Sempena bulan kemerdekaan, pada hari ini sewaktu kokurikulum, guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah ini bergotong-royong membersihkan dan mencantikkan kawasan sekolah. Mereka di bahagikan kepada beberapa sektor dan kumpulan di bawah penyeliaan guru-guru. Kerja-kerja yang dilakukan seperti membersihkan taman-taman, membersihkan bilik-bilik darjah, membersihkan pondok-pondok rehat, mengecat astaka dan bangku konkrit, mengemaskini papan kenyataan, membersihkan bengkel-bengkel dan menanam pokok-pokok hiasan. Semua kerja-jerja itu selesai dilakukan dalam waktu kokurikulum iaitu selama dua masa pembelajaran. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua.













