Salah-salah pandang macam di kawasan resort. Menghijau di antara bangunan. Tapi ini sebenarnya berada di kawasan sekolah kita yang lebih tepat letaknya ialah di kawasan antara Blok D dan Blok E. Tumbuhan hiasan seperti buluh kuning dan pokok pinang ditanam oleh murid-murid Tingkatan 4 Landskap pada tahun 2006 semasa mereka belajar reka bentuk landskap di bawah tunjuk ajar Cikgu Hasan Kasmuri. Tahniah....