31 October 2014

JAMUAN AKHIR TAHUN GURU-GURU DAN KAKITANGAN SMKTK

Pada hari Khamis 30 Oktober 2014, selepas tamat waktu persekolahan iaitu pada pukul 2.30 petang guru-guru pergi menghadiri majlis jamuan akhir tahun di Restoran Johor Riau, Tanjung Piai. Restoran yang terletak di kawasan perkampungan pelancongan yang dikelilingi pohon-pohon nyior itu menyediakan menu kampung yang menyelerakan. 

Acara pertama sudah tentu makan tengahari walaupun pada masa itu ialah pukul 3.00 petang. Selepas itu barulah ucapan daripada Puan Pengetua dan diikuti ucapan Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan. Acara selanjutnya ialah penyampaian sijil-sijil ppenghargaan daripada sekolah kepada guru-guru. Jamuan bertambah meriah apabila guru-guru saling bertukar hadiah antara satu sama lain. Masing-masing gembira dan riang apabila memberi dan menerima hadiah, tak kiralah sama ada hadiah itu besar atau kecil. Petang itu bertambah meriah apabila acara cabutan nombor bertuah dijalankan. Majlis jamuan berakhir pada pukul 5.00 petang. Terima kasih diucapkan kepada AJK Kelab Guru dan Kakitangan yang berusaha dan berjaya menganjurkan majlis jamuan itu. Terima kasih...

































29 October 2014

KEPUTUSAN PERTANDINGAN BILIK DARJAH LESTARI

Dalam usaha kempen melestarikan bumi kita, SMK Telok Kerang telah mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan bilik darjah lestari. Pertandingan ini dikategorikan mengikut kelas. Berikut adalah pemenang pertandingan tersebut:

Kategori Tingkatan 1 :  Tingkatan 1 Segar
Kategori Tingkatan 2 :  Tingkatan 2 Segar
Kategori Tingkatan 3 :  Tingkatan 3 Maju
Kategori Tingkatan 4 :  Tingkatan 4 Kemanusiaan
Kategori Tingkatan 5 :  Tingkatan 5 Sains/Akaun

Tahniah diucapkan kepada kelas yang berjaya.

Tingkatan 1 Segar

Tingkatan 2 Segar

Tingkatan 3 Maju

Tingkatan 4 Kemanusiaan

Tingkatan 5 Sains/Akaun

SMKTK MENJUARAI PERTANDINGAN REKACIPTA MINGGU ALAM SEKITAR 2014 PERINGKAT NEGERI JOHOR

Tahniah!!! Kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada kumpulan pelajar-pelajar yang berjaya menjurai Pertandingan Rekacipta  Minggu Alam Sekitar 2014 Peringkat Negeri Johor. Pertandinan itu diadakan di SMK Seri Aman, Kota Tinggi pada 19 Oktober 2014. Kumpulan pereka cipta yang  dibimbing oleh Cikgu Hirmannazif sebelum itu menjadi juara di peringkat daerah Pontian.




MAJLIS MOHON RESTU SPM 2014

Pagi tadi bertempat di Dataran Nilam telah dilangsungkan majlis mohon restu untuk calon-calon peperiksaan SPM 2014. Seramai 130 calon sekolah ini akan menduduki peperiksaan tersebut. Majlis didahului dengan ucapan daripada penyelaras tingkatan 5 iaitu Cikgu Hamisah bt Mohd, Amin dan diikuti oleh ucapan terima kasih oleh wakil pelajar-pelajar tingkatan 5. Seterusnya Puan Pengetua dalam ucapannya berharap calon-calon SPM sekolah ini memperoleh kejayaan. Selepas itu majlis diteruskan dengan pelajar-pelajar dan guru-guru saling bermaafan sambil memohon restu diiringi bacaan selawat beramai-ramai. Semoga calon-calon peperiksaan sekolah kita memperoleh kejayaan yang cemerlang nanti. In sya Allah.