22 April 2015

TEMA HARI GURU 2015 - GURU: MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK

Definisi Tema

Kata perkataan GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan Negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan. 

MEMBINA ILMU
Individu yang membangunkan dan membentuk atau mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu murid/ pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif). 

MENYEMPURNAKAN
Menjadikan sempurna atau lengkap. Warga pendidik berperanan untuk menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. 

AKHLAK
Budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh setiap modal insane bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam kehidupan. 


Huraian Tema Hari Guru 2015

Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat menbangunkan potendi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpesonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti. 

Peranan guru tidak hanya terbatas kepada menyampaikan kendungan silibus di dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan guru yang berpusatkan murid serta penggunaan bahan sumber secara berkesan. 

Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013-2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru, guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.

17 April 2015

CIRI-CIRI ILMU YANG BERMANFAAT

Sebuah hadith mengatakan bahwa ada tiga amalan yang ketika telah meninggal pahalanya terus mengalir kea lam kubur kita. Yang pertama sedekah jariah, yang kedua ilmu yang bermanfaat, dan ketiga doa anak yang soleh. 

Berkaitan dengan yang kedua )ilmu), kita perlu tahu ciri-ciri ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang bermanfaat akan terus mengalir pahalanya, ketika orang-orang mengamalkan ilmu yang dberikan oleh kita. Ada pula ciri-ciri ilmu yang bermanfaat ketika kita masih hidup di dunia. 

Imam Al-Ghazzali menyebutkan 7 ciri ilmu yang bermanfaat di dalam kitabnya Bidayah al-Hidayah:
  1. Barang yang menambah takutmu akan Allah S.W.T
  2. Dan menambah pula di dalam penglihatan hatimu pada kecelaan dirimu,
  3. Dan menambah pula dalam pengenalanmu akan ibadah kepada Tuhanmu yang Maha Mulia dan Yang Maha Tinggi,
  4. Dan mengurangkan akan gemarmu kepada dunia,
  5. Dan menambah gemarmu kepada akhirat,
  6. Dan membukakan ia akan mata hatimu dengan yang membinasakan akan amalmu hingga engkau memelihara diri daripadanya,
  7. Dan melihatkan dia akan dikau atas tipu daya syaitan dan perdayanya.

Selain itu di dalam kitab Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali yang berjudul Bayan Fadhli ‘Ilmissalaf ‘ala ‘Ilmilkhalaf. Ciri-ciri ilmu yang bermanfaat di dalam diri seseorang:
  1. Menghasilkan rasa takut dan cinta kepada Allah. 
  2. Menjadikan hati tunduk atau khusyuk kepada Allah dan merasa hina di hadapan-Nya dan selalu bersikap tawaduk. 
  3. Membuat jiwa selalu merasa cukup (qanaah) dengan hal-hal yang halal walaupun sedikit yang itu merupakan bagian dari dunia. 
  4. Menumbuhkan rasa zuhud terhadap dunia. 
  5. Senantiasa didengar doanya. 
  6. Ilmu itu senantiasa berada di hatinya. 
  7. Menganggap bahwa dirinya tidak memiliki sesuatu dan kedudukan. 
  8. Menjadikannya benci akan tazkiah dan pujian. 
  9. Selalu mengharapkan akhirat. 
  10. Menunjukkan kepadanya agar lari dan menjauhi dunia. Yang paling menggiurkan dari dunia adalah kepemimpinan, kemasyhuran dan pujian. 
  11. Tidak mengatakan bahwa dia itu memiliki ilmu dan tidak mengatakan bahwa orang lain itu bodoh, kecuali terhadap orang-orang yang menyelisihi sunnah dan ahlussunnah. Sesungguhnya dia mengatakan hal itu karena hak-hak Allah, bukan untuk kepentingan pribadinya. 
  12. Berbaik sangka terhadap ulama-ulama salaf (terdahulu) dan berburuk sangka pada dirinya. 
  13. Mengakui keutamaan-keutamaan orang-orang yang terdahulu di dalam ilmu dan merasa tidak boleh menyaingi martabat mereka. 
  14. Sedikit berbicara karena takut jika terjadi kesalahan dan tidak berbicara kecuali dengan ilmu. Sesungguhnhya, sedikitnya perkataan-perkataan yang dinukil dari orang-orang yang terdahulu bukanlah karena mereka tidak mampu untuk berbicara,tetapi karena mereka memiliki sifat wara’ dan takut pada Allah Taala.
 
Apakah ilmu yang bermanfaat itu telah tercermin dalam diri kita?

16 April 2015

KEMEROSOTAN KASIH SAYANG IBU BAPA MENINGKATKAN MASALAH REMAJA

Kemerosotan kasih sayang di kalangan keluarga dan sikap tidak mengambil kisah terhadap anak-anak oleh ibu bapa telah membawa kepada masalah remaja tidak ketahuan. Prof Dr Zuria Mahmud dari Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM ) berkata pelbagai pihak perlu berusaha untuk membendung gejala sikap tidak peduli dan kemerosotan kasih sayang dalam keluarga. 

Berucap di syarahan umumnya bertajuk Kemahiran Keibubapaan: Mulakan Amalan baik dari Awal, di sini hari ini, Prof Zuria berkata kajian menunjukkan fenomena masalah remaja dalam masyarakat menjadi semakin serius kerana kurangnya perhatian oleh ibu bapa. 

Prof Zuria berkata bagi anak-anak ibu bapa adalah contoh teladan dan dengan itu mereka harus beramah mesra dengan anak-anak sebagai tanda kasih sayang. Ada ibu bapa yang bersifat terlalu mengongkong dan berkeras manakala ada pula yang bersikap terlalu bebas dengan anak mereka. Walau bagaimanapun, niat mereka sebenarnya adalah baik dan mereka sangka cara masing-masing itu adalah yang terbaik untuk mendidik anak. 

Beliau berkata ramai ibu bapa malu menunjukkan kasih sayang secara terbuka kepada anak-anak. Sebenarnya anak-anak memerlukan kasih sayang yang banyak dan mereka perlu sentiasa diingatkan bahawa ibu bapa sentiasa prihatin terhadap mereka. 

Bercakap berdasarkan pengalaman dan pertemuannya dengan pelajar dan guru, Prof Dr Zuria berkata beliau telah bertemu ramai remaja yang berasa sedih kerana ibu bapa mereka tidak peduli apa yang mereka lakukan di luar rumah. Kini telah wujud gejala membimbangkan di mana kumpulan kanak-kanak berkeliaran di pusat membeli-belah tanpa pengawasan orang dewasa. 

"Saya terserempak dengan beberapa budak lelaki dan bertanya salah seorang daripada mereka sama ada ibunya tahu di mana dia berada. Budak itu menjawab bahawa ibunya tidak peduli selagi dia tidak nakal," katanya. 

Alasannya mereka tinggal di rumah pangsa kos rendah yang tidak memberi ruang kepada mereka untuk bermain atau berekreasi. Prof Zuria juga mengingatkan ibu bapa supaya tidak berkelakuan ganas dan terlalu bengis terhadap anak mereka. Kanak-kanak yang mengalami kekerasan fizikal akan mengabaikan tanggungjawab kepada ibu bapa mereka apabila sudah dewasa. Beliau berkata tingkah laku remaja dan arah yang mereka ambil dalam hidup dipengaruhi oleh bagaimana ibu bapa mereka melayan mereka sebagai kanak-kanak. 

Menyentuh mengenai pelajar universiti yang kurang motivasi, beliau berkata ia berpunca daripada hilangnya minat terhadap bidang ilmu yang mereka menceburi. Prof Zuria menggesa ibu bapa menggalakkan anak mereka mengambil bidang pengajian yang mereka gemar serta bersukan. Beliau berkata pengaruh rakan handai merupakan faktor penting bagi remaja di universiti yang boleh mengakibatkan terjadinya sesuatu yang tidak diingini. Adalah penting bagi ibu bapa campur tangan dan menunjukkan bahawa mereka mengambil berat dan mengasihi anak mereka, bagi menghindar anak-anak terjebak dalam masalah sosial. 

“Sebenarnya, pelajar bermasalah memerlukan sokongan semua pihak dan berilah peluang kepada mereka untuk meluahkan apa yang terbuku di hati,” tambah beliau. 

Kajian beliau mendapati pelajar lebih suka bercerita mengenai masalah masing-masing kepada kaunselor berbanding dengan ibu bapa. Ini adalah kerana ibu bapa kerap memotong cakap anak-anak yang baru mahu berkongsi cerita. Sepatutnya ibu bapa harus bersedia menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak.

Mengenai kerjasama untuk membanteras masalah sosial, Prof Zuria berkata, kaunselor perlu mempunyai hubungan baik dengan guru, pentadbir sekolah, polis, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak hospital.

Sumber :  UKM News Portal

15 April 2015

BICARA BERIRAMA SMKTK MENJUARAI PERTANDINGAN PERINGKAT DAERAH PONTIAN

Tahniah dan syabas! Pasukan bicara berirama SMKTK muncul sebagai juara pertandingan bicara berirama peringkat daerah Pontian pada tahun ini. Pertandingan itu diadakan di SMK Dato Mohd Yunus Sulaiman pada hari Rabu 15 April 2015. Pertandingan itu menyaksikan pasukan bicara berirama SMKTK membuat persembahan yang mantap dan telah menewaskan 10 pasukan sekolah yang mengambil bahagian. Lebih manis lagi apabila adik Muna bt Abd Rahim dinobatkan sebagai konduktor terbaik keseluruhan. Terima kasih kami ucapkan kepada murid-murid yang berlatih bersungguh-sungguh dan kepada guru-guru yang melatih dengan penuh sabar.



 


 

14 April 2015

KADET POLIS LAKI-LAKI DAN PEREMPUAN SMKTK MENJUARAI PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN KERAJAAN PONTIAN 2015


Alhamdulillah, syukur dan tahniah... Perkataan itu kami ucapkan apabila pasukan kadet polis laki-laki dan pasukan kadet polis perempuan SMKTK atas kejayaan menjuarai pertandingan kawad kaki badan kerajaan daerah Pontian tahun 2015. Pertandingan itu telah dijalankan di Dataran Nilam, SMK Telok Kerang pada hari Selasa 14 April 2015. Kejayaan berganda yang memberangsangkan ini adalah hasil usaha gigih murid-murid yang berlatih dan juga guru-guru yang melatih dan menguruskan pasukan.  Syabas dan tahniah!!!...














13 April 2015

PASUKAN BOLA JARING MENJUARAI PERTANDINGAN BOLA JARING 3 LAWAN 3 SEMPENA KEMAHKOTAAN SULTAN JOHOR

Tahniah diucapkan kpada pasukan bola jaring SMKTK atas kejayaan mereka di pertandingan bola jaring 3 lawan 3 sempena Kemahkotaan Sultan Johor. Pertandingan tersebut diadakan di Dewan Jubli Intan Pontian pada hari Sabtu 11 April 2015. Pasukan 18 tahun menjuarai pertandingan dengan membawa balik piala pusingan, pingat, sijil dan wang tunai RM400.00. Manakala pasukan 15 tahun dikedudukan naib juara dan merenima sijil dan pingat. Tahniah!!!






12 April 2015

KADET PERTAHANAN AWAM MENGENDALIKAN PERHIMPUNAN RASMI BULANAN UNIT BERUNIFORM

Pagi Ahad sebulan sekali adalah perhimpunan rasmi bulanan unit beruniform. Ahad 12 April 2015 adalah giliran Kadet Pertahanan awam mengendalikan perhimpunan pada pagi itu. Semua urusan pengendalian perhimpunan dari A hingga Z dilakukan oleh ahli-ahli dan guru-guru Kadet Pertahanan Awam. Tahniah dan terima kasih kepada mereka...














05 April 2015

PROGRAM PEMUAFAKATAN STRATEGI KECEMERLANGAN PT3 ANTARA SEKOLAH, IBUBAPA DAN MURID

Pada pagi ini bertempat di Dewan A telah dijalankan program pemuafakatan strategi kecemerlangan ibubapa dan murid-murid. Matlamat program ini ialah memproses hubungan komuniti antara pihak sekolah, ibubapa dan masyarakat sekolah demi kejayaan dan kecemerlangan anak-anak.

Di antara objektif program ini ialah:
  1. Ibubapa atau penjaga dapat memainkan peranan penting untuk kecemerlangan anak-anak.
  2. Ibubapa atau penjaga memahami dengan jelas pelaksanaan PT3.
  3. Untuk mendapatkan kerjasama daripada ibubapa atau penjaga terhadap pencapaian anak-anak dalam peperiksaan PT3.
  4. Mewujudkan hubungan dua hala antara ibubapa atau penjaga dengan guru-guru agar dapat mengukuhkan semangat kekeluargaan.
  5. Mewujudkan suasana yang mesra di kalangan ibubapa atau penjaga dengan guru-guru demi kecemerlangan anak-anak dan pembentukan sahsiah diri anak-anak yang baik.

Pengisian program:
  • Pendaftaran ibu bapa atau penjaga.
  • Ucapan alu-aluan oleh pengerusi program.
  • Bacaan doa.
  • Ucapan GPK1
  • Sesi penerangan mata pelajaran PT3.
  • Sesi penyemakan dan menandatangani borang pendaftaran PT3.