17 July 2016

Majlis Persaraan En. Mohd Ishak, Tn. Hj. Anas dan Tn. Hj. Ahmad











SMK Telok Kerang kehilangan tiga orang guru yang sangat berpengalaman dalam dunia pendidikan. Mereka telah berkhidmat dalam bidang pendidikan lebih daripada 30 tahun bermula dengan mengajar di sekolah rendah dan menengah.  

Majlis persaraan bersama murid ini dijalankan pada 30 Jun 2016 di tapak perhimpunan.  Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai sebelum diteruskan dengan bacaan biodata guru, ucapan guru yang dirai dan ucapan Pengetua.  Majlis ditutup dengan bacaan selawat dan bersalaman diantara murid dan guru yang dirai serta penyampaia cenderahati kepada guru yang dirai.

Kami mendoakan semoga ketiga-tiga guru yang bersara akan dikurniakan kesihatan terbaik, kelapangan masa untuk melakukan perkara yang tidak sempat dilakukan semasa berkhidmat dan sentiasa di dalam rahmat dan berkat Illahi.

Selamat bersara..Cikgu Ishak, Cikgu Hj Anas dan Cikgu Ahmad.
Terima Kasih Cikgu.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :