20 November 2013

KUALITI PENGAJARAN GURU DI BILIK DARJAH

Kualiti kerja ialah sesuatu keadaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ia tidak statik bahkan ia bergerak sepanjang masa. Usaha untuk mencapai kualiti yang dikejar tidak akan habis dan tidak ada hadnya. Bagaimana pula dengan kualiti pengajaran guru di bilik darjah?
  1. Sebagai penyampai ilmu, guru mesti pakar dengan mata pelajaran yang diajar. Guru mesti mampu menyusun idea dan fakta dengan teratur dan mudah untuk difahami oleh pelajar-pelajarnya. Penggunaan bahan bantu mengajar dapat menjelaskan idea dengan lebih jelas dan tepat. 
  2. Kompetensi pengajaran dan pembelajaran guru bergantung kepada kemahiran, kebolehan dan ilmu pengetahuan yang ada pada seseorang guru. Guru mesti yakin dengan penyampaian isi dan kandungan pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. 
  3. Teori yang berkaitan dengan pendidikan  amat berguna untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak bermakna apa-apa jika tidak memegang teori-teori dalam pendidikan. 
  4. Guru di dalam kelas adalah seorang pembimbing bukannya pengurus yang membuat arahan. Guru yang berkualiti ialah apabila guru itu dapat membimbing pelajarnya ke arah melakukan tindakan yang positif dan disenangi. 
  5. Seseorang guru yang berkualiti mampu mempengaruhi pelajar-pelajarnya untuk mengubah diri melalui maklumat, cerita dan fakta yang betul. Gunakan pelbagai pendekatan agar pelajar-pelajar dapat memahami maksud, tujuan dan kehendak  yang sebenarnya. 
  6. Guru hendaklah membimbing pelajar-pelajar melalui kekuatan kualiti kerja guru itu sendiri. Bina keupayaan pelajar-pelajar untuk membuat kerja sekolah dengan bersungguh dan bermutu. Letakkan hasil dan mutu kerja yang tinggi sebagai faktor kejayaan seseorang pelajar. 
  7. Guru hendaklah berkompromi dengan pelajar-pelajarnya dalam beberapa perkara. Ini sebagai rangsangan untuk mereka bahawa jawapan, idea, pendapat dan hasil kerja mereka amat dihargai dan seterusnya keadaan ini boleh memacu kearah kejayaan.

18 November 2013

CIKGU-CIKGU SMKTK MELAWAT TAMAN BOTANI PUTRAJAYA

Pada tarikh 9 - 10 November, cikgu-cikgu dan keluarga masing-masing berombongan melawat Putrajaya, Shah Alam dan Kuala Lumpur. Salah satu destinasinya ialah Taman Botani Putrajaya. Cikgu Hasan Kasmuri telah bertindak sebagai pemandu pelancong dengan membawa cikgu-cikgu berkeliling taman dan menerangkan reka bentuk taman sambil memberi sedikit penerangan mengenai tumbuh-tumbuhan di taman itu. Selain berekreasi di taman ini, cikgu-cikgu sangat berminat untuk mengenal jenis dan nama tumbuh-tumbuhan yang ada di taman ini. Ada tumbuh-tumbuhan tempatan dan ada tumbuh-tumbuhan luar negara. Sambil melihat Seri Perdana di seberang tasik, cikgu-cikgu mengambil kesempatan untuk berfoto di kawasan taman yang cantik itu.









16 November 2013

SELAMAT BERCUTI



Hari ini cuti panjang dah bermula. Percutian sekolah boleh dikategorikan kepada:
  1. Percutian yang bermanfaat dan menguntungkan 
  2. Percutian yang biasa sahaja 
  3. Percutian yang sia-sia lagi merosakkan

Rancanglah percutian ini agar ia membawa cuti yang bermanfaat dan penuh bermakna. Banyak perkara yang boleh dirancang, di antaranya :
  1. Pergi ke kedai-kedai buku atau perpustakaan bagi menambah pengetahuan am anak-anak.
  2. Mengikuti program out-door bagi menambah skil insaniah remaja. 
  3. Membiasakan pergi dan beribadah ke surau atau ke masjid untuk bersolat secara berjamaah.
  4. Bercuti ke tempat-tempat pelancongan atau tempat bersejarah bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan di samping menambah pengetahuan am. 
  5. Bercuti ke kampung atau melawat ahli keluarga satau saudara mara bagi menguatkan hubungan persaudaraan yang semakin hari kian luntur. 
  6. Berjoging atau beriadah atau berenang sekurang-kurangnya selama sejam dalam setiap minggu. 
  7. Mengikuti kelas atau kursus hafazan al quran, imam dan bilal muda, kem solat dan sebagainya.
  8. Mengikuti kelas bahasa atau seni mempertahankan diri dan sebagainya. 
  9. Bertemu dan berkenalan dengan tokoh atau individu yang menjadi ikon agar dapat mencedok semangat dan motivasi melalu pertemuan seumpama ini. 
  10. Mendidik diri sendiri berdikari atau menemani ayah ibu yang bekerja bagi menambah pendapatan di samping mengenal penat lelah orang tua yang cuba membesarkan mereka dengan sebaik mungkin. 
  11. Pastikan sebelum habis musim percutian, bahawa anak-anak sekolah ini mengetahui dan faham tentang erti kehidupan dan mereka akan memulakan fasa kehidupan yang akan datang dengan keinsafan dan lebih bersemangat.

15 November 2013

SIKAP TIDAK RASIONAL SEORANG GURU TERHADAP TANGGUNGJAWABNYA

Sebagai guru, jangan sekali-kali mengamalkan sikap serta tingkah laku yang tidak rasional apabila berurusan dengan kerja dan tanggung jawab khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sikap tidak rasional yang membelenggu diri guru akan membawa kepada kegagalan dalam menyelesaikan tanggung jawab yang diamanahkan.

Antara perkara-perkara yang tidak rasional diamalkan oleh guru-guru adalah seperti:
  1. Sering bertindak dengan bermatlamatkan kepentingan diri dan agenda sendiri.
  2. Mengamalkan sikap mementingkan rakan kumpulan atau kronisme. Disamping itu sering mengamalkan pilih kasih dan mengamalkan sikap tidak adil.
  3. Tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang mata pelajaran yang diajar dan tidak mengambil inisiatif untuk mendalaminya supaya pengajaran guru itu lebih berkesan dan mantap.
  4. Kemahiran tentang kaedah, teknik, pedagogi dan proses pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya berada pada tahap yang paling minima, biasa-biasa sahaja dan tiada usaha penambahbaikan.
  5. Tidak benar-benar komited dan serius terhadap tugas sebagai seorang guru.
  6. Adanya ciri-ciri kelemahan peribadi dari segi sikap dan tingkah laku yang ditunjukkan yang membawa kesan negatif serta implikasi yang tidak wajar sebagai seorang guru.
  7. Lebih berminat kepada tugas-tugas luar bilik darjah atau luar sekolah. 
  8. Tidak fokus kepada tanggungjawab seorang guru. Fokus utama guru adalah di bilik darjah.
  9. Mencampuradukkan hal-hal peribadi dengan tugas hakiki di sekolah. Urusan peribadi serta kepentingan peribadi boleh menjejaskan kualiti kerja.
  10. Sering dibelenggu dengan rasa ketidakpuasan bekerja. Gagal untuk mengatasi stress dansering meletakkan 'diri sendiri adalah betul dan orang lain adalah salah'.
  11. Tidak mahu atau mengelak daripada membina jalinan komunikasi atau hubungan interpersonal dengan warga sekolah yang lain. Suka mengasingkan diri atau berkelompok dengan geng sendiri.
  12. Emosi diri mengatasi kematangan fikiran.
  13. Tidak mahu keluar daripada 'kebiasaan yang telah wujud sekian lama'. Hanya melakukan 'yang itu itu sahaja'. Tiada perubahan cara dan kaedah pengajaran.
  14. Tidak mahu berubah kepada trend, suasana dan pendekatan pengajaran dalam pendidikan masa kini.
  15. Hala tuju pengajaran yang kurang jelas dan samar-samar. Hanya melaksanakan tugas sebagai seorang guru pada tahap paling minima  yang biasa sahaja.

13 November 2013

LOGO BARU KEMENTERIAN PENDIDKAN MALAYSIA



Rasional

Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. 
  • Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. 
  • Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. 
  • Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. 
  • Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. 
  • Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global.
  • Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara.
  • Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. 
  • Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

11 November 2013

PROJEK DUSUN BUAH-BUAHAN

Bagi menambahkan pokok-pokok dan penghijauan kawasan sekolah, satu kawasan lapang telah ditanam dengan pokok-pokok buah-buahan. Projek dusun sekolah ini dibuat oleh murid-murid Tingkatan 1 Maju dibawah kendalian Cikgu Hasan Kasmuri semasa belajar subjek Kemahiran Hidup Pertanian. Pokok buah seperti jambu, ciku, longan dan belimbing telah ditanam. Semoga pokok-pokok ini tumbuh dengan subur dan seterusnya warga SMKTK dapat merasa hasilnya nanti. Tahniah muri-murid Tingkatan 1 Maju....  






LAWATAN GURU-GURU DAN KELUARGA KE PUTRAJAYA, SHAH ALAM DAN KUALA LUMPUR

Selalunya guru yang membawa murid melawat ke destinasi tertentu. Tetapi kali ini guru-guru dan keluarganya yang di bawa melawat dan jalan-jalan dengan menaiki bas. 

Pada hari Sabtu dan Ahad,  9 dan 10 November 2013, seramai 42 orang guru dan keluarganya telah berjalan-jalan melawat ke Putrajaya, Shah Alam dan Kuala Lumppur. Ada di kalangan guru-guru yang pergi secara solo, ada yang bersama pasangan masing-masing, dan ada yang membawa sekali anak-anak mereka. Rombongan diketuai oleh Cikgu Mohd Muslim b Japri, Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan SMK Telok Kerang.

Rombongan ini bertolak dari SMKTK pada jam 5.00 pagi pada pagi Sabtu. Destinasi pertama ialah sekitar Putrajaya. Selepas round-round di sekitar Putrajaya, mereka melawat Taman Botani, Pameran Kesenian Islam di Presint 3, berehat, makan tengahari dan bersolat di Masjid Putra.

Pada sebelah petang, rombongan meneruskan perjalan ke Shah Alam. Destinasinya ialah i-City. Di situ ahli rombongan masuk ke Snow Walk, Muzium Lilin dan menikmati malam dengan pencahayaan lampu LED pada pokok-pokok. Ada di antara guru-guru yang menaiki  roda gergasi berpusing untuk melihat bandar Shah Alam. Pukul 9.00 malam mereka check-in di Intekma Resort. 

Pada pagi Ahad, selepas bersarapan pagi di Intekma Resort, rombongan bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan mereka singgah di Pasar Hari Stadium Shah Alam iaitu pasar hari yang terbesar di Malaysia. Sampai di Kuala Lumpur, terus ke Muzium Diraja. Muzium Diraja adalah bekas istana tempat bersemayam Yang DiPertuan Agong Malaysia. Di situ ahli rombongan menghabiskan masa melihat keadaan luar dan dalam istana dan menghayati keanggunan hiasan dalaman istana raja.

Selepas itu meneruskan lawatan ke Muzium Negara. Dengan menaiki tangga, mereka terus ke Planetariun Negara di atas bukit. Di pusat pendidikan angkasa lepas ini, selain melihat pameran, guru-guru dan keluarganya masuk ke panggung untuk menonton wayang berkaitan angkasa lepas.

Selepas itu rombongan bergerak ke Masjid Negara untuk bersolat. Seterusnya mereka ke Muzium Kesenian Islam di sebelahnya. Di situ ada pameran mengenai perkembangan pemergian jemaah Malaysia menunaikan fardhu haji dari zaman dulu hingga kini. Seterusnya bas bergerak menuju ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Di situ ahli rombongan berpeluang membeli-belah di kawasan yang sibuk dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri.

Bas bergerak balik ke Pontian pada pukul 6.15 petang. Singgah di R&R Ayer Keruh untuk berehat, makan dan solat. Rombongan sampai di SMK Telok Kerang pada pukul 12.00 malam. Syukur dan alhamdulillah ahli rombongan selamat pergi dan selamat kembali.




























10 November 2013

SPPBS BEREHAT SEBULAN



09 November 2013

BARISAN PENTADBIR 2019







  
                        Pengetua: 
Pn. Hjh Azizah binti Omar








                           GPK1:  
Pn. Sabariah binti Mohd Ariff 








                        GPK HEM:  
Pn. Faizah binti Wahid








                         GPK Kokurikulum:
Pn. Johanah binti Mohamed








                   GKMP Bahasa:  
Pn. Hjh Kamarul Ashiqin binti Md Yunos








                  GKMP Sains dan Matematik:
Pn. Joohana binti Saliman








                GKMP Teknik dan Vokasional:
En. Abd Hadi bin Ambok Ingtang 







                           GKMP Sains Sosial:
Pn. Mislin binti Sino