27 November 2016

Program Khatan Perdana 2016






 
Program Khatan Perdana 2016 anjuran Biro Pembangunan Sosial UMNO Bahagian Tanjung Piai bersama Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda, Puteri, PDM Telok Kerang dan PIBG SMK Telok Kerang dengan tajaan Columbia Asia dan Poliklinik Penawar telah diadakan pada Sabtu, 26 November 2016.  Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengarah JASA Negeri Johor, Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohamad bin Abu Bakar.

Majlis tersebut menerima sambutan hangat dari penduduk sekitar Telok Kerang, Kukup dan bandar Pontian. Ini merupakan salah satu aktiviti yang melibatkan PIBG SMKTK dan komuniti setempat dengan kerjasama pelbagai pihak untuk kebaikan masyarakat.

Tahniah kepada PIBG SMK Telok Kerang.

PIBG Cemerlang...SMKTK Cemerlang.

26 November 2016

"Sign Out" Terakhir Untuk Yang Akan Bersara dan Berpindah

  

  

  
Penggunaan kad perakam waktu terakhir untuk 4 guru yang akan bersara (Cikgu Hasan, Cikgu Yassin, Cikgu Azahar dan Cikgu Akil) dan 2 guru (Cikgu Peck dan Cikgu Aishah) yang akan berpindah.  Selamat maju jaya, doa kami (guru, AKP, pekerja swasta dan murid-murid) sentiasa mengiringi rakan-rakan, sekurang-kurangnya setiap pagi hari persekolahan dan selepas bacaan yasin setiap Khamis.







Terima kasih.

SMKTK Cemerlang

Pembinaan Dewan Baharu

Alhamdulillah...selepas pemasangan "awning" disempurnakan, proses membersih dan meratakan tapak dijalankan sebelum kerja-kerja menyimen.  

Terima kepada semua yang telah memberi segala bentuk sumbagan sehingga ke tahap ini.

SMKTK Cemerlang.

22 November 2016

Tahniah Buat Adik Syahiran dan Adik Siti Aminah

 


Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Syahiran bin Shaiful Anuar (3 Kemas) dan adik Siti Aminah binti Abd Hadi (2 Segar) yang berjaya mengharumkan nama sekolah dalam Kejohanan Sirkit 3 Balapan dan Padang anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor.  Adik Syahiran berjaya merangkul pingat emas lelaki16 (L16) dalam acara lontar peluru manakala Adik Siti Aminah merangkul pingat emas dalam acara lontar lembing perempuan 14 (P14).  Kedua-dua peserta ini juga merangkul perserta terbaik dalam kedua-dua acara iaitu :

  • Adik Syahiran : Peserta Terbaik Lelaki 16
  • Adik Siti Aminah : Peserta Terbaik Perempuan 14

Selepas ini mereka akan menghadiri kem Fasa Persediaa MSS Johor Balapan dan Padang MSSM 2017 bermula 8-12 Disember 2016.  Semoga mereka dapat menjalani latihan dengan sempurna dan mencapai kajayaan yang lebih besar untuk SMKTK

SMKTK Cemerlang.

21 November 2016

Jamuan Akhir Tahun 2016 dan Majlis Persaraan & Perpisahan

Tahniah dan terima kasih kepada Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SMKTK kerana berjaya merancang dan melaksanakan majlis jamuan akhir tahun 2016 dan majlis persaraan & perpisahan.  Majlis diadakan di Hotel M Suites, Johor Bahru pada petang 20 November 2016 dan dihadiri hampir 100% guru dan kakitangan.




Semoga aktiviti ini akan menjadi kenangan terindah buat rakan-rakan guru yang dirai dan mengeratkan ukhuwah sesama guru dan kakitangan SMKTK.  Tahniah kepada guru yang telah dilantik sebagai Jawatankuasa baharu KGKT dan selamat menjalankan tugasan utuk sesi 2017/18.

SMKTK Cemerlang.

Majlis Persaraan dan Perpisahan


Majlis terakhir sekolah bagi tahun 2017 adalah Majlis Persaraan (4 guru) dan Perpisahan (2 guru).  Empat orang 4 guru yang akan bersara adalah  Cikgu Hasan bin Kasmuri, Cikgu Akil bin Adam, Cikgu Mohd Yassin bin Jaafar dan Cikgu Azahar bin Muhamad.   Manakala 2 guru yang akan berpindah adalah Cikgu Peck Suat Hong (ke Terengganu) dan Cikgu Aishah (ke Melaka).



Majlis di adakan di Dewan Baharu itu dimulakan dengan perarakan yang guru-guru dirai yang menaiki dua buah kereta klasik dan sebuah motorsikal klasik Vespa dan paluan kompang oleh kumpulan kompang SMKTK.  Majlis diteruskan dengan ucapan wakil murid, Pengetua, guru-guru yang dirai sebelum acara penyampaian hadiah serta berselawat sambil bersalaman antara murid dan guru bersama yang guru-guru dirai.


Walaupun mereka tidak akan bersama SMKTK pada 2017 nanti, semangat dan pesanan mereka akan sentiasa dalam ingatan kami.  Kami mendoakan semoga mereka akan dikurniakan kesihatan yang baik, berbahagia bersama yang tersayang dan sentiasa diberkati di dunia dan akhirat.

SMKTK Cemerlang.

15 November 2016

Pembinaan Dewan Baharu


Alhamdulillah..pembinaan dewan terbuka SMKTK diteruskan dengan pemasangan "awning".  Kerja-kerja pemasangan "awning" tersebut berjaya disiapkan dalam masa dua hari oleh kontraktor terlibat.




Terima kasih kepada penyumbang (wang, tenaga dan sebagainya), semoga ia menjadi amal jariah tuan-puan.

SMKTK Cemerlang.

Majlis Penyampaian Sijil, Trofi dan Mock Check


Majlis penyampaian sijil kepada peserta  pertandingan Raja Zarith Sofiah Wildlife Defenders 2016 (RZSWDC2016) telah diadakan pada perhimpunan rasmi mingguan semalam.  Peserta SMKTK telah menjadi JOHAN KESELURUHAN dalam pertandingan anjuran JCorp, Kulim Berhad, JPNJ dan lain-lain.  Pertandingan bertemakan Manusia dan Paya Bakau: Ke arah Kehidupan Simbiosis itu bermula pada Disember 2015 dan tamat pada September 2016 itu mengandungi 3 cabaran yang perlu dihadapi oleh peserta.








Alhamdulillah, peserta SMKTK dianugerahkan sebuah trofi, sijil penghargaan, pakej lawatan ke Pulau Langkawi dan negeri Perak selama 5 hari 4 malam dan RM10,000.00 (dalam bentuk peralatan dan bahan bantu mengajar).  

Tahniah kepada semua peserta dan guru penasihat.  Semoga kejayaan ini akan mencetuskan banyak lagi kejayaan pada tahun 2017 nanti...aminn

SMKTK Cemerlang

07 November 2016

Bacaan Yasin dan Doa Kami Mengiringi Calon SPM 2016






Hari ini, Isnin 7hb November 2016 bersamaan 7 Safar 1438H bermulalah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016.  Majlis rutin kami ketika menghadapi peperiksaan umum adalah murid-murid lain dan guru-guru akan bersama-sama membaca yasin dan mendoakan semoga semua calon SPM 2016 dikurniakan ketenangan dan dapat menjawab soalan dengan tepat dan dikurniakan kejayaan cemerlang.

SMKTK Cemerlang.