Logo & Bendera SMK Telok Kerang


LOGO SMK TELOK KERANG


Logo SMK Telok Kerang berbentuk kerang. Logo ini berwarna hijau 
dan putih. Warna hijau melambangkan kesucian, kesetiaan dan kesuburan. 
Warna putih pula melambangkan ikhlas hati, bersih dan suci.
Pada bahagian atas lencana terdapat cogankata "Belajar Untuk Berbakti". 
Di bawahnya terdapat kelalang, api, buku, anak panah, dan jangka lukis. 
Gambar peralatan ini dikelilingi dengan perkataan 
"SEKOLAH MENENGAH TELOK KERANG".

Setiap alatan yang terdapat pada lencana ini membawa 
maksud yang tersendiri: 

Api - Ilmu sebagai pendorong dan penyuluh hidup.
 Buku - Sumber utama ilmu pengetahuan.
 Anak panah - Semangat untuk menuju ke mercu kejayaan dan wawasan diri.
 Jangka lukis - Pengukur kemajuan yang boleh diperolehi dalam pelbagai bidang.

Cogankata "Belajar Untuk Berbakti" digunakan untuk menunjukkan bahawa 
pelajar-pelajar lepasan sekolah semestinya dapat berbakti kepada 
masyarakat sekeliling amnya. 

BENDERA SMK TELOK KERANG


Bendera sekolah secara rasminya berukuran 6 kaki X 3 kaki yang diperbuat 
daripada kain. Bendera ini mempunyai dua warna iaitu hijau dan kuning. 
Ia dilambangkan daripada sepohon pokok atau tanaman padi dimana 
semasa muda daunnya subur rimbun menghijau manakala setelah matang 
dan berbuah, buahnya berwarna kuning.

Lambang warna hijau di bahagian bawah membawa
maksud mengenai kesuburan. 
Pelajar-pelajar di sekolah ini secara dasarnya dididik dan 
disuburkan dengan  pelbagai ilmu pengetahuan 
sama ada dalam bidang kurikulum atau 
dalam bidang kokurikulum sebagai persediaan
 menuju ke alam dewasa.

Warna kuning di sebelah atas bendera melambangkan kematangan atau 
kedewasaan dimana setelah menimba pelbagai ilmu pengetahuan 
pelajar-pelajar bersedia untuk melangkah bagi melanjutkan pelajaran 
ke peringkat yang lebih tinggi untuk menggapai cita-cita yang diinginkan.