11 September 2014

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 2014

Pagi ini bertempat di Dataran Nilam telah diadakan majlis penutup bulan kemerdekaan. Sepanjang sebulan bermula 17 Ogos hingga 16 September 2014, warga SMKTK menghayati semangat patriotisme kemerdekaan Malaysia. Selain itu, warga SMKTK sama-sama menghargai dan menghayati sejarah perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan tanah air yang kita cintai ini. Berkibarnya Jalur Gemilang di kawadan sekolah menunjukkan semangat perjuangan dan semangat kemerdekaan yan terus bernyala dan bersemadi dalam jiwa warga SMKTK dan rakyat Malaysia. 

Di antara pengisian bulan kemerdekaan ini ialah; 
  1. Pertandingan menulis sajak patriotisme.
  2. Pertandingan kuiz sejarah.
  3. Pertandingan kuiz bertulis sejarah.
  4. Menyertai pertandingan keceriaan dan pencahayaan peringkat daerah Pontian.
  5. Mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan sekolah.



















SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :