Showing posts with label Hal Ehwal Murid. Show all posts
Showing posts with label Hal Ehwal Murid. Show all posts
30 May 2019
03 January 2019
02 March 2018
Pelancaran Program Sekolah Selamat Bersama PDRM
Program diteruskan dengan ceramah keselamatan oleh Tn Jos bin Guntalib (Pegawai bahagian Persenjataan PDRM) selama hampir sejam dan diteruskan dengan pameran berkaitan narkotik, keselamatan jalanraya dan persenjataan. Konsultasi khusus kepada 36 murid terpilih juga diadakanbagi memberi kesedaran tentang kepentingan patuh kepada peraturan sekolah dan undang-undang negara.
Semoga program ini memberi manfaat kepada warga SMKTK.
SMKTK Cemerlang.
08 September 2016
12 May 2016
Kursus Imam Remaja 2016
Tahniah semua Imam Remaja SMK Telok Kerag...SMKTK Cemerlang.
28 June 2015
HARI JALINAN MESRA
Hari Jalinan Mesra iaitu hari pertemuan antara guru-guru tingkatan, ibu bapa dan pelajar-pelajar telah di adakan pada hari Ahad 28 Jun 2015. Majlis ini adalah untuk membincangkan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan prestasi pelajar-pelajar dalam akademik dan sahsiah diri pelajar-pelajar. Bebarapa kaunter mata pelajaran juga dibuka untuk ibu bapa mendapat maklumat mengenainya. Kehadiran ibu bapa adalah menggalakkan sehingga mencapai 90 peratus kehadiran.
24 June 2015
01 March 2015
TANGGUNGJAWAB MURID TERHADAP GURUNYA
BAGAIMANA besarnya
tanggungjawab guru terhadap murid, begitu jugalah besarnya tanggungjawab
murid terhadap gurunya. Jika tidak ada guru, maka tidak ada murid. Guru
juga seperti ibu bapa yang patut dihormati dan dipatuhi segala
ajarannya yang baik. Jika di rumah anda harus menurut segala perintah
dan ajaran ibu bapa dengan taat, tetapi di sekolah anda harus pula
mentaati guru dan segala ajarannya harus disematkan di hati.
Seorang murid harus menghormati bantuan
gurunya untuk membimbing mereka ke jalan yang diredhai Allah SWT untuk
menuntut ilmu demi bekalan hidup mereka.
Jangan sekali-kali membantah atau mencela
guru kerana guru adalah merupakan orang yang sentiasa membimbing anda
untuk mencapai cita-cita.
Antara Adab-adab Murid Terhadap Gurunya
- Memberi hormat ketika guru masuk ke kelas dengan memberi salam kepada guru kelas anda. Jika guru terdahulu memberi salam hendaklah segera dijawab.
- Tunjukkan muka yang manis ketika menyambut guru masuk ke bilik darjah anda.
- Perhatikan guru anda dengan tenang dan mula membuka buku untuk pelajaran hari itu jika diperintahkan oleh guru.
- Tumpukan perhatian ketika guru mengajar. Jika kurang faham bolehlah bertanya kepada guru anda dengan sopan.
- Catatkan apa yang disampaikan oleh guru jika dia menyuruh anda berbuat demikian.
- Jangan berkata-kata atau berbual dengan rakan-rakan ketika guru sedang mengajar.
- Tumpukan perhatian sepenuhnya ketika guru sedang memberi penerangan. Sematkan di hati anda apa yang diajarkan ketika itu.
- Ucapkan terima kasih kepada guru anda sebaik sahaja guru itu selesai mengajar.
Seorang murid harus peka dengan apa yang
disampaikan oleh guru mereka, dengan cara ini anda akan dapat menumpukan
perhatian terhadap pelajaran anda. Anda jangan menyalahkan guru anda
jika anda kurang faham apa yang diajari oleh guru anda, sebaiknya anda
harus banyak bertanya dari banyak merungut untuk mendapatkan kefahaman.
Jika anda ingin menjadi seorang murid /
pelajar yang berjaya, anda harus berusaha sendiri untuk mencapai
kejayaan itu, jangan cuma berharap pada guru sahaja. Guru hanya boleh
mengajar untuk menyampaikan ilmu, sedangkan anda adalah seorang murid
yang harus tahu membuat sesuatu untuk mencapai kejayaan itu.
Usaha anda untuk menjadi murid yang
berjaya adalah lebih bererti dari hanya mendengar guru mengajar
sedangkan anda tidak tahu bagaimana untuk memanfaatkan pelajaran itu.
Kejayaan seorang pelajar itu bergantung
kepada kegigihannya untuk mencapai kejayaan, tanpa mengharap pertolongan
orang lain untuk menjayakan diri sendiri.
Seorang murid harus menghormati gurunya
sebagaimana dia menghormati ibu bapanya juga. Rasa hormat kepada guru
membuatkan anda dapat mengikuti pelajaran dengan baik dan sudah tentu
lebih keberkatan ilmu yang anda pelajari itu. Di samping berusaha anda
harus berdoa, agar segala usaha anda itu akan beroleh kejayaan
cemerlang.
INGAT!!! Seorang pelajar itu adalah bakal
pemimpin masa hadapan, oleh itu tidak ada sebab anda tidak mahu
berusaha untuk terus mencapai kejayaan. Kerana mundur atau majunya
sesebuah negara itu bergantung kepada para belia dan remajanya yang
rajin berusaha untuk mencapai kejayaan.
Sumber: Kalam Abu Musaddad
15 February 2015
PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG
Pada pagi Ahad 15 Januari 2015 telah dilancarkan Program Guru Penyayang. Pelancaran diadakan di Dataran Nilam dan telah disempurnakan oleh Puan Pengetua Pn. Hjh. Azizah bt Omar. Sebelum itu guru Bimbingan dan Kaunseling Pn. Hjh. Kasidah bt Sadimon tellah menerangkan pelaksanaan program guru penyayang ini.
Strategi dan modul Program Guru Penyayang di SMK Telok Kerang:
Strategi Pintu Pagar Sekolah;
- Modul 1 - 'Selamat Pagi Sayang' - Guru bertugas mingguan berada di pintu pagar sekolah sebelum waktu persekolahan dengan mengucapkan salam/ucapan selamat/kata-kata positif.
- Modul 2 - 'Selamat Datang Sayangku' - Kain rentang dengan kata-kata terima kasih dan tahniah kerana hadir awal ke sekolah.
- Modul 3 - 'Pulang Dengan Selamat Ingat Yang Disayang- Guru bertugas yang berada di tempat murid berkumpul dan mengucapkan salam dan ucap selamat.
Strategi Bilik Darjah;
- Modul 1 - 'I'm The Best You Are The Best' - Guru akan melaungkan "You are the ....." dan murid-murid menjawab dengan jeritan "...best, best, best..."
- Modul 2 - 'Kasih Dirayu Sayang Dipadu' - Guru bersalaman dengan murid yang sama jantina.
Strategi Kantin Jom Santai;
- Modul 1 - 'Sarapan Manja' - Guru menyapa murid semasa waktu rehat.
- Modul 2 - 'Sapaan Mesra' - Guru menyapa murid semasa murid-murid rehat di kantin.
Strategi Perhimpunan Pagi;
- Modul 1 - 'Lambaian Kasih' - Memperdengarkan lagu/irama yang bersesuaian dengan pelbagai nilai murni.
02 June 2014
19 February 2014
CERAMAH BAHAYA DADAH
Pagi ini murid-murid SMK Telok Kerang diberi pendedahan akan bahaya dadah sewaktu aktiviti kokurikulum. Ceramah yang diadakan di Dataran Nilam disampaikan oleh Insp. Azlee b Abdul dari IPD Pontian.
Di antara ingatan penting dalam ceramah itu iaah:
- Orang yang terlibat dengan dadah biasanya merokok terlebih dahulu.
- Remaja lelaki lebih banyak terlibat dalam salah guna dadah berbanding perempuan.
- Remaja perempuan terlibat dengan dadah biasanya dipengaruhi oleh teman lelaki.
- Jangan sekali-kali mencuba-cuba dadah.
- Hukuman kesalahan berkaitan dengan dadah adalah sama antara orang dewasa dan remaja.
- Apa juga kesalahan berkaitan dengan dadah, hukumannya berat sekali.
- Lebih banyak keburukan daripada kebaikan kesan daripada penyalahgunaan dadah.
- Jauhi salah guna dadah.



















































