17 April 2014

KADET PERTAHANAN AWAM MENYERTAI PERTANDINGAN KEMAHIRAN KAPA DAERAH PONTIAN

Kadet Pertahanan Awam SMK Telok Kerang ditubuhkan 10 bulan yang lalu iaitu pada bulan Ogos 2013. Unit beruniform ini adalah adik paling bungsu di kalangan unit-unit beruniform di sekolah ini. Penubuhannya di usahakan oleh Cikgu Hasan b Kasmuri dan di sokong oleh Tuan Pengetua pada masa itu iaitu En. Abdul Hamid b Abu Bakar dan GPK Kokurikulum iaitu En. Lee Sin Lian.  Ahli-ahli awal adalah terdiri daripada murid-murid di tingkatan 1 iaitu 23 murid lelaki dan 17 orang murid perempuan.

Baru-baru ini iaitu pada hari Isnin 14 April 2014, KAPA sekolah ini buat pertama kali menyertai pertandingan kemahiran KAPA di MRSM Tun Dr Ismail. Latihan kemahiran yang dikendalikan oleh jurulatih dari JPAM Pontian selama 3 hari belum dapat memantapkan diri ahli-ahli KAPA sekolah ini dengan kemahiran yang dipelajari. Penyertaan pada tahun ini dikira sebagai mendapatkan pengalaman yang amat berguna untuk penyertaan pada tahun hadapan. Mereka berjaya membawa balik beberapa pingat kategori pertandingan yang disertai. 

Seramai 5 orang ahli perempuan dan 4 rang ahli lelaki KAPA sekolah ini akan mewakili daerah Pontian ke pertandingan peringkat negeri yang akan diadakan di UTHM Batu Pahat Johor pada 23 April 2014. Latihan pusat akan diadakan selama 3 hari bermula 19 April hingga 21 April 2014.

Di antara kemahiran yang dipertandingkan ialah:
  1. Kawad kaki
  2. Memadam kebakaran
  3. Menyelamat
  4. Rawatan awal









 


SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :