14 July 2013

BILIK OPERASI PENTAKSIRAN (BOP) SMK TELOK KERANG - PANDUAN PENGENDALIAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

PENDAHULUAN
 
Bilik Operasi Pentaksiran (BOP) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) memainkan peranan penting dalam pengurusan dan pengendalian peperiksaan dan pentaksiran di sekolah. Justeru, kemudahan, keceriaan dan keindahan adalah penting untuk memberi keselesaan kepada guru-guru dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan operasi peperiksaan dalaman, peperiksaan awam serta pentaksiran sekolah. 


OBJEKTIF
  • Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.
  • Memudahkan operasi dan pengendalian terutamanya berkaitan dengan analisa peperiksaan dan pentaksiran sekolah.
  • Menjadikan Bilik Operasi Pentaksiran (BOP) dan Bilik Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai bilik yang cantik dan indah.
  • Memberikan keselesaan kepada guru-guru untuk menggunakan bilik ini.


RASIONAL 
  • Memudahkan operasi dan pengendalian berkaitan peperikaan dalaman, peperiksaan awam dan pentaksiran sekolah.
  • Memastikan Bilik Operasi Pentaksiran dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)  sentiasa berada dalam keadaan yang selamat, bersih dan ceria serta lengkap dengan maklumat yang berkaitan dengan peperiksaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
  • Meningkatkan kualiti keselamatan, pengurusan fail, operasi peperiksaan dan penyimpanan eviden dengan lebih sistematik.
 

Pengetua bertanggungjawab mengurus, mengendali dan mengawal peperiksaan agar berjalan dengan lancar dan selamat. 


1.   Pelantikan Pengurus dan Petugas Peperiksaan
 
  • Pengetua hendaklah melantik melalui surat pelantikan Pengurus Peperiksaan iaitu Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Pengurus Peperiksaan iaitu Setiausaha Peperiksaan Dalaman atau Setiausaha Peperiksaan Awam.
  • Pengurus dan Penolong Pengurus Peperiksaan yang telah dilantik mesti menandatangani Akta Rahsia Rasmi.
  • Hanya Pengurus atau/dan Penolong Pengurus Peperiksaan sahaja yang boleh menerima dan mengurus kertas soalan yang diterima daripada pembekal.
  • Pengurus Peperiksaan perlu menyediakan jadual giliran pengawasan guru bertugas di bilik     peperiksaan.
  • Memastikan bilik peperiksaan berada dalam keadaan kondusif dan selamat digunakan untuk peperiksaan. Pastikan juga meja pelajar disusun mengikut jarak yang sesuai (1.35m – 1.5m).
  • Memastikan tiada sebarang gangguan seperti kerja pembinaan, penyelenggaraan yang boleh menjejaskan penumpuan calon
  

2.   Penyimpanan Kertas Soalan

  • Sekolah perlu menyediakan bilik khas / bilik operasi peperiksaan untuk tujuan penyimpanan  kertas soalan dan pengedaran kertas soalan pada hari peperiksaan. Bilik ini perlu dijadikan  kawasan larangan kepada pelajar sepanjang tempoh peperiksaan.
  • Almari besi berpalang atau berkunci perlu ditempat di dalam bilik ini bagi memastikan soalan  dapat disimpan dengan selamat.


3.   Jadual Waktu Peperiksaan

  • Jadual waktu peperiksaan disediakan oleh MGB / PKPSM. Yang Dipertua MGB / PKPSM  daerah hendaklah memastikan semua sekolah telah menerima jadual waktu peperiksaan.
  • Semua mata pelajaran yang tercatat dalam jadual waktu peperiksaan tidak boleh dipinda waktunya.  Mata pelajaran yang diselaraskan di peringkat daerah hendaklah diletakkan di luar  jadual waktu peperiksaan.
  • Sekolah boleh memasukkan mata pelajaran yang tidak diselaraskan di peringkat negeri dan   daerah dalam jadual waktu tetapi pastikan ianya tidak menjejaskan masa jadual waktu asal.
  

4.    Taklimat Pengendalian Peperiksaan

  • Pengurus Peperiksaan perlu mengadakan taklimat pengendalian dan pengurusan peperiksaan  kepada guru-guru yang terlibat tentang tugas dan tanggungjawab serta peraturan-peraturan  peperiksaan bagi melicinkan urusan dan perjalanan peperiksaan dua(2) hari sebelum   peperiksaan dijalankan.
  • Pengurus peperiksaan juga boleh meminta kerjasama daripada guru-guru di sekolah yang   pernah dilantik sebagai Penyelia Kawasan dan Ketua Pengawas untuk memberi taklimat   pengendalian dan pengurusan peperiksaaan.
  

5.    Penerimaan, Penyemakan dan Pengedaran Kertas Soalan
   
  • Yang Dipertua PKPSM / MGB akan menentukan pusat-pusat pengedaran kertas soalan.
  • Setiap daerah perlu menubuhkan jawatankuasa penerimaan kertas soalan dari pembekal dan seterusnya menguruskan pengedaran kertas soalan kepada sekolah-sekolah di dalam daerahnya.
  • Setiap daerah akan dibekalkan dengan soalan tambahan bagi mengatasi jika terdapat kekurangan kertas soalan
  • Penerimaan kertas soalan hendaklah diterima oleh Pengetua /Guru Besar atau Guru Penolong  Kanan Pentadbiran dan Setiausaha Peperiksaan Dalaman/Setiausaha Peperiksaan Awam.
  • Pegawai yang menerima kertas soalan perlu menyemak dan memastikan bungkusan yang   diterima mencukupi dan menandatangani akuan penerimaan kertas soalan.
  • Soalan yang telah diterima hendaklah terus dibawa dan disimpan dalam bilik khas / bilik operasi peperiksaan sekolah serta dipastikan keselamatannya terjamin.
  • Kertas soalan yang diterima telah dibalut dengan plastik lutsinar bagi setiap mata pelajaran   dan  belum diasingkan mengikut kelas. Sehubungan itu penyemakan bilangan kertas soalan  dibuat  secara anggaran oleh pengurus atau penolong pengurus sahaja.
  • Penyemakan dan pengedaran kertas soalan hanya boleh dbuat oleh penolong pengurus peperiksaan pada hari peperiksaan bagi satu-satu kertas dan mata pelajaran pada pukul 7.00   pagi. Kertas soalan perlu dikira mengikut bilangan pelajar bagi setiap kelas di bilik operasi  peperiksaan. Akuan Penerimaan kertas soalan disediakan oleh pihak sekolah (Lampiran 1)   Kertas soalan akan diedarkan kepada guru bertugas pada jam 7.30 pagi. 
  • Guru bertugas 1 diminta melengkapkan kehadiran calon dan menyerahkan akuan ini bersama-sama skrip jawapan pelajar kepada Penolong Pengurus Peperiksaan di bilik operasi   peperiksaan. 
  • Sekiranyan berlaku kekurangan kertas soalan, maklumkan kepada pengetua / guru besar dan  YDP PKPSM / MGB daerah masing-masing. Soalan tersebut boleh difotostat setelah mendapat  kebenaran dari pengetua / guru besar dan YDP PKPSM / MGB. Peperiksaan boleh dimulakan  apabila semua soalan mencukupi.
  • Penolong pengurus peperiksaan akan menyerahkan skrip jawapan pelajar guru pemeriksa. 
  • Perjalanan dan pengendalian peperiksaan hendaklah seboleh-bolehnya dirus dan  dikendalikan mengikut tatacara Peperiksaan Awam


6.    Panduan ini perlu dibaca bersama-sama dengan :
  • Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis Pin. 3/03 dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. 
  • Garis Panduan Pengurusan Peperiksaan Awam dikeluarkan oleh Sektor Penilaian dan  Peperiksaan (JPNJ/SPP/35/1540/-(17) 

7.    Carta Organisasi BOP




 9.    Aktiviti BOP

































SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :