29 September 2016

Majlis Perpisahan Tn Hj Md Azmi bin Markam



SMKTK kehilangan seorang lagi guru pentadbir yang sangat dedikasi dan mudah dibawa berunding dalam segala hal berkaitan tugas.  Tn. Haji Md Azmi akan berpindah ke SMK Dato Penggawa Barat Pontian kerana naik pangkat ke jawatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) bermula Selasa (27 September 2016).

Warga SMKTK mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat beliau dan merakamkan terima kasih atas segala sumbangan beliau meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum serta sahsiah murid SMKTK.  Kami juga memohon maaf atas segala kesalahan, kesilapan dan kekurangan sepanjang tempon perkhidmatan beliau di SMKTK (lebih kurang 2 tahun lebih).

Selamat Maju Jaya Tn Hj Md Azmi..
Terima Kasih Cikgu

23 September 2016

Tahniah..2 peserta SMKTK dalam Multaqa Imam Remaja Daerah Pontian 2016 ke Peringkat Negeri





SMK Telok Kerang telah menyertai Multaqa Imam Remaja Daerah Pontian yang telah berlangsung pada 20 dan 21hb September 2016 di Masjid Bandar Permas, Pontian.  Empat murid telah mengambil bahagian dan dua daripada mereka telah melayakkan diri ke peringkat negeri.

Tahniah kepada murid yang terlibat dan guru yang membimbing sehingga kejayaan ini dapat dicapai. Murid yang terlibat adalah Muhammad Haziq (5T), Muhammad Nur Hakim (3M), Muhammad Hakimi (3S) dan Muhammad Syazwan (4T).  Semoga mereka menjadi anak yang soleh dan imam yang terbaik untuk keluarga dan kariah masing-masing..aminn.

SMKTK Cemerlang.

Tahniah KRiKS..Menggondol Gold Award dan Anugerah Best of The Best Number 1 dalam SIC2016

 



Alhamdulillah..segala usaha dan pengorbanan berbalas.  Dengan kemudahan peralatan dan sumber yang terhad, KRiKS telah berjaya menggondol Gold Award dan anugerah Best of The Best Number 1 dalam Science Innovation Challenge 2016 (SIC2016) yang dianjurkan UTM dan beberapa organisasi penyelidikan dan pendidikan yang lain pada 21-23 September 2016.

Inovasi Arang Hampas Tebu Sebagai Bantal adalah hasil gabugan idea dan usaha En. Hirmannazif (guru Biologi), En Nordin (guru Sains Pertanian) dan 3 murid iaitu Zarul, Ayikin dan Maisara (murid tingkatan 4 SA).  Mereka menerima hadiah berbentuk wang tunai, sijil dan piala.  Semoga kejayaan ini akan memberi motivasi kepada murid dan peserta pertandingan lain untuk berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya.


Terima kasih kepada semua yang membantu secara langsung atau tidak langsung dalam merealisasikan kejayaan ini. Semoga Allah membalas usaha tuan puan dengan sebaik-baik balasan.

KRiKS Menang, SMKTK Cemerlang.

15 September 2016

Tahniah KRiKS Tersenarai Sebagai Finalis Science Innovation Challenges 2016 (SIC2016)



Kelab Rekacipta, Inovasi dan Kitar Semula (KRiKS) SMK Telok Kerang telah terpilih sebagai salah satu peserta akhir dalam SIC2016.  Pertandingan inovasi anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Akademi Sains Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), American Chemical Society Chapter in Malaysia dan Malaysia Institute of Chemical itu terbuka kepada semua murid sekolah menengah dan menawarkan hadiah berbentuk wang tunai, pingat, hamper dan sijil penyertaan.

KRiKS SMK Telok Kerang mempertandingan satu inovasi bertajuk Arang Hampas Tebu Sebagai Bantal telah melepasi satu penilaian ketat oleh juri yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah UTM dan wakil CSI.  Senarai 40 peserta akhir SIC2016 seperti di url berikut http://science.utm.my/sic16/2016/09/09/sic-2016-finalists/


Tahniah dan selamat bertanding.  
SMKTK Cemerlang.

08 September 2016

Zika




03 September 2016

Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas Sempena Hari Kebangsaan










02 September 2016

Pembentangan Akhir RZSWDC2016





Alhamdulilah kumpulan SMKTK Wildlife Defenders telah menyempurnakan acara Penilaian dan Pembentangan Akhir dalam pertandingan Raja Zarith Sofiah Wildlife Defenders Challenge 2016.  Pembentangan akhir telah diadakan pada hari Selasa, 30hb Ogos 2016 di Kompleks Mutiara Johor Land, Bandar Dato Onn, Johor Bahru.  Keputusan keseluruhan akan diumumkan pada majlis khas yang akan dihadiri oleh Tuanku Raja Permaisuri Johor, para penganjur, agensi-agensi berkaitan dan semua sekolah dan peserta yang menyertai pertandingan tersebut.  Semoga mereka mendapat kejayaan cemerlang dan menaikkan nama baik sekolah.


SMKTK Cemerlang.

Tahniah SMKTK



Tahniah SMKTK mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Keceriaan, Pencahayaan dan Mengibarkan Jalur Gemilang Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2016, Peringkat Daerah Pontian.  Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak terutamanya kepada En. Hatta, En. Roslee, En. Halil, En. Shafiq dan En. Izwan.

SMKTK Cemerlang