14 January 2017

Guyup Maulidurrasul 2017










Aktiviti guyup sempena sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah telah diadakan bermula petang Jumaat 13hb Januari 2017.  Guyup kali ini disertai oleh semua guru dan AKP termasuk AJK PIBG dan kakitangan pembersihan swasta.  

Guyup bermula dari penyediaan bahan dan alatan, kerja-kerja memasak dan seterusnya mengemas segala peralatan dan tempat.  Penyediaan bahan kebanyakannya disediakan guru dan AKP wanita pada petang Jumaat manakala kerja memasak di sebelah malam dilakukan oleh guru dan AKP lelaki. 

Semoga guyup ini akan mengeratkan ukhuwah antara guru, AKP, PIBG serta murid dan dinilai sebagai amal baik yang diterima disisiNya.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :