30 September 2015

SOLAT HAJAT PERDANA SMK TELOK kERANG



Majlis Solat Hajat Perdana SMK Telok Kerang akan diadakan pada petang Khamis malam Jumaat 1 Oktober 2015 bertempat di Masjid kampung Telok Kerang. Majlis bermula pada pukul 6.00 petang. Calon-calon PT3 dan SPM 2015, ibu-ibu, bapa-bapa, warga sekolah, serta penduduk setempat dipersilakan hadir. 

Hadis 149 Mastika Hadis Jilid 2:

Dari Abi Ad-Darda’ RA bahawa Rasulullah SAW bersabda,

Sesiapa yang berwudhu’ lalu diperelokkan wudhu’nya, kemudian dia menunaikan solat 2 raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa yang dimintanya, sama ada cepat atau lambat (Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad). 

Disokong juga oleh hadis sahih yang berikut:- 

Hadis 150 Mastika Hadis Jilid 2:

Dari ‘Uthman bin Hunaif RA, bahawa telah datang kepada Rasulullah SAW seorang yang buta matanya seraya berkata,

Ya Rasulallah! Doakan kepada Allah untuk saya supaya Dia menyembuhkan saya” Rasulullah SAW bersabda, “jika engkau mahu, (doakan segera) maka akan aku doakan untukmu dan jika kamu mahu kamu boleh bersabar dan ianya (bersabar) lebih baik bagi kamu.” Lelaki itu menjawab, “Doakanlah” Maka Rasulullah SAW menyuruhnya supaya berwudhu’ dengan elok lalu bersolat dua raka’at dan berdoa dengan doa ini, “Allahumma Inni asaluKa wa atawajjahu ilaika binabiyyika Muhammad Nabiy ar-rahmah. Inni tawajjahtu bika ila rabbi fi hajati hazihi lituqdha liyy. Allahumma fashaffi’hu fiya

24 September 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA




Aidiladha atau Iduladha  ini adalah hari setiap umat Islam dituntut melaksanakan ibadah haji. Bagi kita yang tidak berkesempatan untuk ke tanah suci, maka pada hari ini kita berhimpun, bertakbir, bertahmid dan menunaikan solat sunat Aidiladha. 

Hari Raya Korban bermakna pengorbanan yang berlangsung pada setiap 10 Dzulhijah. Pengorbanan itu membawa maksud yang cukup mendalam kepada setiap orang muslim di mana sifat tawadhu atau sikap merendah hati dan ikhlas dituntut dalam mencipta semangat tolak-ansur yang kuat dan kukuh di antara sesama muslim. 

Di saat ini juga, umat Islam di seluruh dunia melaksanakan beberapa amal ibadat yang berhubungan dengan idiladha dan qurban. 

Aidiladha dengan pensyariatan ibadah korban adalah isyarat yang jelas daripada Allah mengenai keperluan berkorban tenaga, masa dan harta benda demi agama Allah SWT. Tanpa pengorbanan agama, fikiran dan harta benda, tidak mungkin syariat Allah SWT dapat ditegakkan. 

Renungkanlah sejarah pengorbanan agong Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih Nabi Ismail AS, satu-satunya anak kesayangan Baginda semata-mata pengorbanan kepada Allah SWT. Inilah satu contoh seorang bapa yang berjaya membina sebuah keluarga yang cemerlang. Demikian juga, kepatuhan Hajar kepada suaminya Nabi Ibrahim untuk tinggal keseorangan di tanah gersang Mekah, merupakan model isteri mithali yang sanggup mengorbankan jiwa raga semata-mata kepatuhan kepada perintah Allah dan Nabi-Nya.

17 September 2015

PERASMIAN HARI KOKURIKULUM SMKTK 2015

Hari Khamis 17 September 2015 adalah Hari Kokurikulum SMK Telok Kerang. Aktiviti bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 2.30 petang. Aktiviti dimulakan dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh En. Norafandi Bin Jamain, Ketua Pemuda Umno Bahagian Tanjung Piai. Banyak aktiviti yang dijalankan pada hari itu. Di antaranya ialah majlis perasmian, petandingan kawad kaki, jualan di gerai-gerai, pertandingan permainan tradisional, pertandingan bolasepak, pertandingan ping-pong, pertandingan sepak takraw, pertandingan karaoke, pertandingan bola jaring dan lain-lain.