24 April 2016

Minggu Kesedaran Melindungi Paya Bakau








Alhamdulilah, Minggu Kesedaran Melindungi Paya Bakau 2016 SMK Telok Kerang, Pontian telah dengan rasminya dilancarkan pagi tadi.  Terima kasih atas kesudian jemputan khas iaitu Cik Rahimah binti Ithnin (Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tanjung Piai merangkap Exco Pergerakan Puteri UMNO Johor untuk hadir dan merasmikan minggu kesedaran ini.

Cuaca hujan tidak menghalang majlis untuk dilaksanakan dengan lancar. Majlis bermula dengan kehadiran jemputan kira-kira jam 7.50 pagi, diikuti dengan ucapan Pengarah Minggu Kesedaran iaitu Ahmad Ashraff (murid tingkatan 4), Ucapan Pengetua dan Perasmi seterusnya merasmikan minggu kesedaran ini.  Majlis diteruskan dengan gimik perasmian iaitu melepaskan burung simbolik kepada bebasnya paya bakau dari sebarang pencemaran dan penebangan tanpa kawalan.  Majlis tamat sekitar 8.35 pagi.  

Terima kasih diucapkan atas sumbangan perasmi kepada Tabung Raja Zarith Sofiah Wildlife Defenders Challenge (RZSWDC) 2016.  Sumbangan ini amat bermakna kepada kami dan akan kami gunakan sebaiknya untuk aktiviti berkaitan alam sekitar.

Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Minggu Kesedaran Melindungi Paya Bakau (peserta pertandingan Raja Zarith Sofiah Wildlife Defenders Challenge 2016) dan guru-guru pembimbing atas kejayaan merancang dan melaksanakan majlis perasmian ini dengan jayanya.

Tahniah dan terima kasih...SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :