06 January 2013

PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan.Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yangtepat boleh membantupembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam pentaksiran ialah kesahan dan kebolehpercayaan skor, kebolehtadbiran instrumen dan keadilan kepada calon.

Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui:

1.  Pementoran
2.  Penyelarasan
3.  Pemantauan
4.  Pengesanan


1.  PEMENTORAN

Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru. Pementoran dalam konteks Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu proses yang dijalankan untuk penjaminan kualiti bagi membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru untuk pelaksanakan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.

a. Tempoh Pelaksanaan:

Aktiviti pementoran dijalankan sebelum, semasa dan atau selepas pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.

b. Objektif Pementoran:

i.  Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan danpengurusan PBS
ii.  Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang dibimbing.
iii.  Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing.
iv.  Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS.
v.  Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru yang dibimbing.

c.  Jenis Pementoran:

i.  Formal
Pementoran formal dijalankan oleh JK PBS secara berjadual dalam mesyuarat atau sesi peningkatan profesionalisme guru.

ii. Informal
Pementoran informal dijalankan oleh JK PBS sebelum, semasa atau selepas pelaksanaan PBS tanpa jadual yang ditetapkan.

d.  Mentor:

i.  Mentor dalaman terdiri daripada:

    GKMP / Ketua Bidang
    Ketua Panitia
    Guru Cemerlang
    Jurulatih Utama
    Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar /    JK PBS

ii. Mentor luaran terdiri daripada:

    Petugas yang dilantik oleh LP
    Petugas yang dilantik oleh JPN
    Petugas yang dilantik oleh PPD

e. Peranan Mentor:

i.  Membimbing guru menggunakan standard prestasi dan aplikasi SPPBS.
ii.  Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran.
iii.  Memberi pendedahan pelbagai jenis instrumen pentaksiran.
iv.  Memastikan pelaksanaan pentaksiran seiring dengan Pengajaran dan pembelajaran.
v.  Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran.
vi.  Membantu m nyelesaikan masalah yang di hadapi oleh guru yang dibimbing.


2.  PENYELARASAN

Penyelarasan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan keseragaman pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon serta kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran.

a. Tempoh Pelaksanaan:
Kekerapan aktiviti penyelarasan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS.

b. Objektif Penyelarasan:

i.   Menyeragamkan kefahaman terhadap kehendak tugasan dan kriteria penskoran.
ii.  Menyeragamkan skor pentaksiran sekolah yang diberikan oleh guru berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen standard prestasi.
iii.  Menyeragamkan skor pentaksiran pusat yang diberikan oleh guru berdasarkan kriteria penskoran sesuatu tugasan yang ditetapkan.
iv.  Menyeragamkan alat, bahan dan situasi mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk menghasilkan skor yang terlaras.
v.  Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS
oleh guru di sekolah.
vi.  Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan dan prestasi murid.
vii.  Memastikan skor yang diberikan adalah adil bagi semua murid.

c.Jenis Penyelarasan:

i.  Penyelarasan dalaman dijalankan bagi menyelaraskan kefah aman mengenai tugasan dan penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran dalam sekolah yang sama.
ii.  Penyelarasan luaran dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai tugasan dan penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran di seluruh negara.

d.  Personali.

I.  Penyelaras dalaman:

    GKMP
    Guru Cemerlang
    Ketua Panitia
    Jurulatih Utama
    Guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS

ii.  Penyelaras luaran

    Petugas yang dilantik oleh LP
    Petugas yang dilantik oleh JPN
    Petugas yang dilantik oleh PPD

e.  Pelaksanaan Penyelarasan:

i.  Sebelum Penyelarasan:

JK PBS peringkat JPN, PPD dan sekolah menentukan tarikh, tempat dan masa penyelarasan. Mengadakan perbincangan mengenai

    -Kefahaman tentang standard prestasi atau tugasan
    -Kesesuaian instrumen yang digunakan
    -Kefahaman tentang penskoran
    -Pemilihan evidens murid untuk penyelarasan skor

ii.  Semasa Penyelarasan:

     Memilih evidens murid mengikut aras pencapaian
     Membanding skor yang diberikan oleh guru
     Menyelaras pemberian skor

iii.  Selepas Penyelarasan:
      Menyediakan laporan penyelarasan
      Menyelaras skor murid, jika perlu


3.  PEMANTAUAN

Pemantauan adalah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh LP. Kekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JKPBS.

a.  Objektif Pemantauan:

i.  Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi
ii.  Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.
iiii.  Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS oleh guru.
iv.  Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran.
v.  Menyediakan lapor an pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan.

b.Pemantau:

i.  Pemantau dalaman:
    Pemantauan dalaman dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Pemantau dalaman ialah:

    Pengetua / Guru Besar
    Guru Penolong Kanan
    GKMP
    Guru Cemerlang
    Ketua Panitia
    Jurulatih Utama
    Guru yang dilantik oleh Pengetua/ Guru Besar

ii.  Pemantau  luaran:
 Pemantauan luaran dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN, LP dan pegawai dari bahagian-bahagian lain dalam KPM.

Pemantau luaran ialah:
    Pegawai LP
    Pegawai JPN
    Pegawai PPD
    Pegawai dari Bahagian-bahagian lain Kementerian Pelajaran Malaysia  (KPM)
    Pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN dan LP

c. Pelaksanaan Pemantauan:

i.  Sebelum Pemantauan:
    JK PBS peringkat JPN, PPD dan sekolah merancang pemantauan PBS.
    Menyediakan instrumen pemantauan.

ii.  Semasa pemantauan:
      Menyemak bahan dan maklumat yang dipantau.
      Membuat pemerhatian pelaksanaan PBS.
      Menggunakan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan untuk memberi khidmat nasihat.

iii.  Selepas pemantauan:
      Melaporkan dapatan pemantauan.
      Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan pelaksanaan PBS.
      Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pelaksanaan PBS.
 

4.  PENGESANAN

Pengesanan ialah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan instrumen pentaksiran yang digunakan mampu menghasilkan skor yang sah dan boleh dipercayai. Oleh kerana PBS ialah satu proses pentaksiran yang dilakukan secara berterusan maka kekerapan aktiviti pengesanan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS.

a.  Objektif Pengesanan:

i.  Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran.
ii.  Memastikan skor yang diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
iii.  Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran.
iv.  Mencadangkan kepelbagaian instrumen pentaksiran

b.  Pengesanan:

i.  Pengesanan Dalaman

Pengesanan dalaman dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PS untuk mendapatkan evidens tentang penguasaan murid. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan danenskoran yang diberikan oleh guru untuk mentaksir murid.

Pegawai pengesanan dalaman:
    GKMP
    Guru Cemerlang
    Ketua Panitia
    Jurulatih Utama
    Guru yang dilantik oleh Pengetua /Guru besar /JK PBS

ii.  Pengesanan Luar

Pengesanan luar dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PP. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan dan penskoran yang dibina oleh Lembaga Peperiksaan.

    Pegawai pengesanan luaran:
    Petugas yang dilantik oleh LP
 
c.  Pelaksanaan Pengesanan:

i.  Sebelum pengesanan:
    Pegawai LP menentukan tarikh, tempat, masa pengesanan.
    Menyemak Dokumen Standard Prestasi dan instrumen pentaksiran pusatyang berkenaan.

ii.  Semasa pengesanan:
     Menyenaraikan isu kebolehtadbiran dan kesesuaian instrumen pentaksiran.
     Mencadangkan penyelesaian.

iii.  Selepas pengesanan:
      Memastikan cadangan penyelesaian dilaksanakan.
      Membuat penambaikan instrumen pentaksiran.
      Melaksanakan program pengesanan semula

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :