28 July 2016

Projek Pembinaan Dewan Terbuka SMK Telok Kerang (28/07/2016)





Tahniah sekali lagi..Team Bola Sepak B18

Empat pemain bola sepak SMKTK B18 telah terpilih untuk bermain dalam Kejohanan Bola Sepak MSSJ di SMK Sri Perhetian dan Pasir Gudang.  Seorang daripada mereka telah tepilih untuk mewakili Akademi JDT.  Tahniah kepada pemain yang terpilih iaitu :
1. Mohammad Qayyum Hakim bin Rashidi (MSSJ)
2. Ummarul Nasyeef Adwa bin Mohd Noh (MSSJ)
3. Muhammad Ammerul Afiq bin Karim (MSSJ)
4. Mohd Fairuz bin Ramli (Akademi JDT).

Tahniah juga kepada guru dan jurulatih terlibat.

SMKTK Cemerlang.

27 July 2016

Pendingin Hawa Sumbangan Alumni


Terima kasih Alumni tingkatan 3 Segar sesi 1979, atas sumbangan satu unit pendingin hawa untuk surau SMK Telok Kerang.  Kerja-kerja pemasangan dan pengujian pendingin hawa itu disaksikan oleh wakil Alumni 3S/79 iaitu Pn. Hasanah binti Munir.

Termima kasih Alumni 3S/79, semoga sumbangan itu menjadi amal jariah tuan/puan semua.

SMKTK Cemerlang.

24 July 2016

Tahniah...Pasukan Bola Sepak B18




Alhamdulillah...Tahniah kepada semua pemain, jurulatih, Penolong Kanan Kokurikulum dan semua yang terlibat (secara langsug atau tidak) sehingga pasukan bola sepak bawah 18 tahun sekolah kita mencapai tempat ke-2 (Naib Johan) dalam Kejohanan Bola Sepak B18 MSSM Daerah Pontian tahun 2016.

Latihan keras dan komitmen tinggi semua yang terlibat selama beberapa minggu menampakkan hasil yang sangat memuaskan.  Inilah bukti bahawa usaha yang tekun dan bersungguh-sungguh pasti akan berjaya...Insyaallah.


SMKTK Cemerlang.

19 July 2016

Anugerah Hijau 2016 (AH2016)


Tahniah kepada ahli dan guru Kelab Rekacipta, Inovasi dan Kitar Semula (KRiKS) dan seluruh warga SMK Telok Kerang kerana telah terpilih dalam 10 sekolah terbaik untuk pertandingan Anugerah Hijau 2016. Senarai finalis Anugerah Hijau 2016 ada di url http://anugerahhijau.my/2016/06/19/ecoknights-announces-anugerah-hijau-2016-finalists/

Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Ecoknights, disokong oleh iM4U dan disahkan oleh Kementerian pendidikan Malaysia.  Peserta dari sekolah yang terpilih (termasuk Kolej Tunku Kurshiah, Sekolah Menengah Sains Setiu, Sekolah Menengah Sains Labuan dan lain-lain) dikehendaki mengikuti bengkel dan melaksanakan projek berkaitan alam sekitar dengan dana disediakan penganjur.  
Dua orang guru dan tiga orang murid akan mengikuti bengkel tiga hari anjuran Ecoknights pada 29-31hb Julai 2016 di Jungle Lodge Alang Sedayu, Gombak Selangor (http://www.junglelodgemalaysia.com).  Bengkel tersebut (insyaallah) akan dipenuhi dengan aktiviti seperti "Night Walk", ceramah pelbagai topik berkaitan Kitar Semula, Sekolah Pertanian,  Kecekapan Tenaga, Kesukarelawanan dan sebagainya.  

Setiap sekolah yang dipilih juga akan diberi geran dana berjumlah RM500.00 untuk melaksanakan projek seperti yang dinyatakan kertas cadangan yang telah dihantar pada awal Mei 2016 yang lalu.  Penjurian akan dilakukan berdasarkan projek yang dilaksanakan.  Pemenang akan menerima sejumlah wang tunai, sijil, hamper dan tropi.

Semoga guru dan murid terlibat mendapat kejayaan cemerlang dalam Anugerah Hijau 2016.

SMKTK Cemerlang.

Keputusan Pertandingan Bola Sepak B15 Daerah Pontian 2016



Hari pertama
SMKTK lawan Pei Chun : keputusan 3 : 0
SMKTK lawan SMKDPB : keputusan 2: 0
SMKTK lawan SMKAB : keputusan 0 : 2

Hari Kedua
SMKTK lawan SMKDMYS : keputusan : 0 : 1

Tahniah kepada pemain bola sepak B15, jurulatih dan guru-guru pengiring.  Cuba lagi tahun hadapan.

SMKTK Cemerlang.

18 July 2016

Majlis Sambutan Hari Raya dan Jamuan Persaraan








Majlis Sambutan Hari Raya dan Jamuan Persaraan tiga orang guru bersara telah diadakan pada Khamis (14 Julai 2016) di Rumah Salewangeng, Memorial Daeng Hadadek, Serkat Pontian.  Majlis yang dianjurkan oleh KGKT dengan kerjasama En Abdul Hadi (Tuan Rumah Memorial Daeng Hadadek) itu diserikan dengan bacaan selawat nabi saw, ucapan Pengetua dan ucapan yang dirai.

Majlis yang dihadiri oleh semua guru, kakitangan dan pekerja swasta itu bermula jam 2.30 petang dan tamat sekitar 5.00 petang.  Terima kasih kepada penganjur (KGKT 2016) dan semua yang menjayakan majlis kali ini.


SMKTK Cemerlang.

Projek Pembinaan Dewan Terbuka SMK Telok Kerang (18/07/2016)





17 July 2016

Sambutan Hari Raya Aidilfirti Peringkat Sekolah 1437H






Alhamdulilah, majlis sambutan hari raya aidilfitri peringkat sekolah telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 13 Julai 2017.  Majlis yang dianjurkan dan dikelolakan oleh murid dan guru tingkatan itu telah dijalankan bermula jam 7.50 pagi dan tamat sekitar 9.40 pagi.

Majlis diserikan dengan ucapan wakil murid, wakil guru dan diakhiri dengan ucapan Pengetua.  Bacaan selawat beramai-ramai menceriakan lagi majlis sambutan aidilfitri yang berwarna-warna kali ini.  Acara berziarah dari satu tingkatan ke tingkatan lain sambil bersalaman dan bermaafaan antara guru dan murid menyemai perasaan kasih sayang di antara mereka.


Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Majlis Persaraan En. Mohd Ishak, Tn. Hj. Anas dan Tn. Hj. Ahmad











SMK Telok Kerang kehilangan tiga orang guru yang sangat berpengalaman dalam dunia pendidikan. Mereka telah berkhidmat dalam bidang pendidikan lebih daripada 30 tahun bermula dengan mengajar di sekolah rendah dan menengah.  

Majlis persaraan bersama murid ini dijalankan pada 30 Jun 2016 di tapak perhimpunan.  Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai sebelum diteruskan dengan bacaan biodata guru, ucapan guru yang dirai dan ucapan Pengetua.  Majlis ditutup dengan bacaan selawat dan bersalaman diantara murid dan guru yang dirai serta penyampaia cenderahati kepada guru yang dirai.

Kami mendoakan semoga ketiga-tiga guru yang bersara akan dikurniakan kesihatan terbaik, kelapangan masa untuk melakukan perkara yang tidak sempat dilakukan semasa berkhidmat dan sentiasa di dalam rahmat dan berkat Illahi.

Selamat bersara..Cikgu Ishak, Cikgu Hj Anas dan Cikgu Ahmad.
Terima Kasih Cikgu.

Majlis Iftar 1437H





Ramadhan 1437H kali ini lebih meriah dengan Majlis Iftar.  Majlis berbuka puasa bersama murid, guru dan kakitangan ini adalah acara tahunan yang dilaksanakan atas kerjasama Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) dengan kerjasama Panitia Pendidilan Islam.

Majlis dipenuhi denga aktiviti ilmu, Solat Sunat Tarawikh berjemaah dan jamuan.  Terima kasih kepada penyumbang dan semua yag menjayakan program Iftar 2016 ini.


SMKTK Cemerlang.

Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Murid






Sempena Ramadhan Almubarak ini, guru dan kakitangan SMKTK telah berkerjasama bagi  mengumpul dana untuk membantu sebahagian murid yang kurang bernasib baik.  Mereka adalah dikalangan murid terpilih yang perlu dibantu.

Pelbagai bahan makanan, wang tunai dan pakaian disediakan untuk mereka.  Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan Tuan Pengetua dalam majlis ringkas tapi meriah dan bermakna kepada penyumbang dan penerima sumbagan.

Semoga dengan sumbangan ini akan dapat meringankan sedikit kehidupan murid tersebut dan dapat mengeratkan hubungan ukhwah diantara guru dan murid.  Terima kasih kepada semua dermawan, semoga tuan / puan dikurniakan keberkatan hidup dunia dan akhirat.

SMKTK Cemerlang.

14 July 2016

Guru dan Staff (Julai 2016)

Senarai nama Pentadbir, guru, anggota kakitangan pelaksana, pekerja swasta dan pegawai keselamatan sekolah setelah beberapa orang guru bersara.

PENTADBIR DAN GURU

1. PN. HJH. AZIZAH BT HJ OMAR (Pengetua)
2. EN. MOHIDIN BIN SUYOT (PK Pentadbiran)
3. (PK Hal Ehwal Murid)
4. TN HJ MOHD AZMI B MARKAM (PK Kokurikulum)
5. PUAN JUNAINAH BINTI BARLIN (GKMP Bahasa)
6. PUAN  NOR’ ASYKIN BINTI HASSIM (GKMP Matematik dan Sains)
7. ENCIK  ABD. HADI BIN AMBOK INGTANG (GKMP Teknik dan Vokasional) 
8. PUAN  MISLIN BINTI SINO (GKMP Sains Sosial)
9. PUAN HJH. KASIDAH BINTI SADIMON
10. PUAN SITI NOR HASNI  BT MOHD. ARIP
11. CIK  NOR HASLINDA BINTI HUSEN
12. ENCIK  NORDIN BIN EHSAN
13. ENCIK  ZAMRI BIN ISMAIL
14. ENCIK HASAN BIN KASMURI
15. PUAN  HAMISAH BINTI MD. AMIN
16. ENCIK  AZAHAR BIN MUHAMAD
17. PUAN  RAFIEAH BT. MD. RABIDIN
18. ENCIK  MOHD. MUSLIM BIN JAPRI
19. ENCIK  SHAMSUL SAZALI BIN SALIMIN
20. PUAN  NOR AZRIN BINTI BACHOK
21. ENCIK  MD. AKIL BIN ADAM
22. PUAN  ZAITON BINTI KASNAN
23. ENCIK  MOHAMAD YASIN JAAFAR
24. PUAN  NORLIA BINTI SABRI
25. CIK  PECK SUAT HOONG
26. ENCIK  HIRMANNAZIF BIN HALIL
27. PUAN  ROSFATMAWATI BINTI  HASSAN
28. ENCIK  AZMAN BIN JAMIL
29. PUAN  NORHAIZAN BINTI MD. RAFAIZAL
30. PUAN  NOR ANIDA BINTI ZAKARIA
31. PUAN  WONG KEAT WEE
32. PUAN  FERA NADIA BINTI SUMARDI
33. PUAN NURRUHILAMANI BINTI SYAMSUL BAHRI
34. ENCIK MOHAMAD HATTA BIN YAHAYA
35. PUAN  NURUL SYUHADA BINTI MD YATIM
36. PUAN  MAHIRUNISA BINTI MARSONO
37. ENCIK  HUZAIMI KAMEL BIN NORDIN
38. PUAN NUR AISAH BINTI MOHAMAD @ YACOB     
39. PUAN FATIHAH BINTI MUDA
40. PUAN SUHAINA BITI HAWAN
41. PUAN ROSMINI BINTI DOLLAH
42. ENCIK SAMANI BIN MASHUDI
43. CIK ROSLINDA BINTI ALIANTO
44. PUAN HASANAH BINTI HUSIN
45. ENCIK MUHD MUZAKKIR AFIQ BIN MUSA
46. PUAN NATASHA BINTI ALI
47. PUAN NORMASHEILA BINTI MD. JAMIL
48. PUAN SITI RABIATON LATIFFAH BINTI  BADAWI
49. PUAN SITI NUR SYAFIQAH BINTI SHIKH MAZLAN
50. PUAN MARINA BINTI AMIR
51. PUAN NORHANISAH BINTI ISHAK
52. PUAN UMMU ATIKAH

ANGGOTA KAKITANGAN PELAKSANA

1. ENCIK ZAINOL BIN DENAN
2. PUAN NOORAZNIZAH BINTI SANUDIN
3. CIK RUSILAH BINTI MOHAMED TAIB
4. PUAN HABIBAH BINTI ABD RAHIM
5. PUAN HJH NOOR RASHIDAH BINTI HJ. KHAYON
6. CIK ZALEHA BINTI MD ARIF
7. PUAN MISLINA BINTI MAT ARIS
8. ENCIK MOHAMAD SYAFIQ BIN YUSOF
9. ENCIK ROSLE BIN ABD KHAIR     
10. ENCIK MOHD HALIL BIN ASHERAP
11. ENCIK HAFIZUWAN BIN MOHD DAHLAN
12. PUAN SALASIAH BINTI REZALI
13. ENCIK ZAININ BIN KOSNIN

PEKERJA SWASTA

1. PUAN SAIDAH BINTI ISHAK
2. PUAN NORMADIAH BINTI TAMBI
3. PUAN HALIJAH BINTI ABU
4. PUAN MAZNAH BINTI JUMAIN
5. ENCIK ARSHAD BIN LAHAYAH
6. ENCIK ABDUL MANAP BIN ABD RAHMAN
7. ENCIK RADZI BIN A. HAMID

PENGAWAL KESELAMATAN

1. ENCIK FADIL BIN YUSOF
2. ENCIK KHAIRUL EIRWAN BIN A. AZIZ
3. ENCIK MOHD ZAHIR BIN ABD RAZAK
4. ENCIK MOHD SYAFIQ BIN YAAKOB 

13 July 2016

Projek Pembinaan Dewan Terbuka SMK Telok Kerang (13/07/2016)





Alhamdulillah..setelah begitu lama menanti, akhirnya proses pembinaan Dewan Terbuka SMKTK bermula pada 26hb Jun 2016.

SMKTK Cemerlang.