20 March 2014
19 March 2014
KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu
pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan
oleh guru-guru.
PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).
Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata.
Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah pada sesi persekolahan tahun 2012.
Walaubagaimanapun, pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya.
Ini adalah kerana guru-guru menyatakan bahawa mereka dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui PBS.
Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu dan segera dalam penambahbaikan PBS.
Ekoran dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan guru serta beberapa kelompok guru-guru untuk mendapatkan maklum balas dan membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS.
Isu-isu pelaksanaan PBS
Berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan-kesatuan guru, didapati terdapat tiga isu utama berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah.
Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak.
Bagi menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.
Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid tersebut.
Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa. Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks.
Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.
LAMPIRAN 1 DAN LAMPIRAN 2
Isu kedua ialah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit.
Bagi menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM dan melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru.
LAMPIRAN 3
Ketiga, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama.
Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat.
Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.
Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.
PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study).
Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan.
Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.
LAMPIRAN 4
PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.
LAMPIRAN 5
Untuk memastikan PBS yand telah di tambahbaik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan seperti yang dihasratkan, KPM akan mengadakan taklimat secara terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru-guru.
Latihan adalah satu aspek utama dalam memastikan guru dapat melaksanakan pentaksiran. Oleh itu, KPM akan berusaha mengadakan latihan supaya guru memahami konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, KPM juga akan mengadakan latihan bagi meningkatkan kemahiran guru memeriksa jawapan murid.
Penambahbaikan PBS akan di laksanakan mulai April 1.

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) GANTI PMR MULAI 2014
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
berkata, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan digantikan
dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai tahun ini. Menerusi
pelaksanaan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada 1
April ini, tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3
yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah, katanya.
"Akan
ada bentuk penilaian di peringkat sekolah. PT3 ini akan digunakan
sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama
ada di Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama,
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT)
dan Kolej Vokasional. Di
samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga akan
menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan
murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka," jelas beliau.
Tan Sri Muhyidddin
yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian dalam sidang media khas
yang turut dihadiri penggiat utama sistem pendidikan negara seperti
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan Parlimen
di sini hari in.
15 March 2014
11 March 2014
10 March 2014
MOHD ASHRAFF B AHMAD BAHARUM NAIB JOHAN SYARAHAN BAHASA MELAYU
Wakil SMK Telok Kerang, Mohd Ashraf b Ahmad Baharum yang menyertai pertandingan syarahan Bahasa Melayu daerah Pontian telah dinobatkan selaku naib johan. Pertandingan itu dilangsungkan di SMK Tan Sri Osman Mohd Saat pada hari ini. Kami mengucapkan tahniah kepada Mohd Ashraff dan pembimbingnya iaitu Cikgu Norazrin bt Bachok.
08 March 2014
MENYENGGARA PONDOK SANTAI
Hari ini
murid-murid Tingkatan 4 Landskap membuat kerja-kerja penyenggaraan di
pondok santai. Pondok ini dulu dibina oleh 'abang-abang' mereka yang
juga murid-murid MPV Landskap. Mereka mengecat semula pondok tersebut
setelah warna asal pondok itu kusam dan tidak berseri. Selain daripada
itu, mereka juga memperbaiki tangga yang telah rosak. Kerja
penyenggaraan ini siap dalam masa tiga jam.
04 March 2014
SMKTK JOHAN PERTANDINGAN BOLA JARING PEREMPUAN 18 DAERAH PONTIAN
Tahniah kami ucapkan kepada team bola jaring perempuan 18 tahun sekolah kita yang muncul sebagai johan dalam pertandingan bola jaring daerah Pontian. Dalam perlawanan akhir team ini mengalahkan team SMK Dato Penggawa Barat. Latihan berterusan sejak awal persekolahan pada tahun ini telah membuahkan hasil. Tahniah dan syabas....
03 March 2014
MEMBINA TAMAN HERBA PENDIDIKAN KHAS (1)
Kami
kumpulan murid-murid Tingkatan 4 Landskap diberi tugas untuk membina
sebuah taman di hadapan bilik darjah Tingkatan Pendidikan Khas. Kawasan
yang kosong ini akan dijelmakan menjadi sebuah taman mini khusus untuk
murid-murid Pendidikan Khas. Konsep yang hendak diterapkan ialah 'taman
herba'. Ketika ini kami sedang membentuk permukaan tanah, membina
kepungan-kepungan dan mendirikan tiang 'focal point'. Projek ini adalah
di bawah bimbingan Cikgu Hasan Kasmuri dan Abang Roslee Md. Khair. Reka
bentuk taman diideakan oleh Cikgu Hasan Kasmuri setelah beliau
berbincang dengan guru-guru Pendidikan Khas. In sya Allah projek ini
boleh siap dalam tempoh 2 bulan.