02 August 2013

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Pada pagi Jumaat yang direnjisi titik-titik gerimis hujan telah berlangsungnya majlis khatam al-Quran sempena kehadiran Ramadhan Mubarak. Guru-guru dan pelajar-pelajar duduk berhimpun bersama-sama. Majlis yang berlangsung di Daratan Ilmu itu di pimpin oleh Ustaz Sukri b Osman. Berkumandanglah bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan doa iringan di ruang angkasa dan persekitaran sekolah yang dibaca secara beramai-ramai. Semoga Allah SWT memberkati usaha suci kami ini.