07 March 2017

Kunjungan Pegawai KEAA Jepun, JPNJ dan UTM - LCS










  

SMKTK telah menerima kunjungan lima orang pegawai dari tiga agensi iaitu En Kota Sugimoto (Kyoto Enviromental Activities Association - KEAA), Pn Aerma Norazlina binti Musa (JPNJ), YM Ungku Khairul Azelina binti Ungku Musa (JPNJ), Cik Hamiza (UTM) dan Cik Sara (UTM) pada 6hb Mac 2017.  Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk meninjau pelaksanaan aktiviti yang berkaitan dengan Low Carbon Society (LCS).  LCS merupakan sebuah projek berkaitan alam sekitar yang dianjurkan bersama oleh Iskandar Region Development Authority (IRDA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), KEAA Jepun, dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor.  

Program yang bermula jam 9.00 pagi dan tamat sekitar 12.15 tengahari itu diisi dengan acara pembentangan aktiviti SMKTK (Sekolah Lestari sejak 2013/2014), sesi perbincangan dan lawatan tapak aktiviti dijalankan.  Tetamu juga berkesempatan melihat sebahagian aktiviti CPBL oleh peserta.

Semoga aktiviti ini memberi peluang kepada warga SMKTK untuk membina jaringan antarabangsa dan menimba sebanyak pengalaman untuk kecemerlangan SMKTK.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :