19 February 2014

CERAMAH BAHAYA DADAH

Pagi ini murid-murid SMK Telok Kerang diberi pendedahan akan bahaya dadah sewaktu aktiviti kokurikulum. Ceramah yang diadakan di Dataran Nilam disampaikan oleh Insp. Azlee b Abdul dari IPD Pontian. 

Di antara ingatan penting dalam ceramah itu iaah:
  • Orang yang terlibat dengan dadah biasanya merokok terlebih dahulu.
  • Remaja lelaki lebih banyak terlibat dalam salah guna dadah berbanding perempuan.
  • Remaja perempuan terlibat dengan dadah biasanya dipengaruhi oleh teman lelaki.
  • Jangan sekali-kali mencuba-cuba dadah.
  • Hukuman kesalahan berkaitan dengan dadah adalah sama antara orang dewasa dan remaja.
  • Apa juga kesalahan berkaitan dengan dadah, hukumannya berat sekali.
  • Lebih banyak keburukan daripada kebaikan kesan daripada penyalahgunaan dadah.
  • Jauhi salah guna dadah. 



SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :