25 September 2013

HARI KOKURIKULUM 2013

Hari Kokurikulum tahun 2013 telah diadakan pada hari ini Rabu 25 September 2013. Acara utama yang paling mendapat sambutan ialah membeli-belah makanan dan minuman di gerai-gerai. Gerai-gerai ini dikendalikan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar mengikut unit beruniform atau kelab dan persatuan. Selain itu beberapa pertandingan telah dijalankan pada hari itu atau pada hari sebelumnya. Di antaranya ialah pertandingan kawad kaki, pertandingan bolasepak Piala Pengetua, pertandingan bola jaring, pertandingan bola baling, pertandingan sepak takraw, pertandingan karaoke, pertandingan Run TK Run, dan pertandingan fotografi.

Berikut adalah pemenang-pemenang acara yang dipertandingkan:

Pertandingan Kawad Kaki
Johan:  Kadet Polis
Naib Johan:  Kadet Pertahanan Awam
Ketiga:  Pergerakan Puteri Islam

Ketua Platun terbaik:
Norsyakina bt Sudarmo

Pertandingan Bola Sepak

Bawah 15 Tahun
Johan:  JMCFC
Naib Johan:  Boca Juniors
Ketiga:  Kuddri FC

Pemain Terbaik:  Umarul b Mohd Noh

Bawah 18 Tahun
Johan:  4 Sains Akaun
Naib Johan:  5 Teknologi
Ketiga:  4 Landskap

Pemain Terbaik:  Akhmaludin b Ahmad Nurhalim

Pertandingan Karaoke
1.  Norangin b Zaini
2.  Amira Azua bt Abd Rahman
3.  Norsyafika bt Abd Rahman


Pertandingan Teka Silang Kata
Syahirah bt Samad
Nurulhuda bt Amdan
Mohd Mizan b.Saridin

Pertandingan Sepak Takraw
Johan:  Kumpulan 7
Naib Johan:  Kumpulan 5
Ketiga:  Kumpulan 1

Pertandingan Bola Jaring
Johan:  Someday
Naib Johan:  Eleventh Generation
Ketiga:  McFlury

Pertandingan Bola Baling Lelaki
Johan:  Puaka Rimba
Naib Johan:  Budak Mentel
Ketiga:  Boys of Strait

Pertandingan Bola Baling Perempuan
Johan:  Geng Kudud
Naib Johan:  Tragiss
Ketiga:  Purple Team

Pertandingan Fotografi
Johan:  Cikgu Hj Ahmad Muhammad
Naib Johan:  Maizatul Akma Zakaria
Ketiga:  Sara Safrina bt Rais

Pertandingan Run TK Run
Johan:  Uberman
Naib Johan:  Black and White
Ketiga:  Winx Club 



















19 September 2013

PROJEK TANAM ORKID

Bunga orkid memang cantik. Ada beribu spesies bunga orkid di Malaysia. Hari ini murid-murid Tingkatan 5 Landskap belajar memasu pokok orkid untuk melaksanakan projek tanam orkid. Langkah demi langkah mereka diajar dan ditunjukcara oleh Abang Roslee, pembantu MPV. Bahan yang digunakan hanya pecahan batu bata, arang dan tahi kambing.








13 September 2013

KESAN MENGULANGKAJI DI SAAT AKHIR

Kesan Kepada Fizikal
  • Belajar di saat akhir memang memerlukan tumpuan yang banyak serta keupayaan untuk membaca, mengingat dan menterjemah kembali hasil pembelajaran. Anda akan lebih banyak memperuntukkan masa untuk menelaah pelajaran pada waktu akhir ini.
  • Keadaan ini memungkin waktu rehat anda juga digunakan untuk mengulangkaji. Tidak hairanlah rami pelajar yang belajar pada saat-saat akhir mudah diserang penyakit serta menjadi lesu sewaktu peperiksaan.

Kesan Kepada Mental
  • Terlalu banyak input yang hendak dimasukkan dalam masa yang singkat boleh menyebabkan keletihan otak. 
  • Keadaan ini berlaku apabila anda merasakan pembelajaran menjadi tidak efektif kerana apa yang dibaca tidak dapat diingati serta diterjemahkan dalam bentuk kefahaman. 
  • Selain itu pelajar akan mengalami kekeliruan fakta ketika berada dalam situasi peperiksaan.

Kesan Kepada Emosi
  • Masa yang suntuk memengnya memberi tekanan kepada pelajar kerana terlalu banyak subtaju yang masih belum divbaca dan difahami serta belum dihafal.
  • Tekanan ini menyebabkan pelajar menjadi murung , cepat marah dan aggresif dan sukar ntuk berasa selesa. Masalah ini memang memberi kesan sehingga ada yang melakukan tindakan di luar kawalan.

Namun sekiranya anda kemahiran belajar pada saat akhir, kemungkinan besar untuk menghadapi ini rendah. Bagaimanapun memang tidak digalakkan untuk pelajar menjalani aktiviti belajar pada saat akhir kerana ia memberikan implikasi yang kurang baik pada mental, fizikal dan emosi pelajar. Sehebat manapun teknik yang diberikan untuk belajar pada saat akhir, ia tidak memungkinkan pelajar berasa selesa dan mudah untuk menghadapinya. Namun sekiranya terpaksa bolehlah digunakan tip belajar di saat akhir.

Semoga kita cuba memperbaiki teknik pembelajaran supaya menjadi lebih baik. Mulakan usaha anda dengan senyuman.

12 September 2013

PPPM: ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. Keberhasilan yang ditetapkan ini adalah selari dengan aspirasi yang turut disuarakan oleh peserta semasa Dialog Nasional dan setanding juga dengan keberhasilan yang ditetapkan oleh sistem pendidikan berprestasi tinggi yang lain. 

Tindakan bagi merealisasikan lima aspirasi berkenaan adalah penting, dan tidak ada inisiatif  dalam mana-mana aspek berkenaan yang boleh menjejaskan atau menghalang kemajuan yang lainnya.
  • Akses: Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhakmendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5)  menjelang 2020.
  • Kualiti: Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa. Aspirasi sistem pendidikan negara adalah untuk  meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja). Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu dibangunkan dan diterima di peringkat antarabangsa.
  • Ekuiti: Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020.
  • Perpaduan: Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah. Melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi membina masa hadapan Malaysia. Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.
  • Kecekapan: Sistem pendidikan Malaysia telah menerimaperuntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, Kementerian berhasrat untuk memaksimumkankeberhasilan  murid mengikut tahap peruntukan semasa.

PPPM: MENTAKSIR KECELIKAN ICT GURU

Mentaksir kecelikan ICT guru Persatuan Antarabangsa Teknologi dalam Pendidikan (ISTE) merupakan persatuan global yang menyokong kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan ICT yang inovatif serta berkesan. Mewakili lebih 100,000 pendidik seluruh dunia, ISTE telah menyediakan set penanda aras yang diiktiraf antarabangsa bagi membantu mengukur kecekapan penyepaduan ICT dalam pendidikan. Penanda aras ini dikenali sebagai Standard Teknologi Pendidikan Kebangsaan (NETS). 

NETS memerlukan semua guru bilik darjah mencapai standard yang berikut:
  • Memudah dan mencetus inspirasi pembelajaran dankreativiti murid: Guru menggunakan pengetahuan tentangisi kandungan mata pelajaran, pengajaran dan pembelajaran, serta teknologi untuk memudah cara dan mencetuskan pengalaman pembelajaran, kreativiti, dan inovasi murid dalam interaksi bersemuka dan persekitaran maya;
  • Mereka bentuk dan membangunkan pengalamanpembelajaran dan pentaksiran era digital: Guru mereka bentuk, membangun dan menilai pengalaman pembelajaran dan pentaksiran yang autentik. Mereka menggabungkan alat dan sumber kontemporari bagi memaksimumkan pembelajaran isi kandungan menurut konteks dan membangunkan pengetahuan, kemahiran, serta sikap untuk menggunakan ICT;
  • Mempamer cara bekerja dan belajar era digital: Guru mempamerkan pengetahuan, kemahiran, dan gaya kerja seorang profesional inovatif dalam masyarakat global dan digital, termasuk kemahiran dalam sistem ICT dan peralatan digital bagi menyokong kejayaan dan inovasi murid; 
  • Mempromosi dan menjadi model masyarakat digital yang bertanggungjawab: Guru memahami isu-isu masyarakat setempat dan global serta bertanggungjawab dalam budaya digital yang berkembang dan mempamerkan kelakuan yang baik serta  beretika dalam amalan profesionalnya; dan
  • Melibatkan diri dalam pembangunan profesional dankepimpinan: Guru menambah baik amalan profesionalsecara berterusan dan mengamalkan pembelajaransepanjang hayat.

PPPM: MEMANFAATKAN ICT UNTUK PEMBELAJARAN


Kementerian meneruskan matlamat untuk melayakkan semua secara rasmi mencapai taraf “Sekolah Bestari” (iaitu mencapai standard minimum penggunaan, keupayaan, ketersediaan infrastruktur dan aplikasi ICT) di samping menyepadukan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 

Berdasarkan penyelidikan semasa terhadap impak dan potensi ICT dalam pendidikan, Kementerian akan menerima guna prinsip berikut sebagai panduan bagi membangunkan strategi ICT:
  • Memastikan keperluan asas disediakan. Sejajar dengancontoh kejayaan pelaksanaan program ICT dalam pendidikan,Kementerian akan menerima guna pendekatan tersusun untuk ICT.Elemen penting dalam penggunaan ICT seperti peralatan, jaringandan aplikasi ICT, kompetensi guru dalam ICT, dan kurikulumserta pentaksiran mesti dimantapkan sebelum beralih kepadapenggunaan ICT yang lebih mendalam dan inovatif;
  • Membangunkan inisiatif daripada asas sedia ada.Kementerian akan memastikan inisiatif selanjutnya dibangunkandaripada program terdahulu. Sebagai contoh, Kementerian akanmemastikan semua inisiatif ICT masa depan akan memperkukuhdan meningkatkan keberkesanan 1BestariNet. Langkah ini bertujuan memaksimumkan ROI bagi program ini dan memastikan 1BestariNet. Projek  1BestariNet bermatlamat menyediakan akses berkelajuantinggi (broadband) kepada setiap sekolah awam di Malaysia,dan menyokong penyepaduan ICT dalam amalan harianmelalui pewujudan satu persekitaran pembelajaran maya(VLE). VLE ialah satu platform untuk guru, ibu bapa dan muridberkomunikasi antara satu sama lain dan berkongsi sumberpembelajaran. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan VLE untuk memberi tugasan bacaan dan kerja rumah kepada murid,atau berkongsi rancangan pengajaran dengan rakan setugasdari seluruh negara, dan ibu bapa boleh mengakses portfolioanak mereka. VLE ini juga merangkumi sistem pengurusanpembelajaran bagi guru dan pemimpin sekolah untuk menjejakkemajuan tugasan, pentaksiran dan peperiksaan setiap murid.Situasi ini membantu guru menyediakan bantuan  bersasarankepada setiap murid dalam bidang yang amat diperlukan olehmereka. Bagi memastikan guru merealisasikan potensi sistem ini dengan sepenuhnya,  Kementerian akan melatih guru menggunakansistem ini untuk menyepadukan ICT dalam amalan pengajaran.Kementerian juga akan memastikan sekolah dilengkapi denganbilangan peranti ICT yang mencukupi.1BestariNet menjadi pemangkin inovasi ICT dalam pendidikan di Malaysia;
  • Melabur dalam penyelesaian ICT untuk kumpulanberkeperluan khusus. Di sebalik ketaktentuan seperti yangdiutarakan dalam kajian antarabangsa, penyelesaian ICT sedia adamasih boleh dimanfaatkan bagi mewujudkan akses berkesan koskepada sumber pengajaran dan pembelajaran berkualiti tinggi bagikumpulan berkeperluan khusus seperti sekolah luar bandar, sekolahkurang murid, dan murid pintar cerdas (rujuk Bab 4); dan
  • Menyandar pada pentaksiran berasaskan keberhasilan.Pentaksiran berasaskan bukti seharusnya menjadi asas menilaipelaburan penting yang berpotensi dalam ICT. Tindakan inimemerlukan penambahbaikan dalam set pengukuran sedia adaseperti Smart School Qualification Standard (SSQS), selaras dengan kewujudan standard antarabangsa. Asas ICT perlu diperkukuh terlebih dahulu sebelum prinsip ini diterima guna. Setelah asas ini dimantapkan, Kementerian akan mempertimbangpeluang untuk menyampaikan lebih banyak penyelesaian berasaskanICT yang inovatif, disokong dengan bukti impak positif yang jelas.

10 September 2013

PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS HARI KEMERDEKAAN KE-56

Tahniah kami ucapkan kepada pemenang-pemenang pertandingan keceriaan kelas Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-56. Pertandingan ini adalah kelolaan AJK Keceriaan SMK Telok Kerang. Beberapa kriteria  telah ditatapkan sebagai panduan dalam pertandingan ini iaitu kebersihan bilik darjah, keceriaan bendera, sudut kemerdekaan dan bonus keseluruhan.

Berikut adalah pemenang mengikut kategori:

Kategori Blok A
  1. Tingkatan 2 Segar
  2. Tingkatan 1 Segar
  3. Tingkatan 2 Maju

Kategori Blok C
  1. Tingkatan 3 Maju
  2. Tingkatan 3 Segar
  3. Tingkatan 3 Tekun

Kategori Dewan
  1. Tingkatan 4 Katering
  2. Tingkatan 5 Kemanusiaan
  3. Tingkatan 1 Kemas

Kategori Blok Baru
  1. Tingkatan 5 Katering
  2. Tingkatan 5 Landskap
  3. Tingkatan 5 Teknologi

Keseluruhan
  1. Tingkatan 2 Segar
  2. Tingkatan 3 Maju
  3. Tingkatan 5 Katering


Johan Kategori Blok A, Tingkatan 2 Segar

Johan Kategori Blok C, Tingkatan 3 Maju

Johan Kategori Dewan, Tingkatan 4 Katering

Johan Kategori Blok Baru, Tingkatan 5 Katering

Johan Kategori Blok A, Tingkatan 2 Segar

Naib Johan Kategori Blok A, Tingkatan1 Segar

Ketiga Kategori Blok A, Tingkatan 2 Maju

Johan Kategori Blok C, Tingkatan 3 Maju

Naib Johan Kategori Blok C, Tingkatan 3 Segar

Ketiga Kategori Blok C, Tingkatan 3 Tekun

Johan Kategori Dewan, Tingkatan 4 Katering

Naib Johan Kategori Dewan, Tingkatan 4 Kemanusiaan

Johan Kategori Blok Baru, Tingkatan 5 Katering

Naib Johan Blok Baru, Tingkatan 5 Landskap

Ketiga Kategori Blok Baru, Tingkatan 5 Teknologi

SMKTK NAIB JOHAN PERTANDINGAN KECERIAAN, PENCAHAYAAN DAN KIBARAN JALUR GEMILANG HARI KEMERDEKAAN KE-56 DAERAH PONTIAN

Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga SMKTK atas kejayaan sebagai Naib Johan dalam pertandingan keceriaan, pencahayaan dan kibaran Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-56 peringkat daerah Pontian. Hadiah berupa piala dan wang tunai sebanyak RM1000.00. Hadiah diterima oleh Tuan Pengetua di perbarisan Hari Kemerdekaan pada hari Sabtu 31 Ogos 2013 di Stadium Mini Pontian. Terima kasih kami ucapkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang berusaha keras membuat persiapan.



08 September 2013

PRAKATA MENGENAI PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) 2013-2025 OLEH KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA, TAN SRI ABD. GHAFAR BIN MAHMUD

Pendidikan merupakan perkara utama yang berupaya mempengaruhi pembangunan diri individu dan menyediakan pelbagai peluang dalam mencorakkan kehidupan masa depan. Pendidikan juga mendasari proses pembangunan modal insan yang berinovatif dan berkemahiran tinggi yang merupakan faktor kritikal bagi menyokong pertumbuhan sosial, budaya, dan ekonomi sesebuah negara. Komitmen dan usaha mempertingkat kualiti pendidikan merupakan sebahagian daripada pelaburan utama Kementerian ke arah menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia pada masa depan.

Sehubungan itu, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi mengenal pasti cabaran dan jurang dalam sistem pendidikan kebangsaan, dan seterusnya merangka kaedah penyelesaian terbaik bagi menanganinya. Bersandarkan input ini, Kementerian telah berjaya menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menggariskan strategi dan inisiatif bagi mengupayakan peningkatan kualiti sistem pendidikan kebangsaan.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dibangunkan dengan mengambil kira analisis, temu bual, tinjauan, dan kajian yang melibatkan panel pakar pendidikan negara dan antarabangsa, selain turut melibatkan pegawai di Kementerian, guru, pemimpin sekolah, dan ibu bapa. Selain itu, pelaksanaan beberapa siri Dialog Nasional Pendidikan Negara yang dijalankan sejak awal tahun lalu telah berjaya mengumpul input berupa pandangan, idea, dan maklum balas daripada hampir 12 ribu orang yang mewakili kumpulan orang awam dan pelbagai pihak berkepentingan. 

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 bakal mengupayakan pelaksanaan berkesan inisiatif yang mendokong usaha transformasi sistem pendidikan kebangsaan secara menyeluruh. Perancangan dan inisiatif strategik disusun ke arah mewujudkan satu sistem pendidikan yang menekankan kekuatan, kecekapan, kualiti, kelestarian, serta kejayaan yang dapat dilihat dalam tempoh terdekat. Sistem pendidikan di Malaysia menjelang tahun 2025 seharusnya berupaya mencapai penyertaan  menyeluruh pendidikan peringkat menengah, menempatkan diri pada kedudukan kelompok sepertiga terbaik dalam pentaksiran peringkat antarabangsa, memastikan semua murid menikmati peluang yang sama kepada pendidikan berkualiti, dan seterusnya menyemai identiti nasional dalam kalangan murid. 

Strategi pelaksanaan dan sistem sokongan yang mantap, merangkum sistem penyampaian yang berkualiti dan kepimpinan yang cekap dan berkesan adalah kritikal bagi merealisasikan usaha peningkatan kemenjadian murid. Sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, saya amat yakin melalui sokongan semua pihak berkepentingan dalam dan luar KPM, pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan merangsang dan melestarikan usaha transformasi sistem pendidikan Malaysia.

Tan Sri Abd. Ghafar bin Mahmud 
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

SEJARAH PENERBITAN SULUNG MAJALAH SEKOLAH 'TEGUH'

TEGUH Edisi 1 1999, terbitan sulung.
Penerbitan sulung majalah sekolah dilakukan pada tahun 1999. Ini rentetan daripada perbualan antara Tuan Pengetua  dan Cikgu Hasan b Kasmuri mengenai perlunya menerbitkan sebuah majalah sekolah sebagai satu dokumnetasi untuk diisikan dengan artikel dan foto mengenai aktiviti dan kegiatan yang berlaku di sekolah sepanjang tahun. Cikgu Hasan b Kasmuri yang baru setahun berpindah ke SMK Telok Kerang menerima cadangan Tuan Pengetua iaitu Tn. Hj. Mohd Zini b Abdul Fatah agar Cikgu Hasan mengetuai penerbitan majalah tersebut. 

Atas persetujuan bersama dalam satu perbincangan, guru-guru bersetuju untuk memulakan penerbitan majalah itu pada tahun 1999. Untuk permulaan, penerbitan dilakukan dua tahun sekali iaitu pada tahun ganjil. Jumlah kutipan daripada pelajar ditetapkan iaitu sebanyak RM10.00 seorang untuk membiayai penerbitannya. AJK penerbitan juga akan mencari dana lain sebagai tambahan pembiayaan penerbitan iaitu dengan cara menjual ruang iklan.  Bendahari yang menyimpan semua kutipan ialah Cikgu Junainah bt Barlin.

Pembentukan satu AJK atau pun Sidang Redaksi dibuat pada bulan Februari 1999. Sidang Redaksi itu terdiri daripada guru-guru dan pelajar-pelajar. Antara tugas Sidang Redaksi adalah mencari bahan-bahan berkaitan untuk diterbitkan, mengambil foto aktiviti sekolah, mencatat aktiviti sekolah, mengumpul dan mengedit dan seterusnya menerbitkan majalah sekolah.

Dalam salah satu mesyuarat AJK, perbincangan telah diadakan untuk menamakan majalah sekolah itu. Banyak nama yang dicadangkan. Di antaranya ialah 'MEKAR', 'SMK TELOK KERANG', 'MAJU', 'JAYA', 'TEGUH' dan 'SINARAN'. Akhirnya AJK bersetuju memilih nama 'TEGUH' sebagai nama majalah. TEGUH adalah cadangan daripada Tuan Pengetua, Hj. Mohd. Zini b Abdul Fatah. 

AJK terus menjalankan kerja mengikut tugas yang telah ditetapkan. Pengumpulan bahan dilakukan sepanjang tahun manakala menyusun dan mengedit artikel dan foto akan dilakukan pada bulan November 1999.  Proses cetakan dilakukan pada bulan Disember 1999. Majalah akan diberi kepada pelajar-pelajar yang membayar pada bulan Februari 2000. Manakala pelajar lepasan Tingkatan 5 akan diberi ketika mereka mengambil keputusan peperiksaan SPM pada Mac 2000. 

Oeh kerana pada masa itu perisian komputer utuk penerbitan mungkin belum cukup tersebar ataupun belum dikuasai oleh guru-guru, proses mengedit foto dan proses penyusunan dilakukan secara manual. Namun berkat kegigihan AJK penerbitan yang terdiri daripada guru-guru dan pelajar-pelajar akhirnya pada awal bulan Februari 2000 majalah sulung TEGUH menjadi tatapan guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Telok Kerang. Satu kejayaan yang sungguh manis terutamanya kepada Cikgu Hasan b Kasmuri. Satu sejarah tercipta untuk warga SMK Telok Kerang.

AJK dan Sidang Redaksi TEGUH Edisi 1 1999 (edisi sulung):

Penaung:  En. Mohd. Zini b Abdul Fatah
Pengerusi/Bendahari:  Pn. Junainah bt Barlin
Setiausaha:  En. Hasan b Kasmuri

AJK:
En. Mohd Yassin b Jaafar
Cik Che Ku Fazidah bt Che Ngah
Pn. Tan Yong Hock
Pn. Rokiyah bt Torigon
Cik Gan Choo Eng
Pn. Low Pock Chock
En. Abas b Ahmad
En. Lee Sin Lian

Ketua Editor:  Noraini bt Abdul Rahim
Penolong Ketua Editor:  Zoolhelmi b Ahmed
Bahasa Melayu:  Norasyimah bt Abd Razak
Bahasa Inggeris:  Noraini bt Lachelak
Bahasa Cina:  Oh Yong Hwa
Staff Sekolah:  Ena bt Elias
Iklan:  Marliana bt Yunus
Fotografi:  Kamal Ariffin b Sihat
Sukan:  Mohd Nazri b Abd Rahman
Kelab dan Persatuan:  Maryati bt Mohd Khalid
Unit Beruniform:  Mazni bt Mohd Yusof


Guru-guru pada tahun 1999.

Sidang Redaksi TEGUH Edisi 1 1999.

Menyusun kulit TEGUH Edisi 1 1999.

Menyusun kandungan TEGUH.

Menyusun foto terbitan sulung.

TEGUH Edisi 2 2001.

TEGUH Edisi 3 2003

TEGUH 2008.