17 May 2015

HARI GURU DI SMK TELOK KERANG

Sambutan Hari Guru di SMKTK telah diadakan pada pagi ini Ahad 17 Mei 2015. Guru-guru diraikan oleh murid-murid SMKTK di bawah pengelolaan barisan pengawas. Memulakan sambutan adalah majlis tahlil di Dataran Nilam yang dipimpin oleh Ustaz Omar b Maidin. Selepas itu, guru-guru diiringi paluan kompang ke gelanggang bola tampar di mana di situ guru-guru di pertontonkan tarian kuda kepang dan tarian keraian kaum Cina. Kedua-duanya dipersembahkan oleh murid-murid. 

Acara seterusnya ialah acara di dalam dewan iaitu membaca amanat menteri pelajaran dan amanat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Ini diikuti oleh lafaz ikrar oleh guru-guru. Seterusnya, secara beramai-ramai guru-guru menyanyikan dua buah lagu iaitu Guru Malaysia dan Biarku Menjadi Lilin (Pelangi). Selepas rehat, semua guru dan murid berhimpun di dewan bersama-sama menonton persembahan daripada rakan-rakan guru dan murid-murid. Acara sambutan hari guru tamat pada pukul 1.00 petang.

Selamat Hari Guru.

Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak.

Terima kasih cikgu...






















SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :