Showing posts with label Kejayaan Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Kejayaan Sekolah. Show all posts

04 November 2019

Tahniah...Tempat Pertama Sekolah Lestari Negeri Johor 2018/19



Alhamdulillah, terima kasih dan tahniah kepada seluruh warga SMKTK atas usaha yang konsisten dalam melaksanakan aktiviti lestari di sekolah.  Anugerah tempat pertama Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) 2018/2019 ini merupakan penghargaan dan pengiktirafan panel juri profesional yang terdiri daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan lain-lain atas segala usaha yang warga SMKTK laksanakan.  Semoga kita semua dapat meneruskan usaha lestari ini dan segala usaha kita dinilai sebagai amal kebajikan.







SMK Lestari, SMKTK Cemerlang.

Program Pemeliharaan Potensi Refugia Perikanan



Terima kasih kepada Jabatan Perikanan Malaysia atas jemputan untuk berkerjasama menjayakan program yang dilaksanakan pada 31hb Oktober itu.  SMKTK telah menghantar 26 murid dan 3 orang guru untuk mengambil bahagian dalam aktiviti penanaman anak pokok bakau dan program membersih kawasan pantai di Taman Negara Johor Tg Piai.  Semoga aktiviti lestari ini akan dilaksanakan secara berterusan yang selari dengan misi dan visi Sekolah Lestari SMKTK.


 


 












SMKTK Cemerlang.

04 September 2019

Pertandingan Terrarium Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019


Tahniah dan terima kasih kepada guru dan peserta yang telah menyertai pertandingan terrarium sempena hari kebangsaan kali ke-62 tahun 2019.  Pertandingan ini dianjuran oleh Majlis Daerah Pontian dan berlangsung pada hari Isnin, 6hb Ogos 2019 di Dewan Jubli Intan Pontian.  Tahniah kepada semua peserta SMKTK kerana berjaya mendapat saguhati dalam pertandinagn kali pertama diadakan ini.

SMKTK Cemerlang





30 July 2019

Tahniah...Anugerah Emas Kem Seni Visual dan Semarak Tari Kebangsaan 2019



Tahniah kepada pasukan SMKTK yang telah berjaya dinobatkan dengan Anugerah Emas dalam Kem Seni Visual dan Semarak Tari Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Tahun 2019.  Terima kasih kepada semua yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung sehingga kejayaan ini dapat dikongsi.  Semoga kejayaan ini dapat diterjemahkan dengan keputusan cemerlang bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dalam SPM 2019 nanti.

SMKTK Cemerlang.

28 July 2019

Tahniah...Anugerah Emas Pertandingan Model Kelas PAK21 Daerah Pontian








Tahniah kepada peserta dan guru pembimbing yang telah berjaya mendapat Gold Medal dalam Pertandingan Model Kelas PAK21 Daerah Pontian.  Pertandinag julung kali diadakan itu telah dilaksanakan di SMK Dato Penggawa Barat Pontian dan disertai oleh sebahagian besar sekolah daerah ini. Pertandingan membina model kelas PAK21 ini sangat menarik kerana penggunaan bahan terbuang merupakan satu kelebihan dan peserta SMKTK telah menggunakan terma ini sebaik-baiknya dan berhasil.  Tahniah sekali lagi.

SMKTK Cemerlang.

Tahniah...Gold Medal RCE Iskandar Sustainable and Low Carbon School Exhibition 2019


ALhamdulillah...dan tahniah kepada peserta dan guru pembimbing yang berjaya merangkul Gold Medal dalam pertandingan RCE ISLCSE2019 buak kali ke-5 berturut-turut.  Pertandingan anjuran UTM, KEAA, IRDA, MBIP dan sebagainya itu dijalankan pada 15hb Julai 2019 di AEON Bukit Indah Gelang Patah JB.  Sebanyak 21 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang bertemakan kelestarian itu.







Semoga kemenangan ini memberi manfaat kepada semua warga SMKTK dan masyarakat setempat.

SMKTK Cemerlang.

09 July 2019

Tahniah SMKTK...1 Emas dan 1 Gangsa : National and Open Singapore Jumprope Championship 2019


Alhamdulillah dan Tahniah kepada Team Lompat tali SMKTK atas kejayaan merangkul 1 pingat emas (acara speed relay berkumpulan) dan 1 pingat gangsa (acara double under) dalam Kejohanan Lompat tali Kebangsaan dan Terbuka Singapura pada 30hb Jun yang lalu di Singapura.  Mereka telah bersaing dengan peserta daripada Singapura, Wilayah Persekutuan KL, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Johor. Terima kasih kepada semua murid dan guru yang terlibat, kami bangga dengan usaha dan pencapaian kalian.



SMKTK Cemerlang.