Showing posts with label Kecemerlangan. Show all posts
Showing posts with label Kecemerlangan. Show all posts

16 May 2018

Tahniah...JOHAN Melagukan Syair Negeri Johor



Alhamdulillah..
Tahniah kepada adik Khairin Najwa (murid tingkatan 5 Teknologi) yang telah mengungguli Pertandingan Melagukan Syair Negeri Johor 2018.  Tahniah dan terima kasih kepada guru-guru yang telah membimbing adik Wawa sehingga mencpai kejayaan manis ini.

SMKTK Cemerlang.

04 May 2018

Program Kilauan Permata (Motivasi Kelompok) - 5SA







Perjumpaan berbentuk Motivasi Kelompok diantara murid tingkatan 5SA bersama PK Pentadbiran (Pn Sabariah binti Mohd Ariff), GKMP dan guru yang mengajar tingkatan 5SA telah diadakan pada petang Rabu, 2hb Mei 2018.  Dalam perjumpaan ini, PK Pentadbiran menerangkan sasaran SMKTK bagi murid tingkatan 5SA dan strategi-strategi yang akan dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.  Semua murid dikehendaki fokus dan memberi kerjasama erat bersama guru matapelajaran bagi menjayakan objektif tersebut.  Ini kerana objektif segala usaha pihak sekolah adalah untuk kejayaan muridnya.

Terima kasih kepada semua murid 5SA dan guru-guru matapelajaran yang terlibat.

SMKTK Cemerlang.

23 April 2018

Pemuafakatan Sarana Ibubapa PT3 dan SPM 2018



  

  












Alhamdulillah.. majlis pemuafakatan sarana ibubapa PT3 dan SPM 2018 telah dijalankan dengan jayanya pada 22hb April 2018.  Kehadiran ibubapa / penjaga calon PT3 dan SPM 2018 yang sangat menggalakkan (sekitar 200 orang), menunjukkan sokongan padu ibubapa / penjaga bagi memastikan usaha pihak sekolah untuk meningkatkan pencapaian kedua-dua peperiksaan dapat dicapai.  Majlis yang bermula jam 8.30 pagi itu dimulakan dengan bacaan doa, ucapan dan pembentang TOV dan ETR PT3 dan SPM tahun 2018 oleh PK Pentadbiran dan diteruskan dengan ceramah dan motivasi calon dan ibubapa / penjaga oleh penceramah jemputan .  Majlis diteruskan dengan lafaz ikrar calon PT3 dan SPM dan ditutup dengan bacaan doa.

Sesi ramah mesra ibubapa, anak dan guru matapelajaran juga diadakan bagi membincangkan kelemahan dan kekuatan anak masing-masing dan mengenalpasti langkah meningkatkan prestasi mereka.  Semoga majlis ini bermanfaat dan mencapai objektifnya.  Terima kasih dan tahniah kepada semua yang menjayakan majlis ini.

SMKTK Cemerlang.

11 April 2018

Tahniah...Naib Johan Explorace Competition Girl Guide International Camp 2018






Tahniah kepada adik Nuraliah Diyanah binti Rahmat Shahbuddin (murid tingkatan 5S) atas kejayaannya menjadi Naib Johan dalam Explorace Competition semasa mengikuti Kem Pandu Puteri Peringkat Antarabangsa di Pulau Pinang pada 3 hingga 8hb April 2018. 

SMKTK Cemerlang.

04 April 2018

Tahniah...Penghargaan Sekolah Showcase PAK21 Negeri Johor 2018


Alhamdulillah dan tahniah kepada seluruh warga SMKTK atas penghargaan sebagai Sekolah Showcase Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) Negeri Johor Tahun 2018.  Sijil penghargaan disampaikan oleh YB Datuk Haji Ayub bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor kepada Tn Pengetua SMK Telok Kerang, Pn Hjh Azizah binti Omar pada 4hb April 2018.

Tahniah sekali lagi.

SMKTK Cemerlang.

03 April 2018

Program Kecemerlangan Akademik : Anjakan Telok 2018






Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua murid tingkatan tiga dan lima serta guru yang telah mula melaksanakan aktiviti Anjakan Telok 2018.  Program kecemerlangan akademik ini merupakan aktiviti ulangkaji pantas selama 20 minit (bermula jam 7.00 pagi dan tamat 7.20 pagi) bagi beberapa matapelajaran terpilih.  Program ini akan terus dilaksanakan (Insyaallah) pada setiap hari Isnin dan Selasa sehingga bulan September (bagi calon PT3) dan Oktober 2018 (bagi calon SPM).  Semoga kita semua diberi kekuatan dan istiqomah dalam melaksanakan program ini dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

SMKTK Cemerlang.

02 April 2018

Tahniah...Johan Sahibba Daerah Pontian 2018 (Kategori Tingkatan 3)


Alhamdulillah dan tahniah kepada adik Noriha Siswanto Abdullah (murid tingkatan 3Segar) atas kejayaannya merangkul tempat pertama dalam Pertandingan Sahibba Peringkat Daerah Pontian bagi kategori Tingkatan Tiga.  Tahniah dan terima juga kepada guru pembimbing dan semua yang membantu.

SMKTK Cemerlang.

31 March 2018

Tahniah Adik Syahiran..Pingat Emas Lontar Peluru MSSJ 2018



Tahniah adik Mohamad Syahiran (murid tingkatan 5L) atas kejayaan merangkul pingat emas dalam acara Lontar Peluru (L18) untuk Daerah Pontian dalam Kejohanan Olahraga MSSJ Kali Ke-51 di Stadium Sultan Ibrahim, Muar.  Sekaligus, kejayaan ini membantu meletakkan Daerah Pontian pada kedudukan ke-5 dalam kedudukan Pungutan Pingat pada kejohanan tersebut.

Tahniah dan terima kasih juga kepada semua guru yang terlibat sehingga kejayaan ini dapat dicapai.  Semoga lebih kejayaan selepas ini.

SMKTK Cemerlang.

17 March 2018

Majlis Penyerahan Slip Peperiksaan SPM 2017













Alhamdulillah...majlis penyerahan slip keputusan SPM 2017 telah dilaksanakan pada 11.00 pagi Khamis, 15hb Mac 2018 oleh Tn Pengetua, Pn Hjh Azizah binti Hj Omar.  Sebelum majlis itu, beberapa agensi dan institusi pendidikan dan kemahiran telah memberi taklimat berkaitan peluang melanjutkan pelajaran di institusi masing-masing kepada calo-calon SPM 2017. 

Tahniah diucapkan kepada calon SPM 2017 yang telah mencapai keputusan cemerlang.  Khasnya untuk adik Muhammad Asraff bin Ahamad Bahrom yang berjaya mendapat Straight A's, semoga kejayaan ini akan menjadi pencetus kepada kejayaan yang lebih besar dalam hidup Acap.  Kepada calon yang mendapat keputusan kurang memuaskan, teruskan usaha memperbaiki diri dengan meningkatkan pengetahua dan kemahiran untuk kegunaan masa hadapan. 

SMKTK Cemerlang.