24 July 2014

SELAMAT HARI RAYA (PETRONAS 2014): KE PANGKUAN BONDA

SELAMAT HARI RAYA (TELEKOM MALAYSIA 2014): ADIK

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Pengetua, guru-guru, kakitangan dan murid-murid SMK Telok Kerang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga SMKTK dan umat Islam seluruhnya. Rayakan aidilfitri dengan penuh keinsafan. 

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN...

SELAMAT HARI RAYA (ILAN NISSAN) 2014)

23 July 2014

MAJLIS PERPISAHAN USTAZ SUKRI B OSMAN DAN EN. KHAIRUL HASHIM B SULAIMAN

Pagi ini suasana sekolah menjadi muram apabila seorang guru dan seorang kakitangan akan berpindah sekolah tempat bertugas. Yang dimaksudkan ialah Ustaz Sukri b Osman dan En. Khairul Hashim b Sulaiman, pembantu am rendah. Ustaz Sukri b Osman akan berpindah ke SMK Sri Kukup kerana beliau naik pangkat ke jawatan GPK Kokurikulum. En. Khairul Hashim b Sulaiman pula berpindah ke Kolej Tingkatan 6 Bandar. Majlis perpisahan yang dihadiri semua guru dan kakitangan serta semua murid sekolah ini berjalan dalam suasana sayu dan tenang dengan diiringi selawat perpisahan untuk melepaskan dua orang yang disayangi itu pergi...  Selamat berpisah...

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

















PENYAMPAIAN INFAQ RAMADHAN DAN DUIT RAYA 2014

Syukur alhamdulillah berkat sumbangan daripada guru-guru, kakitangan dan para dermawan, pihak sekolah telah berjaya mengumpul dana untuk membantu murid-murid yang kurang bernasib baik bagi meringan dan menggembirakan mereka menyambut Aidilfitri. Seramai 70 orang murid menerima sumbangan beras, duit dan lain-lain barangan yang disampaikan oleh Puan Pengetua pada pagi ini. Puan Pengetua juga menyampaikan duit raya kepada semua murid sekolah ini dengan tidak mengira bangsa. Semoga mereka yang menerima sumbangan itu bergembira di hari raya aidilfitri nanti.











MAJLIS KHATAM ALQURAN

Sebagai mengimarahkan bulan Ramadhan bulan penuh berkah, pagi tadi bermula pukul 7.20 pagi bertempat di Dataran Nilam telah diadakan Majlis Khatam al-Quran. Majlis dipimpin oleh Ustaz Sukri b Osman. Guru-guru dan murid-murid telah sama-sama bertadarus mengikut juzuk yang telah ditetapkan di sepanjang bulan Ramadhan al mubarak ini. Hari ini adalah kemuncak daripada program tadarus tersebut. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengikuti program tersebut.





17 July 2014

MAJLIS IFTAR DAN QIAMULAIL

Petang tadi telah diadakan majlis iftar dan qiamulail.  Majlis ini dianjurkan oleh Majlis Kegiatan Dakwah Islamiyah , Kelab Guru dan Kakitangan dan Persatuan Ibubapa dan Guru-guru. Majlis yang bermula pada pukul 5.45 petang dimulai dengan slot ceramah bertajuk Ramadhan: Cabaran dan Ganjaran yang disampaikan oleh Dr. Zulkifli b Hamisan @ Khair.
  • Ucapan Puan Pengetua
  • Ceramah  "Ramadhan: Cabaran dan Ganjaran.
  • Berbuka puasa dan solat Maghrib
  • Jamuan makan
  • Solat Isyak dan Solat Tarawikh
  • Modul 1: Cemerlang Dunia, Cemerlang Akhirat.
  • Minum malam, bacaan Surah al-Mulk dan tidur
  • Khidmat diri dan Qiamulail
  • Sahur
  • Solat Subuh
  • Modul 2: Hidup Sekali Manfaat Selamanya.
  • Majlis penutup.








15 July 2014

NUZUL AL-QURAN DAN LAILATUL QADR


Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan):. (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5) 

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran 

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT,

Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan. 

Panduan 

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
  1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran 
  2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan. 
  3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. 

Sumber: Dr. Samsu Adabi Mamat, 
Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia

09 July 2014

MESEJ PUAN PENGETUA DALAM MESYUARAT GURU KALI KE-3 (2014)



Hari ini Rabu 9 Julai 2014, buat pertama kalinya Pn. Hjh. Azizah bt Hj Omar, pengetua baru SMKTK mengendalikan mesyuarat guru.  Mesyuarat yang bermula pada pukul 2.15 petang diadakan di Kamar Kencana.

Inti pati mesej Pn. Hjh. Azizah bt Hj Omar:
  • Pn. Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat guru kali ketiga pada tahun ini. 
  • Pn. Pengetua mengucapkan syukur alhamdulillah kerana dinaikkan pangkat menjadi pengetua dan ditempatkan di SMK Telok Kerang kerana beliau mendapati guru-guru sangat komited dengan tugas dan disiplin pelajar dalam keadaan yang baik dan terkawal. 
  • Pn. Pengetua turut mengucapkan selamat datang kepada seorang guru baru iaitu Ustaz Omar bin Maidin.
  
1.  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

Menurut kajian bahagian kementerian pendidikan, maklumat tentang PPPM masih tidak disebarkan dengan kerap dalam kalangan warga pendidik. Pihak sekolah dicadangkan oleh kementerian agar mengadakan promosi seperti:
  • Menubuhkan Jawatankuasa PPPM di sekolah. 
  • Membuat banner / banting 
  • Pengetua membuat taklimat 5 minit tentang PPPM. 
  • One stop center (sudut PPPM/ Mural) 
  • Melalui blog sekolah (blog SMKTK dikendalikan oleh En Hasan b Kasmuri). Pengendali blog sekolah diharap dapat memasukkan maklumat PPPM. 
  • Laminate maklumat PPPM dan ditampal di papan kenyataan / dalam kelas. 
  • Diselitkan dalam PP (i-Think dan KBAT) 
  • Pertandingan melukis poster dalam kalangan guru dan pelajar.

2. Halatuju Sekolah
  • Perancangan sekolah perlu berfokus mengikut panduan SKPM supaya kecemerlangan sekolah boleh ditingkatkan. Diharapkan guru-guru dapat memberi kerjasama kepada pihak pentadbir. 
  • SMK Telok Kerang sekarang berada pada tahap BAND 4. Sekolah menetapkan sasaran ke BAND 3. SKPM merangkumi semua bidang termasuklah keputusan kurikulum, kokurikulum, disiplin dan lain-lain.
 
3.  Tanggungjawab Guru Sebagai Penjawat Awam.
  • Semua guru perlu ketik kad kehadiran semasa datang dan balik dari sekolah. 
  • Guru yang hendak keluar dari sekolah perlu ada kebenaran Pengetua/GKP1/GPK HEM/GPK Koko. Guru yang keluar kurang daripda 4 jam perlu direkodkan dalam buku kebenaran keluar di pejabat, manakala lebih daripada 4 jam CRK. Guru yang ke klinik perlu dapatkan time slip. 
  • Guru yang tidak hadir ke sekolah – maklumkan kepada pengetua / GPK lain untuk dibuat relief. 
  • CRK adalah satu keistimewaan kepada guru. Dalam 1 hari dibenarkan tidak lebih 3 orang untuk mengambil CRK dan perlu mohon 2@3 hari lebih awal sebelum bercuti. 
  • Keselamatan semasa aktiviti @ PdP – guru bertanggungjawab menjaga keselamatan murid. 
  • Laporan Guru Bertugas – masih ada guru yang tidak menghantar laporan guru bertugas mingguan ke pejabat, diharap dapat diambil tindakan segera. 
  • Kehadiran guru semasa perhimpunan rasmi adalah wajib. Kehadiran akan diambil. Guru mesti berada di astaka sepanjang perhimpunan dijalankan. Bagi guru yang ada masalah kesihatan diberi kelonggaran dan perlu maklumkan kepada pengetua. Diingatkan agar guru menghormati majlis / beri tumpuan dan tidak bercakap-cakap yang keterlaluan. Guru adalah contoh kepada murid. 
  • Kajian Tindakan – semua guru-guru perlu menghantar satu proposal kajian tindakan. Edaran telah dibuat. Guru perlu buat secara simple.  Dua akan terpilih untuk pembentangan di peringkat PPD. 
  • Sarana Ibu Bapa – perlu diadakan program dan disiapkan laporan.

4.  Kurikulum
  • Buku Rekod Mengajar (BRM) – perlu ditulis mengikut format. Bahagian refleksi mesti ada bilangan pelajar yang mencapai objektif dan yang tidak capai perlu ada langkah selanjutnya. BRM mesti hantar setiap hari Khamis.
  • Penghantaran BRM - Pengetua – Pen. Kanan, Ketua Bidang, Guru Cemerlang dan Guru BK / GPK 1 – Ketua-ketua Panitia dan Guru Pend. Khas / Ketua Bidang – ikut bidang masing-masing.
  • Pemantauan/ Penyeliaan PP – kurang 50% yang telah dipantau. Pemantauan akan dibuat 100%. 
  • Audit akademik – perlu dibuat bagi peperiksaan pertengahan tahun yang lepas ikut panitia masing-masing. Lihat pencapaian pelajar dan perkembangannya. Kenal pasti aktiviti/program untuk memastikan pelajar mencapai ETR. 
  • Perbelanjaan – Ketua Panitia perlu membuat perbelanjaan ikut peraturan yang ditetapkan. 
  • Pengurusan panitia – ketua panitia perlu sentiasa mengemas kini fail panitia mengikut keperluan SPSK. Pemantauan SPSK akan dibuat selepas bulan Ogos. 
  • MMI – aktiviti yang dijalankan perlu kurangkan gangguan waktu PP. 
  • Relief – guru yang mendapat relief perlu ambil kertas relief dan tandatangan, mesti masuk kelas yang diganti.

5.  HEM
  • Kurangkan kes-kes disiplin berat / ringan dalam kalangan pelajar. 
  • Kurangkan peratus ponteng sekolah. 
  • Program sekolah penyayang perlu diamalkan seperti mengalu-alukan kedatangan pelajar ke sekolah, lawatan ke rumah pelajar yang ponteng, jamuan hari raya, penghargaan kepada pelajar – untuk meningkatkan motivasi pelajar datang ke sekolah.

6.  Kokurikulum 
  • Mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah menjayakan kejohanan olahraga tahunan kali ke 41. 
  • Majlis penyampaian hadiah kepada pelajar – dibuat pada hari rabu (waktu kokurikulum). Perhimpunan rasmi pada hari ahad – laluan untuk GPK HEM /guru disiplin/ GPK Koko/ GPK 1 / Pengetua. Dibenarkan penyampaian hadiah bagi peringkat negeri dibuat pada hari Ahad sekali-sekala. 
  • Kewangan – mana-mana guru yang masih belum membuat tuntutan, sila buat dengansegera selewat-lewatnya 15/7/2014 hantar kepada PT kewangan. 
  • Pelaporan Pencapaian Kokurikulum – semua guru yang membawa pelajar ke pertandingan dan mendapat tempat, perlu membuat laporan dan direkodkan kepada GPK Koku atau En Mohamad Hatta b Yahaya. 
  • Hari Kokurikulum pada hari Rabu: 13/8/2014 (akan diadakan bersama sambutan Hari Kemerdekaan) 
  • Perkhemahan Kokurikulum ditangguhkan kerana kekangan aktiviti lain yang padat. 
  • Sambutan Hari Raya – 6/8/2014 (Rabu), selepas waktu rehat (waktu koko dianjak ke belakang). 
  • Pemeriksaan kesihatan – pada 20/07/2014 (Ahad) untuk semua guru bermula 7.30 pagi – 10.30 pagi. Ikut waktu senggang guru dan bukan paksaan – kajian pelajar dari UM.

7.  PT3 
  • Pemasangan item dan pemeriksaan dibuat di sekolah. Verifikasi pemasangan item akan dibuat oleh Ketua Panitia dan disahkan oleh pengetua. 
  • Pelaksanaan PT3 mesti mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh LP. Pada  6 - 16 Julai 2014 – PPD dan JPN bergerak ke sekolahuntuk pemantauan pengurusan pelbagai instrumen (Geografi dan Sejarah). Pada 7/7/14 En Wan Suhaimi (PPD) telah memantau pengurusan PT3 sekolah. 
  • Tarikh-tarikh penting PT3:  12/08/14: ujian mendengar bahasa Melayu / 13/08/14:  ujian mendengar bahasa Inggeris / 6 – 29/8/14: ujian lisan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris / 12-17/10/14: ujian bertulis (BM, BI, MT, SN, KH, PI, BC) 
  • Subjek BM, GF dan SJ telah membuat penataran PT3 pada guru dan semua pelajar tingkatan 3 di dewan A pada 30/06/14. Taklimat bahasa Inggeris telah dibuat pada 8/7/14 di bilik audio. Bagi subjek lain diharap dapat membuat taklimat kepada pelajar dengan segera. 
  • Pn Wong Keat Wee memaklumkan pelaporan untuk PBS boleh dibuat menggunakan modul yang disediakan oleh LP dan boleh diambil secara online.