28 April 2016

Pertandingan Scrabble Daerah Pontian 2016

Tahniah dan terima kasih kepada peserta dan guru pembimbing yang telah menyertai pertandingan Scrabble Daerah Pontian.  3 murid yang mewakili SMK Telok Kerang adalah Mohd Saifullah, Aryamrin dan Siti Nor Zahirah manakala guru pembimbing adalah Pn. Shafiqah.





Pertandingan yang telah diadakan di SMK Dato Mohd Yunos Sulaiman pada 27hb April itu di juarai oleh SMK Sri Kukup, diikuti SMK Dato Mohd Yunos Sulaiman dan SMK Benut.

Cuba lagi tahun hadapan.

27 April 2016

Minggu Kesedaran Melindungi Paya Bakau : Pertandingan Kostum

Pertandingan ini merupakan pertandingan terakhir yang disertai murid sempena Minggu Kesedaran Melindungi Paya Bakau 2016.  Pertandingan ini telah dijalankan pada 26hb April dan disertai oleh tujuh kumpulan dimana setiap kumpulan dianggotai oleh tiga orang murid.  Pertandingan bermula jam 4.00 petang itu selepas sesi penerangan syarat pertandinga dan perturan permarkahan oleh penganjur iaitu peserta pertandingan Raja Zarith Sofiah Wildlife Defenders Challenge 2016.





Pemenang ditentukan berdasarkan kreativiti, kerjasama antara ahli, bahan digunakan dan peragaan. Pertandingan tamat jam 5.00 petang dan nama pemenang akan diumumkan pada hari penyampaian hadiah iaitu Khamis ini 27hb April 2016.

SMKTK Cemerlang..

Minggu Kesedaran Melindungi Paya Bakau : Pertandingan Explorace

Pertandingan ini telah berlangsung pada 25hb April jam 3.30 petang (selepas tamat sesi kelas tambahan) dan disertai oleh 18 kumpulan peserta tingkatan satu hingga tingkatan 5.  Pertandingan sengit ini bermula dengan pengesahan penyertaan peserta sebelum taklimat pertandingan diberikan oleh penganjur (peserta pertandingan Raja Zarith Sofiah Wildlife Defenders Challenge 2016).  Setiap kumpulan dianggotai oleh 3 murid yang perlu menyelesaikan empat tugasan yang ditetapkan.  






Tugasan termasuk acara menangkap belon berisi air, menjawab soalan simpulan bahasa, menyusun gelas paling tinggi, menjawab soalan berkaitan maklumat sekolah dan membina serta menerbangkan kapalterbang kertas ke sasaran yang ditetapkan.  Pemenang ditentukan berdasarkan kumpulan yang paling pantas menyelesaikan semua tugasan.  Pertandingan tamat jam 4.30 petang.  dan kumpulan pemenang akan diumumkan pada hari penyampaian hadiah iaitu pada hari Khamis (28hb April) ini.

SMKTK Cemerlang...

24 April 2016

Minggu Kesedaran Melindungi Paya Bakau : Pertandingan Roket

Pertandingan Roket Sasaran iaitu pertandingan pertama yang diadakan sempena Minggu Kesedaran Melindungi Paya Bakau telah diadakan bermula jam 3.00 dan tamat jam 5.00 petang tadi.  21 kumpulan telah berdaftar dan menyertai pertandingan yang diadakan dalam dua pusingan itu.  Setiap kumpulan dianggotai oleh 3 murid.


















Pemenang ditentukan berdasarkan jarak paling hampir dengan sasaran yang telah ditetapkan.  Pemenang akan diumumkan pada hari Khamis ini pada majlis penyampaian hadiah..insyaallah. 

Tahniah dan terima kasih...SMKTK Cemerlang.

Minggu Kesedaran Melindungi Paya Bakau








Alhamdulilah, Minggu Kesedaran Melindungi Paya Bakau 2016 SMK Telok Kerang, Pontian telah dengan rasminya dilancarkan pagi tadi.  Terima kasih atas kesudian jemputan khas iaitu Cik Rahimah binti Ithnin (Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tanjung Piai merangkap Exco Pergerakan Puteri UMNO Johor untuk hadir dan merasmikan minggu kesedaran ini.

Cuaca hujan tidak menghalang majlis untuk dilaksanakan dengan lancar. Majlis bermula dengan kehadiran jemputan kira-kira jam 7.50 pagi, diikuti dengan ucapan Pengarah Minggu Kesedaran iaitu Ahmad Ashraff (murid tingkatan 4), Ucapan Pengetua dan Perasmi seterusnya merasmikan minggu kesedaran ini.  Majlis diteruskan dengan gimik perasmian iaitu melepaskan burung simbolik kepada bebasnya paya bakau dari sebarang pencemaran dan penebangan tanpa kawalan.  Majlis tamat sekitar 8.35 pagi.  

Terima kasih diucapkan atas sumbangan perasmi kepada Tabung Raja Zarith Sofiah Wildlife Defenders Challenge (RZSWDC) 2016.  Sumbangan ini amat bermakna kepada kami dan akan kami gunakan sebaiknya untuk aktiviti berkaitan alam sekitar.

Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Minggu Kesedaran Melindungi Paya Bakau (peserta pertandingan Raja Zarith Sofiah Wildlife Defenders Challenge 2016) dan guru-guru pembimbing atas kejayaan merancang dan melaksanakan majlis perasmian ini dengan jayanya.

Tahniah dan terima kasih...SMKTK Cemerlang.

23 April 2016

Karnival Bahasa Inggeris Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Pontian 2016

SMK Telok Kerang telah menjadi tuan rumah untuk Karnival Bahasa Inggeris Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Pontian Tahun 2016.  Pertandingan ini telah disertai oleh lima buah sekolah.  Pertandingan yang telah dijalankan dan  pemenangnya seperti di bawah :

1. Poetry Recitation Competition

Johan : SMK Sri Kukup
Naib Johan : SMK Telok Kerang
Ke-tiga : SMA Maahad

2. Public Speaking

Johan : SMA Maahad
Naib Johan : SMK Dato Penggawa Barat
Ke-tiga : SMK Seri Perhentian

  

  


Tahniah diucapkan kepada pemenang dan bagi yang belum mencapai kemenangan, cuba lagi pada tahuan hadapan.  Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan pertandingan ini samada secara langsung atau tidak, terutamanya Panitia Bahasa Inggeris, semua ahli Kelab Bahasa Inggeris, semua guru dan murid yang terlibat.



Semoga segala usaha tuan puan dicatat sebagai amalan baik dan dibalas dengan balasan terbaik.

Terima kasih sekali lagi...SMKTK Cemerlang

21 April 2016

Tahniah Kepada Penerima Sijil dan Pingat









Penyampaian Sijil Penyertaan sebagai Peserta Pameran, Sijil Penghargaan Gold Medal, Sijil Penghargaan Best Presentor dan penyampaian Pingat Emas Johor Sustainable and Low Carbon School Echibition 2016.  Pihak sekolah juga di anugerahkan sijil dan pingat yang sama.


Penyampaian tiga Anugerah Pandu Puteri iaitu Puteru Bongsu, Puteri Tengah dan Puteru Sulong.














Penyampaian Sijil Penghargaan di atas kejayaan merangkul tempat ke-3 dalam Pertandingan Nasyid daerah Pontian.

Semoga dengan penyampaian pelbagai sijil dan pingat ini akan memberi motivasi kepada murid dan guru utuk berkerja lebih keras utuk mencapai kejayaan lebih besar.


Tahniah dan terima kasih kepada penerima sijil dan pingat...SMKTK Cemerlang.