30 April 2014

BELAJAR MASAK

Kalau nak jadi tukang masak, kenalah belajar masak terlebih dulu. Belajar masak bukan sahaja untuk menjadi tukang masak profesional, malah ianya adalah keperluan zaman kini. Bidang  ini mesti dipelajari tak kira sama ada lelaki atau perempuan. 

Murid-murid Tingkatan 2M yang mengambil mata pelajaran KHB Pertanian, telah merasai sendiri cara-cara memasak yang betul melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Mereka diajar kepentingan nutrien dalam makanan, merancang menu masakan, peralatan yang digunakan, mengira kos, cara memasak sepinggan hidangan lengkap dan cara menghidang. Tahniah....






KAWAD KEBAKARAN

Pagi ini diadakan latihan pengosongan bangunan dan tunjuk cara menyelamat serta memadamkan kebakaran. Program itu dikendalikan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Pontian.  Ia bertujuan meningkatkan tahap keselamatan di kalangan warga SMKTK.

Objektif kawad kebakaran ini ialah:
  1. Meningkatkan kesedaran warga SMKTK terhadap hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan.
  2. Mempertingkatkan fungsi sistem pencegahan kebakaran.
  3. Mengenal pasti laluan selamat sewaktu berlaku kebakaran.
  4. Mengenal pasti tempat yang selamat untuk berkumpul sewaktu berlaku kebakaran.






27 April 2014

SIJIL PENGHARGAAN PENGURUSAN BILIK OPERASI PENTAKSIRAN BERTARAF 5 BINTANG

Tahniah kami ucapkan kepada guru-guru yang berusaha keras untuk menguruskan Bilik Operasi Pentaksiran sekolah kita sehingga dapat pengiktirafan 5 bintang. Anugerah pengiktirafan ini telah diberi oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Semoga pengurusan bilik ini sentiasa bertaraf 5 bintang. Tahniah...



26 April 2014

AHLI KAPA SMKTK PESERTA KONTINJEN KAPA PONTIAN KE PERTANDINGAN KEMAHIRAN KAPA NEGERI JOHOR

Seramai 5 orang ahli perempuan dan 4 orang ahli lelaki Pasukan Kadet Pertahanan Awam  sekolah kita telah membantu kontinjen KAPA Pontian mendapat tempat sebagi naib johan dalam Pertandingan Kemahiran Kadet Pertahanan Awam Negeri Johor. Pemilihan dibuat setelah pertandingan di peringkat daerah Pontian dijalankan. Pertandingan tersebut dilangsungkan di UTHM, Batu Pahat, Johor pada hari Rabu 23 April 2014.

Mereka ialah:
NOOR FATIHAH BT ABU SHUKOR
NUR FATEHA BT REHAN
NUR SHUHADAH BT MOHD ISA
NURUL SHAFIENAZ BT SAID
INTAN NUR FAHANA BT MOHD ALI 
MOHD SYUKRI B ZULKIPLEE
NAZIRUL AMIN B ABDULLAH @ AZMAN 
MOHAMMAD SAFFUAN B BAKHTIAR
MUHAMMAD BADRIES NUR B MUHAMMAD DIN

Tahniah.