Dengan terlaksananya projek fertigasi di SMKTK, ianya telah memberi satu pendedahan teknologi baru dalam bidang pertanian kepada warga sekolah ini. Ia amat sesuai untuk diamalkan dan dikembangkan di peringkat sekolah. Selain daripada sayur-sayuran, projek ini menanam buah-buahan seperti rockmelon. Selain daripada membekalkan bahan makanan, teknologi ini dapat memberi impak kepada kehijauan kawasan sekolah.
Fertigasi adalah teknik dan teknologi baru yang diperkenalkan dalam
industri pertanian. Sistem ini sangat praktikal diusahakan kerana
mengurangkan kos jangka panjang dan mengurangkan tenaga kerja. Yang
menariknya adalah hasil produk pertanian yang tinggi dan sangat
menguntungkan sesiapa saja yang terlibat.
Fertigasi dipraktikkan sebagai satu kaedah alternatif. Penerimaan
dan penggunaan kaedah ini masih rendah dan menjadi suatu kaedah atau
teknologi yang amat diperlukan pada masa akan datang. Untuk mendapat
faedah yang optima daripada kaedah ini, biasanya semua langkah awal
diambil perhatian termasuk sifat media yang baik dan sesuai untuk jenis-
jenis tanaman, jenis dan bekas tanaman, dan formulasi baja (nutrien)
yang seimbang.
Secara ringkasnya kaedah penanaman secara fertigasi adalah kaedah
moden yang praktikal, mengikut amalan pertanian yang baik, sentiasa di
dalam kawalan menuju kea rah ‘precision farming’. Ini sangat penting
dalam trasformasi teknologi pertanian masakini bagi membantu pengeluaran
berterusan dan mendapatkan hasil yang berkualiti tinggi.