31 December 2016

Takwim Peperiksaan Awam 2017

Senarai Kejayaan SMKTK 2016


Merenung kembali kejayaan-kejayaan SMKTK sepanjang tahun 2016.  Semoga kejayaan ini akan memberi motivasi positif kepada semua warga SMKTK untuk berusaha lebih gigih untuk kecemerlangan yang lebih bermakna pada 2017.  Berusaha kerana Allah untuk manusia.

SMKTK Cemerlang.

30 December 2016

Hari Pendaftaran Murid Tingkatan 1 Hingga 5 Tahun 2017


Pendaftaran murid tingkatan 1 hingga 5 telah diadakan pada Khamis 29 Disember 2016 bermula jam 7.30 pagi dan tamat sekitar 12.30 tengahari.  Beberapa lokasi pendaftaran telah ditetapkan bagi memudahkan urusan murid dan ibubapa.  Jualan buku dan peralatan keperluan sekolah juga dijalankan di Koperasi Sekolah.  Terdapat juga pendaftaran murid-murid baharu berpindah dari sekolah lain.  Pembayaran sumbangan sekolah seperti sumbangan PIBG dan dana kecemerlangan juga boleh diserahkan terus kepada guru tingkatan masing-masing.

Tahniah dan terima kasih kepada yang terlibat dalam menjayakan hari pendaftaran murid 2017.

SMKTK Cemerlang

29 December 2016

Buku Panduan Guru dan AKP SMKTK 2017

Buku Panduan Guru dan AKP SMKTK 2017
Buku Panduan Guru dan AKP SMKTK 2017 telah diedar untuk keguaan dan rujukan guru.  Terima kasih kepada semua yang membantu sehingga buku ini siap untuk kegunaan bersama khususnya En. Azman dan En. Hirmannazif.

SMKTK Cemerlang.

Persediaan Menghadapi 2017


Persediaan awal guru dan warga SMKTK menghadapi 2017 telah bermula dengan beberapa mesyuarat pengurusan iaitu : 
1. Mesyuarat Guru kali  pertama pada Isnin, 26hb Disember 2016 bermula jam 8.00 dan tamat sekitar 1.30 tengahari. Bacaan Aku Janji untuk Pegawai Perkhidmatan Awam diketuai oleh En. Azman bin Jamil selaku Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) sesi 2017/18.
2. Mesyuarat Kurikulum kali pertama pada Selasa 27hb Disember 2017, bermula jam 8.30.  Pembentangan Pembestarian Sekolah oleh Guru Media dan diteruskan dengan mesyuarat Panitia mengikut bidang masing-masing.  Tamat sekitar 2.00 petang.
3. Mesyuarat HEM (bermula 8.30 pagi dan tamat 11.00 pagi) dan Mesyuarat Kokurikulum (11.35 hingga 1.30 petang).  Taklimat berkaitan Hari Pendaftaran dan Sambutan Maulidurrasul SAW juga diadakan.







SMKTK Cemerlang.

23 December 2016

Kenaikan Pangkat PPP Gred DG32 - DG54 Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Di KPM Bagi Januari Hingga Jun 2017


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula 27 DISEMBER 2016 hingga 04 FEBRUARI 2017 (Peringkat Pengetua/Guru Besar/ Ketua Bahagian Di Bahagian/IAB/IPG/KM) dan 04 FEBRUARI 2017 hingga 28 FEBRUARI 2017 (Peringkat JPN/BAHAGIAN).
Urusan ini terbuka kepada:

(a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Bagi Urusan Januari hingga Jun 2017;

(b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan Januari hingga Jun 2017; dan

(c) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan Januari hingga Jun 2017 (HANYA PPP yang belum menggunapakai pengalaman PPPLD semasa ke Gred DG44 SAHAJA)

Pegawai yang terlibat TIDAK PERLU MEMOHON dan sebaliknya perlu diperakukan terus oleh Ketua Jabatan menerusi iklan ePangkat yang DIBUKA BERMULA 27 DISEMBER 2016.

Nota: Sayugia diingatkan bahawa kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan urusan kenaikan pangkat PPP di bawah seliaan YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan akan terjejas dan Kementerian tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang masalah perakuan yang TIDAK DIPERAKU DISEBABKAN PERCANGGAHAN MAKLUMAT.

09 December 2016

Projek Mega Sukan Lompat Tali Peringkat Daerah Pontian

Projek Mega Sukan Lompat Tali Peringkat Daerah Pontian, anjuran Kelab Sukan Lompat Tali SMK Dato' Penggawa Barat bersama Pasukan 3F dari Pusat Kecergasan Fizikal Utara, Perlis telah diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 8 Dis dan tamat pada 8 Disember 2016.  Latihan intensif itu bermula jam 8.00 pagi dam tamat 5 petang setiap hari di Dewan Sri Gemilang, SMK Dato' Penggawa Barat.


Tahniah dan terima kasih kepada 6 orang peserta dan 2 guru pembimbing (Pn. Rafieah dan Pn Norhaizan) SMK Telok Kerang yang telah mengambil bahagian dalam program tersebut.  Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM100.00 seorang untuk menampung kos makanan, penginapan dan sebagainya.

Tahniah sekali atas inisiatif guru dan peserta yang mengorbankan masa cuti persekolahan semata-mata membuat persediaan awal untuk pertandingan Lompat Tali. Semoga pasukan SMKTK akan mencapai kejayaan lebih cemerlang pada tahun 2017.

SMKTK Cemerlang.

08 December 2016

Pencapaian PISA 2015 Malaysia meningkat


Pencapaian sistem pendidikan Malaysia seperti dilaporkan dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2016 secara keseluruhannya menunjukkan peningkatan berbanding sebelum ini.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin menjelaskan, PISA merupakan penandaarasan antarabangsa yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) membuat ukuran berdasarkan tiga domain iaitu literasi saintifik, literasi bacaan dan literasi matematik.
Beliau berkata, Malaysia memperoleh peningkatan skor bagi ketiga-tiga domain itu yang sekali gus menggambarkan keberkesanan keseluruhan sistem pendidikan yang dilaksanakan selama ini.
“Skor literasi saintifik yang dicapai adalah 443 mata iaitu peningkatan 23 mata berbanding PISA 2012 manakala bagi literasi bacaan pula, skor dicapai adalah 431 mata yang merupakan peningkatan 33 mata.
“Literasi matematik menunjukkan skor dicapai adalah 446 mata iaitu meningkat sebanyak 25 mata,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman PISA 2015 di sini semalam.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pencapaian-pisa-2015-malaysia-meningkat-1.417321#sthash.hG94pEo5.dpuf

07 December 2016

Tahniah atas Anugerah SSQS 5 Bintang 2016

Tahniah atas dua anugerah iaitu :
1. Anugerah SSQS 5 Bintang (Kategori Sekolah)
2. Program Pembesarian Sekolah Frog Classroom Makeover.

Kedua-dua anugerah tersebut disampaikan sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan dan Pusat Sumber Sekolah Negeri Johor anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor.

Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat sehingga ke tahap ini.  Terutama kepada AJK ICT, AJK Pusat Sumber, guru-guru matapelajaran yang memperkasaka ICT dan semua warga SMKTK.
SMKTK Cemerlang.

06 December 2016

Guru SMKTK ke MAHA2016

Beberapa orang guru SMKTK telah meluangkan masa cuti persekolahan dengan melawat ke MAHA 2016 (Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism) yang berlangsung pada 1-11 Disember 2016.  Tema MAHA2016 adalah Our Food Our Future.







Terima kasih atas perkongsian foto-foto menarik di MAHA2016.

04 December 2016

Hadiah RZSWDC2016 : Lawatan 5H4M ke Perak dan Langkawi


Tahniah kepada semua peserta dan guru yang terlibat dalam Pertandingan Raja Zarith Sofiah Wildlife Defender Challenge 2016 (RZSWDC2016) yang akan menyertai lawatan selama 5 hari 4 malam ke negeri Perak dan Pulau Langkawi.  Lawatan ini merupakan sebahagian hadiah yang diterima selaku Johan Keseluruhan Pertandingan RZSWDC2016.

Mereka akan mengikuti lawatan dan pelbagai aktiviti yang telah diatur penganjur selama tempoh lawatan. Semoga meraka dapat mengikuti lawatan dengan selamat dan mendapat pengalaman berharga.

SMKTK Cemerlang.

02 December 2016

TIMSS 2015: Pencapaian Malaysia dalam Sains dan Matematik makin meningkat



PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan peningkatan dalam pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat antarabangsa.

Mengikut penilaian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMMS), satu kajian penandaarasan antarabangsa, Malaysia mencatatkan skor matematik 465 mata dan sains 471 mata.

Daripada 16 negara peserta yang telah mencatatkan peningkatan skor dalam Sains pada TIMSS 2015, Malaysia mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 44 mata berbanding TIMSS 2011.

Bagi subjek matematik pula, Malaysia merupakan antara 18 negara yang menunjukkan peningkatan pencapaian iaitu 25 mata berbanding TIMSS 2011.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, pencapaian yang bertambah baik meletakkan kedudukan Malaysia pada kedudukan pertengahan dalam senarai kesemua 39 negara peserta.

"Ini merupakan satu peningkatan berbanding TIMSS 2011 yang meletakkan Malaysia pada kedudukan satu per tiga di bawah dalam pencapaian sains sebelum ini," katanya dalam sidang media bagi mengumumkan Laporan TIMSS 2015 di sini, hari ini.

Menurut beliau, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan pencapaian itu adalah kesediaan guru, pengetua, persekitaran sekolah dan sosioekonomi murid.

"Hampir kesemua guru dan pengetua mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi dengan lebih 50 peratus guru mempunyai lebih 10 tahun pengalaman mengajar," katanya.
Kementerian Pendidikan mensasarkan pencapaian meningkat kepada 500 mata pada penilaian TIMSS 2019 kelak.

Kajian TIMSS diadakan setiap empat tahun.

SUMBER : http://www.cikgushare.com/2016/11/timss-2015-pencapaian-malaysia-dalam.html