

Peperiksaan pertengahan tahun dah bermula. Pelajar-pelajar Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 tentunya dah mula menyibukkan diri untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan itu. Bagi Tingkatan 5, peperiksaan bermula pada 7 Mei 2013 dan berakhir pada 22 Mei 2013. Pelajar Tingkatan 4 peperiksaan bermula pada 9 Mei 2013 dan berakhir pada 22 Mei 2013. Manakala pelajar Tingkatan 3, peperiksaan bermula pada 14 Mei 2013 dan berakhir pada 22 Mei 2013.

Mengapa perlu menghadapi peperiksaan?

Peperiksaan dapat menguji kefahaman pelajar. Melalui peperiksaan yang diadakan, guru-guru dapat memahami kelemahan-kelemahan pelajar. Hal ini membolehkan guru-guru memikirkan cara-cara untuk membantu pelajar mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut supaya mereka dapat menimba ilmu dengan lebih berkesan seterusnya mencapai kejayaan dalam hidup.


Selain itu, peperiksaan juga merangsangkan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh. Kebanyakan pelajar berpendapat bahawa mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang merupakan satu kebanggaan kepada mereka. Oleh sebab itu, mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Mereka akan berasa malu sekiranya gagal dalam peperiksaan.

Semoga berjaya.