19 March 2017
13 March 2017
Gotong Royong Perdana 2017
Program Gotong Royong Perdana 2017 telah diadakan pada hari Sabtu, 11 Mac 2017 bermula jam 7.30 pagi dan tamat sekitar 12.30 tengahari. Program ini turut disertai oleh ibubapa dan penjaga murid serta AJK PIBG. Pelbagai kerja pembersihan dan keceriaan telah dilaksanakan diseluruh kawasan sekolah seperti mengecat, membersih kawasan yang telah dikenalpasti serta menebang pokok-pokok yang telah mati untuk memastikan keselamatan warga dan tetamu SMKTK.
Jamuan turut disediakan secara "portluck" yang disertai oleh guru, kakitangan serta ibubapa. Tahniah kepada semua yang telah mejayakan program gotong royong ini, semoga segala sumbangan tuan-puan akan balas dengan sebaik-baik balasan olehNya.
SMKTK Cemerlang.
Jamuan turut disediakan secara "portluck" yang disertai oleh guru, kakitangan serta ibubapa. Tahniah kepada semua yang telah mejayakan program gotong royong ini, semoga segala sumbangan tuan-puan akan balas dengan sebaik-baik balasan olehNya.
SMKTK Cemerlang.
Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Pontian 2017
Tahniah kepada semua peserta, jurulatih dan guru yang terlibat dalam Kejohanan MSSD Pontian 2017 di Educity. SMKTK berada di kedudukan ke-8 daripada 17 buah sekolah di daerah Pontian. SMKTK berjaya memperoleh 4 pingat emas, 3 pingat perak dan 5 pingat gangsa dalam beberapa acara yang dipertandingkan.
Tahniah sekali lagi kepada wira-wira sekolah yang telah membawa SMKTK sehingga ke tahap ini.
SMKTK Cemerlang.
Program Kesihatan 2017
Program Kesihatan Reproduktif Remaja dan Kemudaratan Gejala Sosial / HIV / Thalassaemia / Merokok dalam Kalangan Remaja telah diadakan pada hari Rabu, 8hb Mac 2017. Program anjuran Pejabat Kesihatan Penerok, Panel Kesihatan Klinik Penerok dengan kerjasama SMK Telok Kerang itu diadakan di Dewan A. Sasaran utama program adalah murid tigkatan 1 dan tingkatan 4.
Pemeriksaan kesihatan guru oleh kakitangan Hospital Daerah Pontian dan Klinik Kesihatan Penerok telah diadakan dan mendapat sambutan menggalakkan. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.
SMKTK Cemerlang
Pemeriksaan kesihatan guru oleh kakitangan Hospital Daerah Pontian dan Klinik Kesihatan Penerok telah diadakan dan mendapat sambutan menggalakkan. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.
SMKTK Cemerlang
09 March 2017
Penyerahan Peranti Yes Altitude dan Pelan Data 2GB Fasa 2
Semoga pemberian bersyarat ini akan meningkatkan lagi peratus penggunaan VLE Frog dan meningkatkan peratus pencapaian murid.
SMKTK Cemerlang.
Program Ceramah Teknik Belajar Pantas
Satu sesi ceramah bertajuk Teknik Belajar Pantas bagi murid tingkatan 5 dan sebahagian murid tingkatan 4 telah diadakan pada 7hb Mac 2017 di Bilik Audio Visual. Program yang berlangsung selama hampir tiga jam ini adalah anjuran PPD dan Global Victory Academy.
Tahniah kepada peserta yang terpilih dan semoga ia memberi manfaat.
SMKTK Cemerlang.
Tahniah kepada peserta yang terpilih dan semoga ia memberi manfaat.
SMKTK Cemerlang.
07 March 2017
Kunjungan Pegawai KEAA Jepun, JPNJ dan UTM - LCS
Program yang bermula jam 9.00 pagi dan tamat sekitar 12.15 tengahari itu diisi dengan acara pembentangan aktiviti SMKTK (Sekolah Lestari sejak 2013/2014), sesi perbincangan dan lawatan tapak aktiviti dijalankan. Tetamu juga berkesempatan melihat sebahagian aktiviti CPBL oleh peserta.
Semoga aktiviti ini memberi peluang kepada warga SMKTK untuk membina jaringan antarabangsa dan menimba sebanyak pengalaman untuk kecemerlangan SMKTK.
SMKTK Cemerlang.
Sambutan Hari Tanah Lembab Sedunia 2017 (WWD2017)
Pelajar terpilih adalah terdiri daripada peserta Program Cooperative Problem Based Learning (CPBL). Kesemua peserta telah berkerjasama menyemai hampir 1000 anak pokok bakau untuk ditanam pada program akan datang. Semoga program ini dapat memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan persekitaran dalam kehidupan dan sedikit idea untuk CPBL kelak.
SMKTK Cemerlang.