24 September 2014

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) 2013 - 2025


Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.

23 September 2014

HOW TO GET ORGANIZED FOR SCHOOL

CALON-CALON PT3 MENGHADAPI UJIAN PSIKOMETRIK

Pagi ini calon-calon PT3 SMKTK menghadapi ujian psikometrik di Dewan A.

Tujuan ujian ini ialah: 
  1. Untuk mengukur kebolehan.
  2. Mendapatkan diskripsi yang tepat mengenai diri individu atau kumpulan. 
  3. Membantu membuat keputusan yang  praktikal / realistik. 
  4. Memahami secara lebih mendalam; keadaan semula jadi dan perbezaan individu 
  5. Memberi pendedahan maklumat kerjaya yang lebih luas dan tepat (meluaskan aspirasi kerjaya)







19 September 2014

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2014

Sila klik di sini mengenai jadual waktu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014.

18 September 2014

JADUAL WAKTU UJIAN BERTULIS PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2014

Sila klik di sini mengenai jadual waktu peperiksaan bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 2014.

11 September 2014

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 2014

Pagi ini bertempat di Dataran Nilam telah diadakan majlis penutup bulan kemerdekaan. Sepanjang sebulan bermula 17 Ogos hingga 16 September 2014, warga SMKTK menghayati semangat patriotisme kemerdekaan Malaysia. Selain itu, warga SMKTK sama-sama menghargai dan menghayati sejarah perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan tanah air yang kita cintai ini. Berkibarnya Jalur Gemilang di kawadan sekolah menunjukkan semangat perjuangan dan semangat kemerdekaan yan terus bernyala dan bersemadi dalam jiwa warga SMKTK dan rakyat Malaysia. 

Di antara pengisian bulan kemerdekaan ini ialah; 
  1. Pertandingan menulis sajak patriotisme.
  2. Pertandingan kuiz sejarah.
  3. Pertandingan kuiz bertulis sejarah.
  4. Menyertai pertandingan keceriaan dan pencahayaan peringkat daerah Pontian.
  5. Mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan sekolah.



















10 September 2014

HARI KOKURIKULUM 2014

Hari ini kawasan sekolah sungguh meriah kerana hari ini diadakan hari kokurikuum. Sebagaimana tahun-tahun lepas, hari kokurikulum ini sentiasa dinantikan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru. Para pelajar dapat menunjukkan kebolehan dan bakat mereka dalam aktiviti yang disertai. Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli daripada persatuan, kelab dan unit beruniform memperoleh banyak manfaat dan pengalaman semasa menganjurkan dan menyertai sesuatu aktiviti.  Tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah atas penglibatan penuh komitmen dalam menjayakan aktiviti hari kokurikulum ini.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
  1. Gerai jualan
  2. Jualan pakaian terpakai
  3. Pertandingan bola sepak
  4. Pertandingan Bola jaring
  5. Pertandingan Sepak takraw
  6. Pertandingan kawad kaki
  7. Permintaan sampaikan lagu
  8. Tayangan video
  9. Kaunter PTPTN