04 May 2016

Tahniah Pasukan Kawad Kaki GO Lelaki dan Perempuan


Alhamdulillah...sekali lagi, pasukan Kawad Kaki Kor Kadet Polis (Lelaki) SMK Telok Kerang di bawah pimpinan Cikgu Shamsul Sazali merangkul Juara Kawad Kaki Badan Kerajaan (GO) Daerah Pontian 2016.  Kenangan bertambah manis dengan kejayaan berganda yang dibawa pulang oleh Pasukan Kawad Kaki Kadet Pertahanan Awam (Perempuan) pimpinan Cikgu Hasan.  Mereka adalah Johan Kawad Kaki GO Lelaki sejak 2013, manakala pasukan Kadet Pertahanan Awam Perempuan Johan dua tahun berturut-turut Daerah Pontian.






Pertandingan yang diadakan pada 4hb Mei 2016 itu diadakan di Dewan Berbumbung, Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian itu disertai oleh 16 pasukan kawad GO dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).  Majlis hadiah hadiah disempurnkan oleh En. Hood (Pegawai PPD Pontian).

Tahniah kepada Nurul Syafinaz (murid tingkatan 4PVMA) yang dinobatkan sebagai Ketua Platun Terbaik.

Tahniah kepada semua murid (peserta kawad dan pembantu) dan guru yang terlibat (Guru-guru Penasihat Pasukan Kadet Polis dan Kadet Pertahanan Awam) sehingga kejayaan yang kami banggakan ini dapat dicapai.  Penat lelah dan usaha tanpa putus asa pasti akan mencapai kejayaan...Insyaallah.

Tahniah dan terima kasih sekali lagi kerana membuat kami bangga dengan SMKTK...SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :