19 July 2016

Anugerah Hijau 2016 (AH2016)


Tahniah kepada ahli dan guru Kelab Rekacipta, Inovasi dan Kitar Semula (KRiKS) dan seluruh warga SMK Telok Kerang kerana telah terpilih dalam 10 sekolah terbaik untuk pertandingan Anugerah Hijau 2016. Senarai finalis Anugerah Hijau 2016 ada di url http://anugerahhijau.my/2016/06/19/ecoknights-announces-anugerah-hijau-2016-finalists/

Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Ecoknights, disokong oleh iM4U dan disahkan oleh Kementerian pendidikan Malaysia.  Peserta dari sekolah yang terpilih (termasuk Kolej Tunku Kurshiah, Sekolah Menengah Sains Setiu, Sekolah Menengah Sains Labuan dan lain-lain) dikehendaki mengikuti bengkel dan melaksanakan projek berkaitan alam sekitar dengan dana disediakan penganjur.  
Dua orang guru dan tiga orang murid akan mengikuti bengkel tiga hari anjuran Ecoknights pada 29-31hb Julai 2016 di Jungle Lodge Alang Sedayu, Gombak Selangor (http://www.junglelodgemalaysia.com).  Bengkel tersebut (insyaallah) akan dipenuhi dengan aktiviti seperti "Night Walk", ceramah pelbagai topik berkaitan Kitar Semula, Sekolah Pertanian,  Kecekapan Tenaga, Kesukarelawanan dan sebagainya.  

Setiap sekolah yang dipilih juga akan diberi geran dana berjumlah RM500.00 untuk melaksanakan projek seperti yang dinyatakan kertas cadangan yang telah dihantar pada awal Mei 2016 yang lalu.  Penjurian akan dilakukan berdasarkan projek yang dilaksanakan.  Pemenang akan menerima sejumlah wang tunai, sijil, hamper dan tropi.

Semoga guru dan murid terlibat mendapat kejayaan cemerlang dalam Anugerah Hijau 2016.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :

1 comments:

Write comments