29 March 2015

PEMAHKOTAAN SULTAN JOHOR KELIMA DAN PERMAISURI JOHOR

23 Mac 2015 - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor era moden pada satu istiadat gilang gemilang di Istana Besar, pagi Isnin.

Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah turut dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini. 

Istiadat yang dipancarkan secara langsung melalui RTM, TV3 dan layar besar di Dataran Bandaraya, turut disaksikan ribuan rakyat bukan sahaja di Johor malah seluruh Malaysia. 

Dalam masa yang sama, ia turut disaksikan bonda Sultan Ibrahim, Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah, kekanda dan adinda Sultan Ibrahim, Tunku Puteri Johor Tunku Kamariah Sultan Iskandar dan Tunku Besar Zabedah Sultan Iskandar. 

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che’ Puan Khaleeda Bustamam, beserta anakanda-anakanda Sultan Ibrahim yang lain turut hadir menyaksikan istiadat bersejarah itu. 

Sultan Brunei Sultan Hasanal Bolkiah dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Raja-Raja Melayu turut menyaksikan istiadat kemahkotaan itu. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut hadir. 

Istiadat dimulakan kira-kira pukul 10 pagi dengan keberangkatan masuk Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah ke Bilik Singgahsana diikuti Lagu Bangsa Johor. 

Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsuddin kemudiannya memakaikan Mahkota Kerajaan di kepala Sultan Ibrahim bersama lafaz selawat dan Bismillah diikuti dengan pemakaian mahkota permaisuri ‘Diadem’ di kepala Raja Zarith Sofiah.

Eksklusif, penuh budaya dan gilang gemilang adalah antara elemen istiadat kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang bakal diadakan pada 23 Mac.

Ia menampilkan tiga jenis kebudayaan iaitu budaya Melayu, Barat dan Islam, acara itu amat dinantikan segenap lapisan rakyat Johor yang mahu melihat tradisi itu, yang sejak kali terakhir dipersembahkan 55 tahun lepas. 

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, istiadat kemahkotaan kali ini bertempat di Bilik Singgahsana, Istana Besar, yang dipertontonkan secara langsung kepada rakyat melalui RTM. 

"Kali terakhir istiadat kemahkotaan ini ialah bagi Almarhum Sultan Ismail pada 10 Februari 1960. Saya percaya rakyat Johor khasnya dan rakyat Malaysia menunggu untuk menyaksikan satu istiadat yang penuh gilang gemilang dengan budaya warisan Johor bagi kemahkotaan Sultan Ibrahim," kata beliau dalam satu temuramah di pejabatnya, di sini, baru-baru ini. 

Abdul Rahim berkata, kalau mengikut peraturan undang-undang negeri Johor, Sultan Johor dipilih, dilantik dan dimasyhurkan sebagai raja menggantikan Almarhum raja yang mangkat. 

Kemudiannya, bakal raja akan mengangkat sumpah dan dimasyhurkan oleh menteri besar sebelum keranda diraja diusung untuk dimakamkan, yang mana ia mengesahkan perlantikan raja sebagai Raja Johor. 

"Di Johor tiada pertabalan sebagaimana di negeri lain sebab kita anggapkan dengan pemilihan, perlantikan, mengangkat sumpah dan pemasyhuran itu memadai  untuk mengesahkan Sultan Ibrahim sebagai Raja Johor," kata beliau.

Bagaimanapun, mengikut tradisi warisan Johor, istiadat kemahkotaan boleh diadakan pada bila-bila masa yang Sultan kehendakinya selepas baginda naik
takhta. 

Istiadat kemahkotaan, menurut Abdul Rahim, adalah satu tradisi diraja Johor, yang penting kerana ia memperkasakan kedaulatan Raja. 

Bagi menyerikan istiadat kemahkotaan itu, terdapat sembilan istiadat yang berlainan tetapi berkaitan yang bermula 16 Mac, yang menampilkan adunan tiga kebudayaan iaitu budaya Melayu, Islam dan Barat. 

Misalnya, istiadat Siram Tabal yang akan diadakan pada 21 Mac, mempunyai ciri-ciri adat istiadat Melayu, yang menggunakan air dari ulu sungai dari 10 buah daerah dalam negeri Johor. 

"Adat istiadat yang kita gunakan adalah mengikut warisan iaitu berdoa, bertepung tawar, bersiram dan lain-lain lagi," kata beliau. 

Sehari sebelum itu, satu majlis tahlil dan doa kesyukuran akan diadakan di Masjid Sultan Abu Bakar dan semua masjid-masjid jamek di daerah, bagi memberi peluang rakyat untuk mendoakan kesejahteraan Sultan Johor serta mendoakan agar istiadat kemahkotaan baginda berjalan dengan lancar. 

Selain itu, pemakaian mahkota kepada Sultan Ibrahim serta istiadat Menghadap Takzim adalah mengikut budaya barat, kata beliau.

Mengenai mahkota, Abdul Rahim mengimbas kembali tindakan berani Almarhum Sultan Abu Bakar yang membawa kemodenan kepada Johor melalui mahkota ini.

"Kalau kita perhatikan di negeri lain, raja-raja Melayu memakai tengkolok atau tanjak, tetapi di Johor tiada. Oleh sebab langkah Almarhum Sultan Abu Bakar untuk memodenkan kerajaan negeri Johor, maka kita gunakan mahkota," kata beliau.

Selain mahkota, Almarhum membawa elemen kemodenan yang lain seperti darjah-darjah kebesaran, inovasi teknikal dan inovasi pentadbiran. 

Mahkota itu yang diilhamkan Almarhum pada tahun 1886, direkabentuk oleh satu-satunya syarikat yang membuat barang-barang kemas diraja British iaitu JW Benson, yang berpengkalan di London. 

"Berat mahkota ialah 1.6 kilogram dan rekabentuknya adalah oriental iaitu mengikut kebudayaan Timur dan dipersinarkan dengan intan berlian dan batu-batu permata," kata Abdul Rahim. 

Selain itu, terdapat empat bulan bintang bercantum yang melambangkan agama Islam di sebelah kemuncak takhta dan ada tulisan perkataan Allah dan Muhammad, yang membawa makna Sultan turut menjunjung agama Islam sebagai agama rasmi bagi negeri Johor. 

Selain mahkota, keunikan istiadat kemahkotaan ini adalah penggunaan kain pelayang diraja, yang bakal digunakan oleh Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah, pada upacara itu. 

Kain pelayang diraja itu dibuat menggunakan kain sutera khas, direka bentuk dari bahu sampai meleret ke belakang dan akan dijinjit oleh putera puteri kecil ketika istiadat. 

"Ia direka khas daripada kain sutera biru yang dibuat di London, dihiasi dengan lakaran lada hitam dan gambir bersulamkan benang emas dan mempunyai tulisan Jawi yang membawa maksud Sultan Johor," kata beliau. 

Beliau berkata Sultan Ibrahim gemar menghidupkan kembali tradisi-tradisi lama yang kian dilupakan bagi tatapan rakyat jelata terutama generasi muda.

"Titah Tuanku ialah agar istiadat kemahkotaan baginda dibuat secara istimewa agar menjadi kenangan untuk rakyat kita turun temurun. Disebabkan keistimewaan inilah, hanya raja-raja Melayu dan gabenor, Sultan Brunei dan orang kenamaan tertentu sahaja dijemput bagi memastikan status istiadat kemahkotaan ini dipandang tinggi," kata Abdul Rahim. - Bernama

















28 March 2015

TIP MENJADI GURU YANG CEMERLANG

Saya menulis ini kerana ingin berkongsi pengalaman dan kemahiran sepanjang kareir saya sebagai guru, pensyarah politeknik dan akhirnya pensyarah universiti DS52/ DS54. Syukur saya sudah menikmati Anugerah Khidmat Cemerlang AKC 1997 di Politeknik Kota Bharu; KUiTTHO 2004 dan UTHM Johor 2010.
Ada 6 tips yang ingin saya kongsikandi sini. Ianya adalah:

  1. Guru ini mesti tahu, menguasai sepenuhnya ilmu bagi subjek yang diamanahkan oleh pihak pentadbir sekolahnya. Jika anda adalah Guru Siswazah gred DG41, DG44, DG48 Beropsyen Matematik , bagus sangatlah jika ilmu anda meliputi subjek-subjek Matematik UPSR, PMR, Matematik SPM dan Matematik Tambahan SPM. Tidak salah jika anda cuba-cuba belajar skop matematik di peringkat matrikulasi KPTM. Guru cemerlang memang berminat mengetahui benda-benda yang terbaru dan skil mengajar terbaru seperti ICT. Terokailah. Gunakan google dan youtube dari komputer anda/ sekolah anda 
  2. Guru seharusnya mengetahui stail belajar murid-muridnya pada zaman la ni. Ada pelajar aktif, pasif, visual, textual, 3D, kolaboratif, sifat berjenaka dan suka pada kerja berkumpulan - Problem Based Learning. Oleh yang demikian anda seharusnya pandai menggunakan selera pelajar ini dalam menyampaikan ilmu dari subjek kegemaran anda. Mengikut findings dari kajian kedoktoran falsafah saya dan Teong (2000) dari Singapura, pelajar-pelajar lemah lebih berminat dengan sumber matematik bersifatkan visual dari textual( fakta) semata-mata.
  3. Guru jangan terlampau stress sangat. Baguslah jika berperwatakan relax sedikit. Bila kita relax, pelajar-pelajar pun relax untuk belajar dan bertanya sesuatu. Guru yang mana membawa muka yang masam dan wajah mencuka sepanjang hari - tidak akan dilayani oleh pelajar-pelajarnya dengan soalan-soalan, jawapan-jawapan yang penuh spontan yang mana ini mengambarkan environmen bilik darjah anda adalah se buah bilik darjah yang kondusif. Lagi pun jika anda terlampau stress sekali pun, saya percaya, anda bukan seorang Pengetua Sekolah Bestari pun. Betul tak jangkaan saya ini? He..he.. relax. brother. bagaimana mengelak stress? Libatkan diri dengan aktiviti luar bilik darjah seperti mendaki bukit bukau (explore biology ) atau bermain bola sepak dengan pelajar-pelajar di padang sekolah di waktu petang. Dengan cara ini kita membina rapport yang baik antara pelajar dengan diri kita sendiri.
  4. Tanda buku latihan pelajar-pelajar itu. Selepas menanda, serahkan kembali buku mereka. Dengan cara ini kita akan mendapat penghurmatan dari pelajar-pelajar kita sendiri. Kita juga hendaklah bersikap strict tetapi adil. Strict dengan pemarkahan dan adil memberi denda kepada semua pelajar tanpa mengira sosio-ekonomi mereka. Jika seorang pelajar didenda berdiri di atas bangku selama 10 minit jika dia terlupa membawa buku teks matematik, maka semua mereka yang lupa .. di beri dendaan yang sama/serupa. Jangan pelajar lelaki kena berdiri di atas meja, sedangkan pelajar perempuan berdiri di tepi bangku mereka jer. Ini sudah menunjukkan dengan jelas ..bahawa anda tidak berlaku adil.
  5. Buat persiapan mengajar dengan rapi. Semua pelajar tahu kita rapi atau tidak dalam aspek persediaan mengajar ini. Oleh yang demikian , pandai-pandailah tuan/puan membawa diri dalam dunia sekolah muga-muga rezeki kita halal dan diberkati oleh Allah Taala.
  6. Pemaikaian kita hendaklah bersederhana. Pakai tali-leher berwarna merah menyala jika matematik dan berwarna hijau muda jika mengajar geografi/sejarah. Hijau adalah sesuai untuk warna bentuk muka-bumi. Merah = tepat/ betul/ sekali buat problem maths mesti betul punya. Lagi pun, guru matematik selalu membeli pen warna merah. Sebagai tanda kita suka menanda buku mereka. Betul/ salah.

Sekian.

wallahu aklam.


Sumber:  http://nenez9595.blogspot.com

27 March 2015

PETUA MENJADI PELAJAR CEMERLANG

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
  • kita ingat 20% apa yang didengar
  • kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
  • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
  • kita ingat 10 % apayang dibaca
  • kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah). Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
  • pastikan cahaya adalah terang
  • kurangkan gangguan bunyi
  • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
  • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
  • kerusi dan meja menghadap kiblat
  • jangan lupa untuk senyum

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

8. Tahu teknik merangsang memori:
  • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
  • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
  • mengingat kembali (recall)
    menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application) 

9. Sentiasa awal dan mendahului:
  • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
  • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
  • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
  • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar. 

10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
  • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
  • memberikan tumpuan sepanuhnya
  • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
  • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan 

12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

16. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

17. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

18. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

19. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

20. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

21. Tahu petua mengulang kaji
  • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
  • siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
  • duduk tegak dikerusi yang selesa
  • baca doa penerang hati
  • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
  • fikir dan ingat kembali isi utama
  • catat/lakar
  • semak semula ketepatan maklumat
  • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
  • buat rumusan
  • jawab soalan
  • tampal maklumat yang rumit di dinding
  • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

22. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

23. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
  • jangan makan kepala ikan
  • jangan makan organ dalaman
  • jangan minum semasa makan
  • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
  • jangan melihat kemaluan
  • jangan melihat buih
  • jangan membaca nama pada batu nisan
  • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
  • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
  • banyakkan makan kekacang
  • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
  • jangan makan sehingga terlalu kenyang
  • jangan kencing berdirI

24. Tahu kemahiran mengingat:
  • tampal nota-nota penting di dinding
  • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
  • gunakan kaedah akronim
  • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
  • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

25. Cekap mengatur jadual belajar:
  • mempunyai jadual belajar
  • patuh kepada jadual
  • buat jadual yang boleh diikuti.

26. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

27. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

28. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

29. Pelbagaikan tempat belajar.

30. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

31. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

32. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
  • taat kepada Allah
  • mendirikan sembahyang
  • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
  • hormati & sayangi guru
  • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
  • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
  • membantu rakan yang memerlukan
  • berdoa dan bersyukur kepada Allah
  • sentiasa bertawakal
  • mahir dalam setiap mata pelajaran
 
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.

Sumber: DR FADZILAH KAMSAH

26 March 2015

KEM UNIT BERUNIFORM

Satu kem kepemimpinan ahli-ahli pasukan beruniform sekolah ini telah diadakan pada bulan Mac, tepatnya pada tarikh 12 Mac 2015 hingga 14 Mac 2015 iaitu hari Khamis hingga Sabtu. Kem tersebut dijalankan di Kem Kaizen, Pekan Nanas. Seramai 40 orang pelajar yang mewakili 8 unit beruniform telah dipilih untuk menyertai kem tersebut. Mereka dibimbing oleh fasilitator kem itu. Beberapa orang guru mengiringi dan tinggal bersama pelajar-pelajar di sepanjang kem itu dijalankan.









17 March 2015

HOTS DAN LOTS DALAM SAINS DAN MATEMATIK

HOTs Higher Order Thinking Skills Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Sains dan Matematik

HOTs (Higher Order Thinking Skills) atau pun Kemahiran Berfikir Aras Tinggi adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam pengajaran Sains dan Matematik pada masa kini. Tambahan pula, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai HOTs bermula pada Januari 2013.

APA ITU HOTs?
Kemahiran berfikir dengan tidak menggunakan algoritma seperti yang telah diketahui, ketika menghadapi situasi baru dan boleh mempunyai banyak penyelesaian.

maksudnya: tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita fikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Perlu jadi lebih kreatif dan percaya bahawa masalah / situasi yang dihadapi boleh mempunyai lebih dari satu penyelesaian

Ini adalah bertentangan dengan LOTs (Lower Order Thinking Skills) yang hanya melibatkan kemahiran mengingat semula atau mengaplikasi konsep atau pengetahuan yang sedia ada.

Kata kerja seperti "inferens", "mewajarkan", "menaakul" dan "meramalkan" adalah kata kerja yang memerlukan HOTs. Namun perkataan seperti "menerangkan" (LOTs) juga mampu untuk dijadikan soalan HOTs jika menggunakan teknik yang betul.

TUJUAN DIPERKENALKAN HOTs
1. Mengubah amalan hafalan kepada pemahaman
2. Meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak analisa, menilai dan mencipta)
3. Mewajarkan penyelesaian dan penemuan
4. Diperlukan untuk penyiasatan saintifik

APA YANG GURU PERLU UBAH?
1. Ubah cara berfikir
2. Ubah cara menyoal
3. Ubah cara memotivasi
4. Menekankan aktiviti hands-on
5. Ubah jenis tugasan
6. Ubah cara pentaksiran
7. Ubah cara berkomunikasi


PERANAN GURU UNTUK HOTs
1. Memastikan murid aktif dalam p&p
2. Beri peluang kepada murid berbincang, bertanya dan beri pendapat
3. Mempelbagaikan strategi
4. Mengemukakan soalan yang membina, memimpin serta berfikir pada aras tinggi


CONTOH SOALAN HOTs DAN LOTs

HOTs Higher Order Thinking Skills Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Sains dan Matematik

HOTs Higher Order Thinking Skills Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Sains dan Matematik


PERBEZAAN HOTs DAN LOTs
Jika diperhatikan pada perbezaan antara soalan HOTs dan LOTs, kita dapat simpulkan secara ringkas bahawa soalan LOTs adalah soalan yang terus kepada jawapan dan jawapan yang ada hanyalah betul atau salah sahaja. Namun bagi soalan HOTs, pelajar perlu kreatif untuk mencari jawapan dan boleh memberikan jawapan lebih daripada satu, dan masih betul.
 
HOTs Higher Order Thinking Skills Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Sains dan Matematik

12 March 2015

KEJOHANAN TREK DAN PADANG MSSD PONTIAN 2015

Kami mengucapkan tahniah kepada atlet-atlet SMKTK yang berjaya mengharungi cabaran dalam kejohanan trek dan padang MSSD Pontian pada tahun ini. Kejohanan yang bermula pada hari Isnin berakhir pada petang tadi Khamis 12 Mac 2015. Setelah berusaha keras semasa sesi latihan dan mengatasi cabaran pertandingan, atlet-atlet ini berjaya membawa pulang 4 pingat emas, 10 pingay perak dan 5 pingat gangsa. Mata yang dikumpulkan ialah sebanyak 67.5 yang memberi kedudukan di tempat ke enam daripada 18 buah sekolah yang mengambil bahagian. Tahniah semua...









11 March 2015

YB DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN, TIMBALAN MENTERI KEWANGAN MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG PIBG KE-38 DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN

Pada hari Sabtu 7 Mac 2015 SMKTK telah mengadakan mesyuarat agung PIBG. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan olen YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia. Ramai ibu dan bapa yang hadir pada pagi itu. Di akhir ucapan perasmian itu, YB Datuk Haji Ahmad Maslan telah mengumumkan pemberian sumbangan sebanyak RM10,000.00 kepada SMKTK untuk digunakan bagi meningkatkan pembelajaran murid-murid sekolah ini. Terima kasih kami ucapkan kepada YB Datuk...

Pada pagi yang sama juga YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan menyampaikan hadiah-hadiah anugerah kecemerlangan seperti:
  1. Kecemerlangan akademik
  2. Kecemerlangan kokurikulum
  3. Kecemerlangan peringkat negeri
  4. Kecemerlangan PT3 2014
  5. Kecemerlangan SPM 2014  

Di antara aktiviti dan sumbangan PIBG kepada sekolah:
  1. Sambutan Maulidurrasul
  2. Program kecemerlangan akademik.
  3. Program kecemerlangan kokurikulum.
  4. Program keceriaan sekolah.
  5. Program lawatan sambil belajar.
  6. Menghantar wakil PIBG ke kursus sarana ibu bapa.
  7. Program iftar bulan puasa.