Refleksi
Refleksi merupakan suatu proses yang penting dalam
kitaran pembelajaran bagi kemajuan profesion keguruan. Pengalaman pengajaran
yang diperolehi oleh guru-guru sejak mereka mula berkhidmat adalah amat
bernilai dan boleh dikongsi untuk manfaat semua guru. Berasaskan kaedah yang
sistematik dalam refklesi, pengalaman tersebut dapat dijadikan pengajaran dan
membawa pengertian kepada semua guru.
Definisi
Amalan refleksi ini diperkenalkan oleh Donald Schon dalam bukunya “The Reflective Practitioner” dalam tahun 1983. Menurut beliau, amalan reflkesi merangkumi pengalaman dalam minda apabila menggunakan pengetahuan teori yang berubah menjadi aplikasi praktikal. Sacara amnya, refleksi adalah pengalaman hidup peribadi seseorang itu.
Refleksi bagi guru-guru boleh didefinisikan sebagai proses di mana guru-guru mempelajari kaedah pengajaran sendiri dan menentukan cara-cara yang terbaik untuk mengajar murid-murid. Melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti, guru-guru mempelajari apa yang berjaya dan apa yang tidak berjaya dalam bilik darjah. Guru-guru akan mempelajari apa yang penting dan apa yang perlu dielak dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan datang.
Kedua-dua aktiviti yang berkesan dan kurang berkesan boleh digunakan untuk memperkayakan seseorang melalui pendekatan refleksi sistematik. Apabila direnung kembali sesuatu tindakan dan akibatnya, guru-guru bukan sahaja mengingati perkara tersebut tetapi juga memikirkan keputusan yang menyebabkan perkara tersebut berlaku.
Refleksi atau introspeksi tersebut akan memberi input yang berharga untuk memperbaiki diri dan peribadi seorang guru. Proses mengingat kembali faktor-faktor penyebab dan hasil tindakan guru-guru akan memberi pengertian kepada mereka untuk mengelak perkara-perkara yang kurang berkesan dan memperbaiki segala tindakan mereka. Guru-guru yang cekap dalam mengamalkan refleksi juga akan mengalami proses pembelajaran dan pengajaran yang lebih bermutu.
Ciri-ciri Refleksi
Memahami ciri-ciri amalan reflkesi akan memberi guru-guru asas yang baik tentang proses refleksi seperti berikut:
(a) Proses Sistematik
Proses refleksi ialah proses yang sistematik , mengingati kembali dari ingatan pengalaman-pengalaman yang telah berlalu. Dalam proses sistematik ini, guru-guru memahami dan menjelaskan proses-proses yang berlaku dari awal hingga akhir bagi sesuatu kejadian supaya mendapat pengertian dan pemahaman pembelajaran yang baru.
Contohnya, mengingati kembali dan memahami apa yang berlaku ketika mengajar, apa yang berlaku di minda guru-guru dan reaksi murid-murid pada setiap langkah pengajaran.
(b) Bukti Penambahbaikan
Refleksi juga dapat menyediakan bukti dan pengetahuan teknikal untuk meramal penyelesaian efektif untuk proses-proses penambahbaikan. Selepas mengajar sesuatu pelajaran, guru-guru perlu menganalisis aktiviti pembelajaran untuk menunjukkan hasil positif dan negatif. Contohnya, dalam sesuatu keadaan pembelajaran dan pengajaran, perkara-perkara yang perlu dielakkan dan langkah-langkah yang diteruskan apabila sesuatu pelajaran diulangi perlu diberi penekanan.
(c) Pengetahuan Gerak Hati
Refleksi melibatkan penggunaan pengetahuan gerak hati. Dalam proses refleksi, pembelajaran berlaku melalui teknik inkuiri. Mengikut pengetahuan gerak hati, guru-guru sentiasa dapat membuat perubahan dan pembaharuan kepada proses pengajaran.
d) Meramal Akibat
Refleksi membolehkan guru-guru menjangka hasil sesuatu tindakan dan membuat perancangan awal. Guru-guru dapat meramalkan tentang segala perubahan dan hasil pembelajaran kerana mereka mempunyai pengetahuan tentang murid-murid mereka.
e) Menjana Idea-Idea Baru
Refleksi membantu guru-guru merangka semula pengetahuan teori yang lampau dengan menggunakan pengertian baru untuk mengubah pengajaran mereka. Oleh yang demikian, guru-guru boleh menjana idea-idea yang baru untuk diterapkan dalam pengajaran selepas pengalaman praktikal mereka.
(f) Berfikir Secara Kritikal
Refleksi adalah proses pemikiran kritikal pelbagai faktor yang mempengaruhi pengajaran guru-guru di dalam kelas. Dalam proses pemikiran kritikal, guru-guru perlu membuat pengubahsuaian kepada pengetahuan yang diperolehi daripada langkah-langkah pengajaran yang berlaku di dalam kelas. Guru-guru juga perlu membuat perubahan secara langsung apabila keadaaan yang tidak dijangka berlaku ketika mereka mengajar.
(g) Amalan Etika
Refleksi adalah suatu proses yang menghargai dan menghormati semua orang. Terdapat satu kod amalan etika yang perlu diikuti oleh semua guru yang terlibat dalam amalan refleksi. Semua aktiviti professional dan peribadi dijalankan dengan sikap mengambil berat dan toleransi.
(h) Proses Aktif
Refleksi adalah proses aktif mengingat kembali, menganalisis dan mencari penyelesaian kepada masalah. Menurut Schon (1983), ini dibuat melalui refleksi dengan cara-cara yang berikut:-
- Refleksi Semasa PengajaraN - Merujuk kepada pemikiran langsung mengenai apa yang dilakukan oleh guru-guru ketika mereka mengajar. Guru-guru melaksanakan pelan tindakan pengajaran berasaskan teori-teori yang pernah dipelajari.
- Refleksi Selepas Pengajaran - Refleksi dilakukan selepas sesuatu pengajaran dilaksanakan dan ia membolehkan guru-guru memahami apa yang telah dilakukan dan reaksi murid-murid terhadapnya. Ini menjana beberapa persoalan dan idea-idea mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan ketika guru-guru mengajar.
- Refleksi Tindakan Susulan - Refleksi ini diamalkan selepas pengajaran apabila guru-guru menilai dan membuat kesimpulan mengenai implikasi untuk tindakan selanjutnya seperti membentuk satu pelan tindakan baru untuk pengajaran. Ciri-ciri tersebut wujud apabila guru-guru menjadikan refleksi sebagai suatu aspek amalan praktikal pengajaran. Ia memanfaatkan guru-guru dalam pelbagai cara.
Kebaikkan
Refleksi
Refleksi penting kerana pembelajaran berlaku melalui campuran teori dan praktikal, pemikiran dan tindakan serta pemerhatian dan interaksi:
Refleksi penting kerana pembelajaran berlaku melalui campuran teori dan praktikal, pemikiran dan tindakan serta pemerhatian dan interaksi:
- Menghasilkan perancangan pengajaran yang lebih baik.
- Menjana idea-idea inovatif untuk menghasilkan bahan pengajaran.
- Memahami keperluan murid-murid yang pelbagai.
- Boleh menyelesaikan masalah selepas mengambil kira semua pilihan.
- Menjana proaktif dan bukannya reaktif.
- Membina cara kreatif untuk memotivasikan murid-murid.
- Bertimbang rasa terhadap murid-murid yang lain.
- Memahami diri sendiri dan orang lain.
- Menyedari kesilapan dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.
Guru-guru akan lebih bertimbang rasa terhadap
murid-murid kerana ebih memahami diri sendiri dan keperluan anak murid mereka.
Guru-guru akan menyedari kesilapan dan kesalahan diri dan tidak akan mengulangi
kesilapan-kesilapan tersebut. Melakukan amalan refleksi, guru-guru yang
berkeyakinan juga dapat menjalankan kajian secara kolaborasi dengan jayanya dan
berkongsi hasilnya dengan guru-guru lain dalam profesion keguruan.
Kaedah-kaedah Refleksi
Terdapat beberapa model untuk menjalankan refleksi. Contohnya, model tiga langkah, iaitu RANCANG, BUAT dan NILAI seperti yang dicadangkan oleh Greenway (1988) boleh digunakan untuk menjalankan refleksi dalam sistem sekolah.
Dalam satu lagi model oleh Johnson (1998), proses refleksi boleh dijalankan dalam enam tahap seperti berikut :
Kaedah-kaedah Refleksi
Terdapat beberapa model untuk menjalankan refleksi. Contohnya, model tiga langkah, iaitu RANCANG, BUAT dan NILAI seperti yang dicadangkan oleh Greenway (1988) boleh digunakan untuk menjalankan refleksi dalam sistem sekolah.
Dalam satu lagi model oleh Johnson (1998), proses refleksi boleh dijalankan dalam enam tahap seperti berikut :
- Tahap Pemahaman - Guru-guru memahami konsep pedagogi atau teori yang akan digunakan dalam bilik darjah. Contohnya, guru perlu memahami teknik-teknik dan kaedah-kaedah kumpulan koperatif sebagai satu strategi pengajaran.
- Tahap Transformasi - Dalam tahap transformasi, guru akan melaksanakan pengajaran dengan sesuatu konsep atau prinsip di dalam kelas. Contohnya, guru menyediakan rancangan pelajaran harian dengan menjelaskan langkah-langkah kaedah koperatif secara terperinci.
- Tahap Pelaksanaan - Dalam tahap ini, guru akan melaksanakan pengajaran dengan melaksanakan segala langkah-langkah dan prosedur yang disarankan dalam kaedah koperatif. Guru akan membahagikan murid-murid kepada kumpulan-kumpulan yang kecil untuk menyelesaikan masalah pembelajaran yang ditetapkan oleh guru.
- Tahap Penilaian - Guru menilai pelaksanaan kaedah koperatif langkah demi langkah dengan mengingati kembali pelajaran yang disampaikan. Beliau juga akan membuat catatan dalam buku jurnal mengenai prosedur-prosedur yang diambilnya dalam bilik darjah semasa melaksanakan kaedah koperatif dan menilai pencapaian setiap langkah pelaksanaan dalam kaedah pengajaran ini.
- Tahap Refleksi - Guru mempersoalkan diri tentang pengajaran yang dilaksanakan dan merujuk kepada catatan-catatan di dalam buku jurnal serta mengimbas kembali mengenai respon dan emosi para murid semasa beliau melaksanakan pengajarannya dengan menggunakan kaedah koperatif.
- Tahap Pemahaman Baru - Dalam tahap ini, guru mendapat pengertian baru daripada pengalaman pengajaran dengan menggunakan kaedah koperatif. Beliau akan memperbaiki rancangan pelajaran harian yang menerapkan kaedah koperatif untuk mengatasi segala kelemahan yang timbul semasa melaksanakan kaedah ini.
Sebenarnya,
sepatutnya semua guru sudah sedia maklum tentang tiga komponen penting
RPH iaitu objektif, aktiviti untuk mencapai objektif dan refleksi. Kelemahan yang ketara ialah penulisan yang terlalu
umum dan tidak menjurus
pada objektif pelajaran;
Contoh Refleksi yang tidak tepat:
Contoh Refleksi yang tidak tepat:
- Proses PdP berjalan lancar seperti yang dirancangkan.
- Proses PdP berjalan lancar dan objektif tercapai.
- Semua pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti PdP
Penulisan
refleksi yang tepat mestilah jelas boleh diukur dan menjurus pada objektif
PdP.
Contoh Refleksi yang baik:
Contoh Refleksi yang baik:
(contoh mata pelajaran Bahasa Melayu)
Tajuk:
Tajuk:
Petikan Rencana Faedah Kitar Semula
Objektif:
Objektif:
Pada akhir pelajaran diharap pelajar dapat
i)
membaca kuat petikan rencana dengan intonasi yang betul
ii)
menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 isi penting tentang faedah kitar semula
Contoh Refleksi 1
Contoh Refleksi 1
- Semua pelajar dapat menyenaraikan di dalam buku latihan 5 isi penting tentang faedah kitar semula (atau)
- 30/30 orang pelajar dapat menyenaraikan 5 isi penting yang terdapat dalam petikan rencana.
Contoh Refleksi 2
Contoh Refleksi 2
- 25/30 orang pelajar dapat menulis ringkasan lengkap. 5 orang pelajar perlu bimbingan dalam menyusun isi dalam petikan (melalui
refleksi ini , 5 orang pelajar yang telah dikenal pasti itu akan diberikan
lebih perhatian
dalam latihan mengenal pasti isi dalam petikan untuk PdP yang akan
datang.)
APAKAH PERANAN REFLEKSI
Pertamanya, dengan melakukan refleksi ianya membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula pengajarannya. Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan menentukan alternative-alternatif dalam membuat keputusan. Antara peranan utama refleksi dalam amalan seorang guru ialah dapat menentukan justifikasi untuk mengubah tingkalaku atau amalannya.
Ringkasnya, dalam pengajaran dan pembelajaran, refleksi membolehkan seseorang guru:
APAKAH PERANAN REFLEKSI
Pertamanya, dengan melakukan refleksi ianya membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula pengajarannya. Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan menentukan alternative-alternatif dalam membuat keputusan. Antara peranan utama refleksi dalam amalan seorang guru ialah dapat menentukan justifikasi untuk mengubah tingkalaku atau amalannya.
Ringkasnya, dalam pengajaran dan pembelajaran, refleksi membolehkan seseorang guru:
- Membuat penilaian kendiri
- berfikir secara analitik, kritis dan kreatif
- menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerja
- melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusaN
- mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai & estetik
- mengubah tingkahlaku
Satu panduan yang baik.
Umumnya kita mengalakkan guru-guru menulis refleksi pengajaran yang berbentuk penilaian terdapat pengajaran guru berdasarkan respon pelajar. Tujuan supaya guru dapat mengekal atau mengubah cara pengajarannya. Persoalan seperti:
Umumnya kita mengalakkan guru-guru menulis refleksi pengajaran yang berbentuk penilaian terdapat pengajaran guru berdasarkan respon pelajar. Tujuan supaya guru dapat mengekal atau mengubah cara pengajarannya. Persoalan seperti:
- Adakah pengajaran yang saya berjaya menyampaikan maklumat yang ingin saya sampaikan?
- Apakah cara lain yang boleh saya gunakan?
- Bagaimana pelajar telah memberi respon kepada pengajaran saya?
- Sejauh manakah berkesannya pengajaran saya hari ini?
- Bagaimana saya boleh memperbaiki pengajaran saya?
- Adakah bahasa yang saya gunakan sesuai?
- Adakah kaedah yang saya gunakan membantu saya dalam pengajaran saya?
Hasil daripada refleksi ini guru-guru boleh:
- Mengekalkan kaedah atau cara pengajaran mereka jika ini membawa kesan yang positif atau
- Mencadangkan / melakukan sesuatu yang lain dengan cara yang lain untuk membawa hasil yang diinginkan. Yang inilah dikatakan pembangunan profesional.