Showing posts with label PIBG. Show all posts
Showing posts with label PIBG. Show all posts

21 November 2019

Majlis Persaraan Yang Dikasihi Tn Pengetua, Pn Hjh Azizah binti Omar





Setelah 5 tahun mencurah bakti di SMKTK. Tn Pengetua Pn Hjh Azizah binti Omar akan menamatkan tempoh perkhidmatannya dalam bidang pendidikan.  Satu majlis khas telah diaturkan oleh KGKT dan warga SMKTK untuk menyambut majlis persaraan beliau. Majlis bertemakan bangsawan itu disambut dengan meriah melibatkan kerjasama murid, guru dan PIBG pada Ahad 10hb November 2019.  Murid- murid berpakaian seragam sekolah dengan kain batik atau kain pelekat dijadikan tudung atau selempang.  Guru dan kakitangan lelaki berpakaian baju melayu lengkap bertanjak dan guru perempuan berpakaian songket.  Majlis diserikan dengan perarakan Tn Pengetua dan suami diiringi gamelan secara langsung, acara silat oleh murid, doa, persembahan guru, ucapan-ucapan dan penyampaian cenderahati kepada yang dirai.









Kami, warga SMKTK memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan samada disedari atau tidak.  Doa kami untuk Pn Hjh Azizah sekeluarga, semoga dikurniakan umur panjang lagi berkat, badan sihat walafiat, kekuatan melaksanakan ibadat, keluarga yang menyenangkan dan segala kebaikan di dunia dan akhirat.  Semoga ukhuwah kita terus terpelihara.

SMKTK Cemerlang.

04 July 2019

Penanaman Pokok Terung Secara Fertigasi


Projek penanaman terung secara fertigasi ini dilaksanakan oleh murid pertanian dan landskap tingkatan 5.  Ia merupakan aktiviti rutin yang dilaksanaan setiap tahun untuk memenuhi keperluan kurikulum dan pengayaan kemahiran dan pengetahuan kepada murid.  Aktiviti ini juga menerapkan pelbagai elemen murni seperti keusahawanan, menvintai alam sekitar, kesyukuran, tawakal kepada Pencipta dan kerja kuat dikalangan murid.

Kami menggunakan racun kimia secara minimum iaitu racun rumpai pada awal proses penyediaan kawasan.  Selepas penanaman anak pokok, kami menggunakan kawalan secara organik dan tiada sebarang racun kimia digunakan sehingga hasil dituai.

 Tapak kawasan fertigasi semasa proses penyediaan tapak.
 Pemasangan weedmat di kawasan penanaman.
 Tapak selepas pemasangan weedmat
 Membaikpulih jaring hitam dan penyambung struktur pelindung hujan.
 Menentukan point penanaman anak pokok dan memeriksa sistem pengairan.
 Menyediakan medium penanaman iaitu cocopeat.
 Bekas polibeg berwarna hitam digunakan kerana faktor kos.
 Proses menanam anak pokok terung (mempunyai 4-6 helai daun)
 Pemasangan sokongan (batang kayu dan tali rafia) mengelakan pokok tumbang.
 Anak pokok sedang membesar dan proses penjagaan dilaksanakan setiap hari.
Aktiviti penjagaan termasuk pembajaan, kawalan penyakit dan perosak dan pemangkasan. 


 Pokok mula berbunga dan berbuah.
 Pokok sedang berbuah.
Buah terung yang sedia untuk dituai.
SMKTK Cemerlang.

13 January 2019

Pelancaran Jom ke Sekolah dan Guru Penyayang



Pada 13 Januari 2019,semasa perhimpunan rasmi mingguan telah diadakan Pelancaran Program Jom ke Sekolah dan Guru Penyayang yang dirasmikan oleh Puan Pengetua Hjh Azizah binti Omar. Diharapkan dengan pelancaran program ini para pelajar akan lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah seterusnya mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Belajar Untuk Berbakti
SMKTK Cemerlang



Gotong Royong Perdana SMKTK 2019







Program Gotong Royong Perdana 2019 telah diadakan pada hari Sabtu, 12 Januari 2019 bermula jam 8.30 pagi dan tamat sekitar 12.30 tengahari.  Program ini turut disertai oleh ibubapa dan penjaga murid serta AJK PIBG.  Pelbagai kerja pembersihan dan keceriaan telah dilaksanakan diseluruh kawasan sekolah seperti mengecat, membersih kelas, membersihkan bilik bilik khas.

Jamuan turut disediakan secara "portluck" yang disertai oleh guru, kakitangan serta ibubapa.  Tahniah kepada semua yang telah mejayakan program gotong royong ini, semoga segala sumbangan tuan-puan akan balas dengan sebaik-baik balasan olehNya.

SMKTK Cemerlang.

17 March 2018

Mesyuarat Agong PIBG dan Majlis Augerah kecemerlangan 2018


  

   



Mesyuarat PIBG Kali ke-41 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan SMKTK tahun 2018 telah dilaksanakan pada 10 Mac 2018.  Majlis dirasmikan oleh Dato' Hj Ahmad bin Hj Burak, Timbalan Presidean Persatuan-Persatuan Alumni Universiti-Universiti Awam Malaysia yang juga bekas murid SMKTK tahun 1965.  Majlis bermula jam 8.30 pagi dan tamat sekitar 12.00 tengahari.  Majlis dimulakan dengan mesuyarat agong PIBG, pemilihan YDP dan AJK PIBY yang baharu dan ikuti dengan majlis perasmian dan penyampaian anugerah kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum 2017.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakan majlis kali ini.

SMKT Cemerlang.

14 February 2018

Gotong-Royong Perdana 2018










Terima kasih atas kerjasama padu semua murid, kakitangan, guru dan PIBK dalam menjayakan Gotong-Royong Perdana 2018 pagi Sabtu,10hb Februari 2018.  Kerja-kerja gotong royong telah dibahagikan mengikut zon tertentu mengikut beberapa kategori seperti bilik khas, kelab, persatuan uniform dan sebagainya.  Majlis bermula jam 8.00 pagi dan tamat jam 12.30 tengahari itu dibuka dengan bacaan doa dan taklimat oleh Penyelaras Projek.  Aktiviti membersih, mengecat, membaikpulih, menyusunatur dan sebagainya di setiap lokasi dilakukan oleh guru dan sekumpulan murid yang telah ditetapkan.  Terima kasih kepada guru dan kakitangan yang menyumbang jamuan untuk semua peserta gotong royong.

Semoga sumbangan anda semua akan dinilai sebagai amal kebaikan dan dibalas dengan sebaik-baik balasan.

SMKTK Cemerlang.